Hampir saja misi 40 hari mencari cinta terkandas dek petir

Hari ini adalah hari yang sangat mencabar bagiku. Dari tengah hari sampai ke saat ini hujan tak berhenti. Ketika saya menulis entry ini hujan masih turun, sesekali petir menyambar dan berbunyi kuat. Hingga pada akhirnya saya berniat menutup wifi kerana takut petir akan menyambar dan bekalan internet akan tergendala. Tapi saya mengurungkan niat menutup internet kerana banyak lagi entry yang belum selesai dan saya harus menyiapkannya.

Dalam asik menaip entry hari ini, tiba-tiba petir berdemtum keras dan membuat bekalan internet terputus. Saya mencoba memeriksa modem ternyata tak boleh nak dibuka semula. Dengan perasaan bimbang saya mendapatkan handphone dan melanjutkan entry yang sempat terhenti. Memang susah kalau menggunakan handphone sebab line tak berapa clear dan tersekat-sekat.

Sungguh menjengkelkan. Entry untuk 40 hari mencari cinta belum siap. Apalah nasibku ini. Saya ada progaram 40 hari mencari cinta yang harus saya selesaikan. Apabila entry saya hari ini tak boleh di publishkan, bermakna saya gagal dalam misi itu. Terasa sedih sekali apabila itu terjadi. Saya masih berharap modem dan line internet saya pulih seperti semula.

Dalam asik menaip entry menggunakan handphone yang tersekat-sekat dan lambat itu, suami dan anak saya sampai dari kedai dan saya terus berlari dan berkata “papa kita harus pergi ke cyber cafe untuk selesaikan entry saya” lalu suami saya bertanya “kenapa harus ke cyber cafe.”? Lantas saya menjawab…”ya kerana line internet kita telah di tembak petir”. Lalu suami saya memeriksa modem dan alanglah terkejut saya bahwa suami saya kata wifi dan internet ini sebentar lagi akan baik seperti semula dan kita tak perlu ke cyber cafe.

Dengan riangnya saya kembali mendapatkan laptop dan menunggu signal wifi. Alangkah bahagianya kerana ternyata line imternet dah boleh digunakan. Suami saya berkata hanya setting modem yang sedikit bermasalah. Dengan perasaan lega akhirnya saya teruskan entry saya yang terkendala tadi.  Terima kasih kepada encik suami yang menolong saya. Dan terima kasih kepada genk saya #RTI dan Mommy hanum, kerana masih memberi kesempatan kepada saya untuk masih berada di RTI walaupun saya lambat edit file di RTI. Semoga misi 40 hari mencari cinta akan membuahkan hasil yang cemerlang bagi saya.

 

Spread the love
Suri rumah sepenuh masa dengan 3 cahaya mata yang aktif berblog untuk berkongsi kebaikan untuk semua.

This Post Has 3 Comments

  1. hihihi macam saya ni di sini, bila ribut petir mula la kerisauan, sebab kdg2 line hilang seminggu, pemacar kena panah petir ke apa huhu
    tethering line je mula la bertenggek atas tangga sebab situ je line phone clear sikit…cabaran indah semua ni

    jemput jenjalan http://bit.ly/1tjp7tf

Leave a Reply

%d