Semua Tentang Shaklee

PERSIAPAN MENJELANG KELAHIRAN

PERSIAPAN KETIKA MENJELANG KELAHIRAN

Disamping petua dan amalan kerohanian yang sangat perlu diamalkan oleh ibu-ibu mengandung, persiapan lahiriah juga tak kurang pentingnya. Diantaranya persiapan tersebut ialah :

KEWANGAN

Anda harus merancang kewangan yang akan dibelanjakan untuk menyambut kedatangan orang baru dalam keluarga anda seperti :
  • Rawatan dan kos berjumpa doktor
  • Membeli vitamin dan makanan tambahan
  • Membeli pakaian peribadi yang sesuai
  • Kehadiran keluarga
  • Kos perawatan bersalin di hospital 
  • Peralatan untuk bayi
  • Kos rawatan selepas bersalin
  • Kos merawat bayi

KESIHATAN FISIKAL

Ibu yang sedang mengandung jangan terlalu memikirkan kesusahan yang bakal dihadapi ketika mengandung. Dunia telah melahirkan berjuta-juta bayi dengan selamat dan sihat. Bila kita sibuk dengan tugasan harian, kita tidak punya masa untuk memikirkan kesusahan yang bakal tiba.
Bila anggota tubuh kita bekerja keras untuk menyediakan fungsi kerja harian kita, anggota itu juga menyediakan ketahanan untuk menampung bayi yang semakin membesar.
Bila minda kita cergas menyelesaikan masalah harian dan kerjaya, otak kita tidak akan lupa menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh kandungan kita seperti pemakanan, tumbuhbesaran dan daya tahan.

WANITA BERKEJAYA

Wanita berkejaya harus terus bekerja hingga saat melahirkan bayi. Cuma harus berhati-hati apabila akndungan telah matang kerana berat badan bertambah dan keseimabangan badan perlu di ubah suai supaa tidak mudah jatuh. Keergasan harus tetap dikekalkan, cuma elakkan kerja yang boleh membahayakan kandungan.

SURI RUMAH

Suri rumah juga harus menjalankan aktifitas dan tugas harian seperti biasa. Lazimnya suri rumah yang cergas akan bersalin dengan mudah. Ibu yang mempunyai tabiat tidur sepanjang hari biasanya akan mengalami masalah dalam melahirkan ( bayi terlalu besar). 

PAKAIAN

Ibu mengandung harus menyediakan pakaian yang sesuai dengan perunagahn bentuk badan mereka. Jangan  terlalu banyak membeli dan menyediakan baju hamil karena anda tidak akan menyukainya selepas bersalin nanti.

PERSIAPAN KEPERLUAN BAYI

1. PERALATAN BAYI
Almari bayi, katil, buaian, meja berlaci, bath tub, peralatan mandi, hiasan dinding yang cerah dan terang
2. MAKAN MINUM BAYI
Anda perlu merancang minuman seperti jenis susu jenis apa yang akan diberi jika anda tidak menyusukan badan. Rancang juga jenis makanan yang akan diberi apabila bayi anda sudah meningkat usia.
3. PAKAIAN BAYI
Lampin bayi, baju bayi berlengan, baju bayi tanpa lengan, selimut kecil, seluar, barut, stoking, sarung tangan, topi, tuala besar, tuala kecil, lapik dada, sapu tangan kecil.

MEMILIH HOSPITAL

Lazimnya ibu mengandung merancang bersalin di hospital atau klinik bergantung kepada : 
1. Baget
  • Bajet tinggi untuk hospital atau klinik swasta
  • Bajet sederhana untuk hospital semi – swasta atau agensi kerajaan
  • Bajet rendah untuk hospital kerajaan
2. Keserasian doktor yang merawat
3. Mendapatkan rawatan dari doktor perempuan
4. Lokasi hospital dari kediaman
 

PERSIAPAN KE HOSPITAL

BEG BAJU
Siapkan beg baju lebih awal, sebaik-baiknya apabila kandungan masuk bulan ke sembilan. Lebih awal lagi bagus kerana ada kes kelahiran pra-matang ( pre-mature ) mulai bulan keenam.
Barangan yang tidak perlu dibawa
  • Memakai barang kemas
  • Barang berharga
  • Wang berlebihan
  • Kad kredit
  • Buku cek
  • Surat dan dokument penting
  • Beg tangan

PAKAIAN KETIKA MENGANDUNG ATAU BERSALIN

Baju santai
Anda memerlukan baju yang longgar, selesa dan sejuk. Pilih warna yang sesuai, cerah, menarik kerana anda perlu kelihatan ceria, gembira dan bemotivasi tinggiselepas sekian lama mengandung dan menghadapi kesakitan bersalin. Anda perlu kelihatan cergas dan berketerampilan pada kacamata jururawat, doktor, pelawat, sahabat handai, saudara mara yang datang melawat anda, yang terpenting sekali suami anda sendiri.
Kalu anda melahirkan melalui pembedahan anda perlu membawa lebih banyak baju kerana akan tinggal lebih lama di hospital, berbanding bersalin secara normal. 
Kalau anda menyusukan badan pilihkan baju yang boleh dilondehkan dari bahu atau dibuka dari depan supaya mudah anda menyusukan bayi.
Baju panas
Sediakan baju panas terutama jika bilik anda berhawa dingin atau kipas berpusing dengan laju. Kadang-kadang ada hospital yang terdedah kepada angin dari luar yang bertiup melalui tingkap yang terdedah terutama pada waktu tengah malam. Bersejuk tidak baik untuk kesihatan.
Baju tidur
Pakai baju tidur yang longgar, selesa dan diperbuat dari benang kapas supaya sejuk dan selesa. Jangan memakai baju yang nipis dan mendedahkan aurat.
Tudung kepala
Ramai wanita yang tak ambil pusing dengan aurat apabila berada di hospital sedangkan disiut ramai wanita bukan muslim serta lelaki yang bukan mahram. Wanita islam diwajibkan menutup aurat kecuali yang biasa terdedah ketika bekerja jika bersama wanita bukan islam. Tudung yang labuh amat bermanfaat untuk menutup buah dada anda ketika menyusukan bayi kerana amatlah memalukan mendedahkan aurat di khalayak ramai ketika meyusukan anak.
Stoking
Pakailah stoking untuk 2 tujuan yaitu menahan tubuh badan dari sejuk dan menutup aurat
Selipar
Pilihlah selipar yang tidak bertumit, mudah diseret di atas lantai dan tidak licin apabila berjalan dilantai yang basah. Jangan memakai selipar bertumit tinggi, lebih-lebih lagi jika anda menjalani pembedahan. Pilihlah selipar yang sesuai.
Seluar dalam
Anda hanya perlu memakai seluar dalam selepas hari ketiga melahirkan yaitu setelah darah mula perlahan. Seluar dalam yang diperbuat dari kapas lebih selesa dari yang terbuat dari nylon.
Coli (baju dalam)
Anda hendaklah memakai coli 24 jam kerana buah dada yang membengkak kerana air susu yang tersedia untuk hisapan bayi akan membuatkan buah dada anda berat dan sakit jika tidak disokong oleh baju dalam yang kuat. 
Sediakan baju dalam yang berkancing berlainan sais kerana dalam masa 6 bulan buah dada anda akan mengecil ke sais asal.
Jika anda menyusukan badan, anda lebih menyediakan baju dalam yang mudah dibuka dari depan untuk memudahkan anda menyusukan bayi.

Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghubungi saya ( whatsapp/wechat/sms)

Qaseh Firdaus
No . Phone : 0176281787
Fb page : barangan baby qaseh firdaus
Email : ct_rania@yahoo.com

Facebooktwitterredditpinterestlinkedinmail
Facebooktwitterlinkedinrssyoutube

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam