Aneka Resepi Uni

Icip-icip Cucor Kentang Isi Daging

Sejak kebelakangan ini cuaca agak sejuk sedikit, dek kerana hujan dari tengah hari sampai ke petang. Alangkah baiknya kalau tengah hujan-hujan tu kita menikmati cemilan-cemilan ringkas dengan secawan teh atau kopi. Entri kali ini saya beranikan diri untuk berkongsi resepi kepada anda semua. Barangkali resepi ini boleh anda cuba di rumah untuk santapan petang bersama keluarga anda. Tak banyak bahan-bahan yang anda harus sediakan. Diantara boleh anda dapati dalam peti ais di rumah anda.

20140920_185921
Icip-icip cucor kentang isi daging

Diantara bahan-bahannya yaitu ;

  • Tepung gandum 1/4 kg
  • Tepung beras 1/6 kg
  • Telur  1 biji
  • Minyak untuk menggoreng

Bahan yang dihiris

  • Sayur kubis
  • Kentang yang diiris panjang
  • Daun bawang
  • Daun sup
  • Carrot
  • Bawang merah
20140920_183534
Daging dihiris seperti carrot dan bawang merah

Bahan yang dihaluskan

  • Bawang merah
  • Ketumbar
  • Chili padi (mengikut selera anda)
  • Daging/ayam yang di kisar ( mengikut cita rasa anda )

Air secukupnya
Garam dan penyedap rasa

Baiklah sekarang anda perlu mengaul tepung gandum dan tepung beras dengan sedikit air…lalu masukkan bumbu yang sudah dihaluskan tadi. Gaul sampai rata dan masukan bahan-bahan yang di iris serta daging /ayam yang dikisar. Gaul sampai rata…apabila kurang air, anda boleh menambah sedikit sampai campuran seimbang. Terakhir anda boleh masukkan garam dan penyedap rasa dan panaskan minyak.

20140920_183504
Adunan siap untuk di goreng

Goreng dengan minyak yang panas sampai kuning keemasan.  Angkat dan sajikan dengan saos chili atau saos tomato kegemaran anda. Makan disaat panas-panas.  Selamat mencuba.

 

 

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail
Facebooktwittergoogle_pluslinkedinrssyoutube

4 Comments

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam