Semua Tentang Shaklee

RESEPI PISANG GORENG RANGUP

Sarapan pagi hari bersama kopi atau teh rasanya tak lengkap bila tak ada roti atau pun kuih. Pada kali ini saya teringin nak makan pisang goreng yang rangup. Nah disini saya akan berkongsi kepada anda semua bagaimana kita membuat pisang goreng dengan tepung yang akan membuatkan pisang goreng kita rangup dan sedap.

Resepi ini saya menggunakan Baking Powder dan bukannya Air kapur. Namun ainya cukup untuk membuatkan pisang goreng kita jadi rangup.
Bahan – bahannya adalah: 
  • 2 cawan tepung beras 
  • 1 cawan tepung gandum
  • 5 sudu besar santan pekat
  • 1/2 sudu besar baking powder
  • 1/2 sudu kecil serbuk kunyit
  • 1 biji telur dan air secukupnya
  • 2 sudu besar margerin yang dicairkan
  • garam secukup rasa ( dalam 1 atau 1/2 sudu besar)
noted :  Sebelum guna margerin cair, pastikan ainya tidak panas. Resepi ini ianya rangup tapi tak tahan lama.
             Biasanya saya tak pernah menyukatnya, agak agak jer masukannya. Yang penting bahan – bahannya ada dan baternya pekat. Bater adalan adunan cecair tepung goreng pisang
Langkah – lngkah membuat tepung goreng  Pisang 
Langkah 1 : 
Cairkan margerin dalam periuk dalam api yang kecil. Setelah margerin cair, letakkan periuk di tepi agar ianya sejuk sendiri. Semasa mencairkan margerin pastikan anda menjaganya, sebab ianya akan cair sekejab sahaja.
Langkah 2 : 
Masukkan kesemua bahan – bahan kecuali air dan margerin cair.Bahan – bahan tersebut adalah tepung beras, tepung gandum, telur, santan pekat, baking powder, serbuk kunyit dan garam. Kemudian gaul sedikit demi sedikit dan gaul dengan tangan ( pastikan tangan anda bersih sebelum menggaulnya). Lebih mudah dan baik hasilnya jika kita menggaul dengan tangan. Sebab utamnya ada bahan kering baking powder di dalamnya. Ramas dengan tangan sehingga sebati dan pekat. Jika cair, tambahkan lagi tepung beras atau tepung gandum. Bater peru pekat ya, lebih kurang sama pekatnya dengan santan kotak yang pekat itu. Bater atau bancuhan tepung mesti benar – benar pekat ya.
Langkah 3 :
Setelah bater benar – benar pekat masukan margerin cair, pastikan margerin tidak panas. Dan kacau dengan tangan sehingga sebati. Saya buat agak kuning sebab akan di celupkan dengan roti. Mudah bukan, cara membuat tepung atau bater goreng pisang. 
Seterusnya celup pisang kepok atau pisang tanduk dengan bater tersebut dengan minyak yang panas. Anda juga boleh menggunakan resepi ini untuk cendawan goreng , cempedak goreng, keledek  atau tempe goreng. Caranya sama celup dan goreng dengan minyak panas.

Selamat mencoba.
Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail
Facebooktwittergoogle_pluslinkedinrssyoutube

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam