div id="fb-root">
Ibu Mengandung

Cara Mendidik Anak Dalam Kandungan Yang Perlu Anda Cuba

Walaupun Islam telah lama menekankan tentang pendidikan yang bermula sejak bayi dalam kandungan, tapi jarang di antara umat islam sendiri mengambil perhatian tentang perkara tersebut.

Menurut pakar spikologi islam, anak-anak yang tumbuh dari rahim ibu bapa yang suka bergaduh akan melahirkan watak-watak generasi yang suka bergaduh dan ganas. Oleh itu, ibu bapa hendaklah mengawal perasaan mereka daripada dilanda kemarahan, kegelisahan atau kesedihan sewaktu anak berada dalam kandungan. Banyakkan berzikir, membaca Al quran, bersembahyang sunat, bersedekah dan apa saja kebajikan yang boleh dilakukan.

baby tidur

Impak daripada sikap ibu bapa ketika ibu mengandung terhadap bayi setelah lahir

  • Ibu bapa yang sering bergaduh,¬†anak akan menjadi ganas dan panas baran. (negatif)
  • Ibu bapa yang sering bersedekah , anak akan memiliki hati yang lembut. (positi)
  • Ibu yang mengidam benda pelik, pertanda tidak baik terhadap sikap anak. (negatif)
  • Ibu yang tidak meninggalkan sholat, anak mudah mendapat hidayah. (positif)
  • Ibu yang bermain kayu tiga, anak menjadi penderhaka dan gemar maksiat.(negatif)
  • Ibu yang sering membaca Al-Quran, dapat anak yang bijak. (positif)
  • Ibu yang mengawal emosi, anak sholeh dan senantiasa mengawal keadaan. (positif)

baby baru lahir

Antara cara pendidikan semasa mengandung

  1. Mengamalkan solat wajib dan sunat
  2. Mengamalkan zikir
  3. Membaca Al-Quran
  4. Mendengar music yang tenang
  5. Membaca buku-buku ilmiah
  6. Berbual dengan anak dalam kandungan
  7. Menjaga adab dan emosi
  8. Tidak tertekan atau stress
  9. Lakukan kerja-kerja ringan dirumah sebagai senaman ringan
  10. Memakan makanan yang baik di segi zahiriah dan batiniah (halal)
  11. Tidak bersifat dendam, dengki, meghasut dan sebagainya
  12. Senantiasa melemparkan senyuman dan bersabar

Selain itu anda boleh mengamalkan beberapa bacaan ketika mengandung

  • surah Al Fatihah, untuk menerangkan hati dan kuat ingatan
  • Surah Maryam, untuk memudahkan ibu bersalin dan memperolehi anak yang sabar dan taat
  • Surah Luqman, Untuk memperoleh anak yang cerdik akal dan cerdik jiwa
  • Surah Yusuf, untuk memperoleh anak cantik rupa dan cantik akhlak
  • Surah Hujurat. untuk memperbanyak susu ibu dan anak bersifat hati-hati
  • Surah Yaasin, untuk ketenangan hati dan anak tidak terpengaruh dengan godaan syaitan yang mengajak kepada maksiat
  • Surah At Taubah, untuk membersihkan jiwa dan terpelihara daripada maksiat
  • Surah An Nahl, untuk melahirkan anak yang berdisiplin.

healthy food for breakfast

 Pemakanan ibu juga mempengaruhi bayi yang ada dalam kandungan. Ibu perlu mengambil makanan yang sihat dan berzat. Ibu disarankan mengambil makanan tambahan untuk memberikan ibu tenaga dan juga nutrisi untuk bayi yang sedang dikandung. Ibu boleh juga mengamalkan pengambilan Set Mengandung yang baik untuk ibu dan bayi sepanjang kehamilan. Set mengandung membantu ibu lebih berkeyakinan dan sihat tanpa ada gangguan kesihatan. Semoga ibu dan bayi sentiasa sihat sampai hari persalinan pun tiba.
Sekian saja untuk kali ini tips- tips yang bisa anda amalkan semasa kehamilan anda. Semoga apa yang terkandung boleh membawa manfaat kepada anda semua. Pada lain kesempatan saya akan berkongsi tentang makanan tambahan yang baik ketika semasa mengandung.

 

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail
Facebooktwittergoogle_pluslinkedinrssyoutube

2 Comments

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam