Ibu Menyusui

Susu Ibu Jadikan Anak Lebih Bijak

Kanak-kanak yang mendapat penyusuan ibu menunjukkan perkembangan akademik lebih baik menjelang usia mereka tujuh tahun. Penyusuan ibu boleh meningkatkan prestasi pendidikan seseorang dalam tempoh beberapa bulan selepas memulakan persekolahan, kata penyelidik. Menurut satu kajian kanak-kanak yang mendapat penyususan ibu menunjukkan perkembangan akademik lebih baik menjelang usia mereka lima tahun berbanding rakan sekelas yang diberi susu formula.

 ibu menyusui baby
Penyelidikan melihat  penilaian dijalankan guru pada akhir tahun pertama persekolahan, yang mendedahkan bahwa kanak-kanak yang di susui untuk tempoh paling lama memperoleh pencapaian tertinggi keseluruhan. Paling penting, guru yang membuat penilaian tidak menyadari sama ada kanak-kanak itu diberi hanya susu ibu atau susu formula.
Sepasukan penyelidik di ketuai Unit Epidemaologi Perinatal Kebangsaan di Universiti Oxford berkata kajian itu membuktikan kanak-kanak yang mendapat penyusuan ibu untuk tempoh lama mungkin memperbaiki prestasi mereka di sekolah rendah.
Penyusuan ibu dikaitkan dengan pencapaian lebih baik dalam semua bidang, namun manfaat itu paling banyak adalah dalam komunikasi, bahasa dan literasi, pengetahuan dan pemahaman dunia dan perkembangan fisikal.
manfaat breasfeeding
Kanak-kanak yang disusui ibu cenderung mendapat markah lebih tinggi untuk perkembangan peribadi, sosial dan emosi, penyelesaian masalah, penaakulan dan numerasi serta perkembangan kreatif. Oleh kerana banyak manfaat susu ibu bagi anak-anak anda, jangan abaikan keperluan bayi anda untuk mendapatkan susu ibu. Anak yang cerdas adalah anak yang sihat.

 

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail
Facebooktwittergoogle_pluslinkedinrssyoutube

2 Comments

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam