Resepi Kalio Ayam Minang

Resepi Kalio Ayam Ala Minang

Pada masa yang serba cepat dan pantas ini, kebanyakan dari kita selalunya jarang untuk dapat memasak sendiri dirumah. Tidak mempunyai masa yang cukup adalah salah satu alasannya, ya kerana sibuk bekerja di pejabat mengharuskan anda bekerja seharian dan pulang ke rumah sudahpun letih dan malas untuk memasak. Yang pada akhirnya hanya makan di kedai atau sekedar membeli untuk dibawa pulang ke rumah.

Masakan yang paling sedap bagi saya adalah masakan ibu. Ya pasti semua orang akan menjawab hal yang sama apabila di tanya soalan masakan yang paling diminati. Pada zaman kanak-kanak  pasti kita selalu disuguhi masakan ibu dan rasanya pasti tak kan sama dengan masakan lain. Betul kan..? Salah satu masakan ibu saya yang paling saya minati yaitu Kalio Ayam. Kerana sangat meminati masakan ini saya memberanikan diri untuk belajar dari ibu dan mempraktikkannya sendiri di rumah. Dan beberapa hari yang lepas saya mencuba untuk mempraktikkan masakan ini dan memuat naik satu gambar masakan itu ke laman sosial saya. Dan dari situ banyak permintaan kawan-kawan untuk mendapatkan resepi masakan berkenaan. Dek kerana terlalu banyak permintaan maka hari ini saya akan berkongsi kepada anda semua resepi makanan berkenaan.

Kalio Ayam

Masakan yang saya akan kongsi ini adalah sebenarnya masakan minang. Ianya adalah masakan asli dari nenek moyang kami.  Kebetulan saya adalah orang minang. Jadi saya sangat gemar makan masakan minang. Baiklah saya akan berkongsi resepi Kalio Ayam dengan anda. Kalio Ayam bermaksud gulai ayam yang agak pekat kuahnya. Tak terlalu banyak sebenarnya bahan-bahan yang harus disediakan.

Diantara bahan-bahan yang anda harus sediakan adalah :

  • Ayam
  • Santan

Bumbu yang dihaluskan

  • Halia
  • Kunyit
  • Lengkuas
  • Bawang merah
  • Bawang putih
  • Chili merah
  • Ketumbar
  • Daun kunyit
  • Daun limau purut
  • Serai
  • Garam
  • Penyedap rasa
  • Sedikit minyak untuk menumis

Pertama sekali kita tumis bahan yang sudah dihaluskan sampai minyak pecah lalu masukkan daun kunyit, serai dan daun limau. Setelah itu masukkan ayam dan santan. Disaran kan agar anda mengacau santan agar tak pecah dan cantik warnanya. Masukkan garam dan penyedap rasa.  Apabila ayam sudah masak, maka anda boleh menutup api. Dan kalio ayam sudah boleh dihidangkan. Makan kalio ayam selagi nasi panas akan menambah lagi keenakkan masakan ini.

Saya harap resepi kali ini boleh bermanfaat untuk anda semua. InsaaAllah dilain kesempatan saya akan berkongsi masakan lainnya. Terima kasih.

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. ————————————————— Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghubungi saya ( whatsapp/wechat/sms) Qaseh Firdaus No . Phone : 0176281787 Fb page : barangan baby qaseh firdaus Email : [email protected]

Spread the love
Suri rumah sepenuh masa dengan 3 cahaya mata yang aktif berblog untuk berkongsi kebaikan untuk semua.

Related Posts

Menu Bihun Bakso Menjadi Peneman Di Kala Hujan

Masa hujan pasti kita akan tercari-cari menu makanan yang boleh kita jadikan peneman minum teh panas kan ? ada baiknya masa hujan kita makan sup, agar badan…

Spread the love

Resepi Mee Bandung Resepi Turun Temurun

Lama tak makan mee bandung, teringat akan resepi turun temurun dari mak dan nenek di kampung, kalau makan mee pasti kami akan gorengkan chili dan udang kering…

Spread the love

Phat Phet Teman Sejati Nasi Putih Panas

Hari ini rasanya nak kongsi satu resepi kat kawan-kawan  semua. Dah lama nak buat resepi ni, tapi tak berkesempatan. Kali ini saya buat sempena ade ayah mertua…

Spread the love

Udang Menyorok Dalam Taucho Buncis

Selamat berhujung minggu kepada semua. Biasanya kalau hujung minggu begini kita akan masak dirumah untuk seisi keluarga kan ? Atau anda malah mengajak ahli keluarga makan di…

Spread the love

Sedapnya Makan Apam Beras Di Kala Hujan Turun

Musim hujan selalunya perut asik lapar saja. Bagaimana kalau kita buat makanan untuk mengisi kekosongan di waktu hujan ini. Kebetulan disini sering kali hujan, tak siang, tak…

Spread the love

Icip-icip Cucor Kentang Isi Daging

Icip-icip Cucor Kentang Isi Daging Sejak kebelakangan ini cuaca agak sejuk sedikit, dek kerana hujan dari tengah hari sampai ke petang. Alangkah baiknya kalau tengah hujan-hujan tu…

Spread the love

This Post Has 2 Comments

Leave a Reply

%d