Aneka Resepi Uni

Resepi Kalio Ayam Minang

Resepi Kalio Ayam Ala Minang

Pada masa yang serba cepat dan pantas ini, kebanyakan dari kita selalunya jarang untuk dapat memasak sendiri dirumah. Tidak mempunyai masa yang cukup adalah salah satu alasannya, ya kerana sibuk bekerja di pejabat mengharuskan anda bekerja seharian dan pulang ke rumah sudahpun letih dan malas untuk memasak. Yang pada akhirnya hanya makan di kedai atau sekedar membeli untuk dibawa pulang ke rumah.

Masakan yang paling sedap bagi saya adalah masakan ibu. Ya pasti semua orang akan menjawab hal yang sama apabila di tanya soalan masakan yang paling diminati. Pada zaman kanak-kanak  pasti kita selalu disuguhi masakan ibu dan rasanya pasti tak kan sama dengan masakan lain. Betul kan..? Salah satu masakan ibu saya yang paling saya minati yaitu Kalio Ayam. Kerana sangat meminati masakan ini saya memberanikan diri untuk belajar dari ibu dan mempraktikkannya sendiri di rumah. Dan beberapa hari yang lepas saya mencuba untuk mempraktikkan masakan ini dan memuat naik satu gambar masakan itu ke laman sosial saya. Dan dari situ banyak permintaan kawan-kawan untuk mendapatkan resepi masakan berkenaan. Dek kerana terlalu banyak permintaan maka hari ini saya akan berkongsi kepada anda semua resepi makanan berkenaan.

kalio ayam
Diantara bahan-bahan yang anda harus sediakan adalah :Masakan yang saya akan kongsi ini adalah sebenarnya masakan minang. Ianya adalah masakan asli dari nenek moyang kami.  Kebetulan saya adalah orang minang. Jadi saya sangat gemar makan masakan minang. Baiklah saya akan berkongsi resepi Kalio Ayam dengan anda. Kalio Ayam bermaksud gulai ayam yang agak pekat kuahnya. Tak terlalu banyak sebenarnya bahan-bahan yang harus disediakan.

  • Ayam
  • Santan

Bumbu yang dihaluskan

  • Halia
  • Kunyit
  • Lengkuas
  • Bawang merah
  • Bawang putih
  • Chili merah
  • Ketumbar
  • Daun kunyit
  • Daun limau purut
  • Serai
  • Garam
  • Penyedap rasa
  • Sedikit minyak untuk menumis

 

Pertama sekali kita tumis bahan yang sudah dihaluskan sampai minyak pecah lalu masukkan daun kunyit, serai dan daun limau. Setelah itu masukkan ayam dan santan. Disaran kan agar anda mengacau santan agar tak pecah dan cantik warnanya. Masukkan garam dan penyedap rasa.  Apabila ayam sudah masak, maka anda boleh menutup api. Dan kalio ayam sudah boleh dihidangkan. Makan kalio ayam selagi nasi panas akan menambah lagi keenakkan masakan ini.

Saya harap resepi kali ini boleh bermanfaat untuk anda semua. InsaaAllah dilain kesempatan saya akan berkongsi masakan lainnya. Terima kasih.

 

Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghubungi saya ( whatsapp/wechat/sms)

Qaseh Firdaus
No . Phone : 0176281787

Facebooktwitterredditpinterestlinkedinmail
Facebooktwitterlinkedinrssyoutube

2 Comments

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam