Kelebihan Kismis

Apa itu kismis….??

Kismis atau bahasa saintifik adalah ” vitis vinifera ” manakala dikenali didala bahasa Arab ia disebut sebagai “Zabib” dan dalam bahasa inggeris ia dikenali sebagai ” Grape  Seed / Raisin “. Anda boleh melihat makna atau arti sebenar kismis ini baca disini. Kismis adalah buah anggur yang dikeringkan. Kismis digunakan di belbagai tempat berlainan cara. Menurut tradisi setempat. Sesetengah tempat ada yang terus memakan kismis begitu sahaja, di tempat yang lain pulak menggunakannya sebagai bahan masakan. Kismis apabila disimpan dalam jangka masa lama, rasanya akan lebih manis disebabkan kepekatan gula yang tinggi. Tetapi ianya tidak menjejaskan kegunaanya walaupun disimpan dalam masa yang lama.

Kismis sedap dimakan begitu sahaja

Kismis boleh digunakan untuk diet kerana ia mendapatkan asid lemak dan tokoferol sebagai antioksidan. Kismis sangat baik untuk tubuh badan kita dan rasanya juga sedap dan disukai semua. Kismis mengandungi vitamin dan mineral yang penting seperti zat besi, potasium, magnesium, kalsium, dan vitamin B1, B3dan B6. Serta zat besi untuk pembinaan darah bagi pengangkutan oksigen ke otak dan ke seluruh badan. Kismis juga antioksidan yang baik yang mengandungi serat.

khasiat kismis diantaranya yaitu :

  • Menghilangkan penyakit lupa
  • Menguatkan daya ingatan
  • Mencerdaskan minda
  • Membersihkan hati
  • Mencerahkan mata
  • Menghilangkan balgham ( sejenis kahak)

Ajarlah kanak-kanak untuk selalu mengamalkan pengambilan Kismis ini, kerana ainya baik untuk kesihatan dan minda mereka. Anda boleh membeli dan meletakkan sahaja di meja untuk senang mereka mengambil dan memakannya. Dalam islam memakan kismissangat dianjurkan. Apalagi kepada sesiapa yang hendak menghafal hadith maka hendaklah ia kerap memakan anggur kering yaitu kismis. 

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. ————————————————— Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghubungi saya ( whatsapp/wechat/sms) Qaseh Firdaus No . Phone : 0176281787 Fb page : barangan baby qaseh firdaus Email : [email protected]

Spread the love
Suri rumah sepenuh masa dengan 3 cahaya mata yang aktif berblog untuk berkongsi kebaikan untuk semua.

This Post Has 5 Comments

  1. Kismis ni salah satu makanan kegemaran kami sekeluarga, Kalau beli sebotol tu memang nak kena sorok. Kalau tidak abis di makan anak-anak.. Sunnah nabi juga kan??

Leave a Reply

%d