Semua Tentang Shaklee

Apakah Kanser KOLOREKTAL..?

Kanser kolorektal merupakan ketumbuhan malignan yang terdapat di usus besar. Pada kebiasaanny, kanser kolorektal  mengambil masa bertahun-tahun untuk terjadi yang mana kemudiannya boleh merebak ke bahagian tubuh yang lain dan boleh menyebabkan kematian.
Kanser kolorektal salah satu dari kanser paling penting di Malaysia dengab anggaran  lebih dari 4500 kes baru berlaku setiap tahun. Ia kerap berlaku dikalangan mereka yang berusia 50 tahun keatas tanpa mengira jantina.

 

gambar diambil dari Google

 

Antara gejala-gejala kanser kolorektal yang mungkin dialami ialah:

  • Kehadiran darah dalam najis atau pendarahan dari dubur
  • Perubahan ketara dalam corak pembuangan aie besar (sembelit atau cirit-birit atau berselang seli antara cirit-birit dan sembelit)
  • Sembelit yang berpanjangan
  • Rasa letih tanpa sebeb yang jelas (akibat kurang darah)
  • Sakit perut

Apabila anda mengalami gejala-gejala tersebut hendaklah anda memeriksakan diri ke doktor atau hospital terdekat.

 

Kanser kolorektal boleh dirawat sepenuhnya sekiranya ia dikesan pada peringkat awal. Walaubagaimanapun, hanya kira-kira 10% kanser kolorektal di Malaysia dikesan pada peringkat ini.
Amalan pemakanan yang sihat dan melakukan senaman secara berkala dapat mengurangkan risiko untuk mendapat kanser kolorektal.
Semua lelaki dan wanita berusia 50 tahun dan ke atas adalah berisiko untuk mendapat kanser kolorektal. Risiko akan meningkat dengan peningkatan umur. Ditambah lagi apabila anda mempunyai sejarah keluarga (ibu/bapa, adik beradik) yang mengidap kanser kolorektal terutamanya pada usia kurang dari 55 tahun atau pernah mengalami penyakit radang usus seperti Crohn’s disense atau ulcerative colitis atau pernah mempunyai polip di usus besar.

gambar diambil dari Google

Diharapkan anda lebih peka terhadap kesihatan anda. Jagalah pola makan yang sihat dan seimbang, banyak bersenam dan amalkna pesekitaran yang bersih. Kesihatan sangat berharga dan jangan sampai apabila sudah sakit baru akan tersedar. Jagalah kesihatan anda dan orang-orang tersayang dari sekarang, tanamkan dalam diri untuk senantiasa mengamalkan pola hidup yang sihat dan ceria. Pilihan ada di tangan anda.

sumber: www.infosihat.gov.my ~ ww.myhealthy.gov.my

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.
—————————————————

Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghubungi saya whatsapp

Qaseh Firdaus
No . Phone : 0176281787

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail
Facebooktwittergoogle_pluslinkedinrssyoutube

3 Comments

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam