Semua Tentang Shaklee

Mendengkur Ketika Tidur dan cara pencegahannya

Dengkuran terjadi disebabkan halangan pada saluran pernafasan, pengumpulan lemak, faktor habuk atau alahan. Selalunya mendengkur acap kali dikaitkan dengan individu yang berbadan besar atau terlalu penat. Kononnya tak cukup rehat atau baru lepas melakukan aktifiti lasak.
Tidur berdengkur bukan sahaja dialami individu berbadan besar ataupun gemuk. Sebaliknya ia boleh terjadi pada gadis yang memiliki tubuh yang langsing dan menawan. Punca dengkuran ini bukan sebab penat terlampau yang macam kita selalu fikirkan.

gambar hiasan dari google

Dengkuran terjadi  disebabkan ada halangan pada saluran pernafasan, juga mungkin kerana posisi tidur yang salah , pengumpulan lemak sekitar muka atau leher dan mungkin juga faktor habuk atau alahan. Pengaliran udara melalui saluran pernafasan yang sempit ini mengakibatkan lelangit lembut (bahagian tekak) bergetar. Getaran inilah yang menghasilkan bunyi yang kita dengar sebagai dengkur. Daripada terus mengganggu tidur orang lain, apa kata kita cuba kurangkan masalah itu. Tak lah segan sangat nanti apabila kita terpaksa menumpang tidur dirumah orang. Jangan pula disebabkan dengkuran berkuasa “turbo” menyebabkan tuan rumah tak boleh tidur.

Apabila sebut tentang “tidur”, kita mesti terbayang waktu untuk merehatkan otak dan badan lepas penat bekerja. Namun, bolehkah tidur lena kalau pasangan kita atau rakan serumah berdengkur? Adakala kita juga tahu, mungkin selama ini bunyi dengkur diri sendiri yang macam enjin “turbo” itu mengganggu tidur orang lain.
Ada baiknya kita mengambil langkah-langkah untuk mencegah masalah ini. Sekurang-kurangnya untuk memperlahankan bunyi ini pada waktu malam.

  • Gandakan bantal

Posisi kepala yang lebih tinggi dapat membantu melancarkan serta memudahkan sistem pernafasan. Ini kerana, posisi seperti ini akan mendorong lidah serta rahang bergerak ke depan. Malah ia juga melancarkan aliran oksigen yang melalui kawasan leher.

 Apakah anda tahu? kini bantal khusus untuk mencegah dengkuran juga boleh didapati di pasaran. Jadi, anda juga boleh gunakan bantal khas untuk anti dengkur yang boleh didapati di pasaran kedai terpilih sekarang.

  • Posisi mengiring

Tidur dalam keadaan mengiring mampu melancarkan aliran darah. Ia juga membantu memberikan tekanan minumum pada organ pernafasan. Cara ini jga buatkan anda bernafas dengan lebih sempurna dan secara tidak langsung memgurangkan masalah dengkur.

  • Elakkan merokok

Rokok mampu menyebabkan saluran pernafasan anda menjadi sempit akhirnya menyukarkan anda untuk bernafas.

  • Tidur teratur

Tubuh yang lemah dan tidak bermaya atau dalam kata lain terlalu penat boleh menyebabkan seseorang itu berdengkur dengan kuat. Keadaan ini terjadi kerana otot di tubuh bedan menjadi lemah dan gagal berfungsi dengan swmpurna.Maka tidak hairanlah mengapa individu yang benar -benar sedang keletihan selalunya berdengkur lebih teruk berbanding hari biasa. Untuk mengelakkan diri dari terus berdengkur, rancang dan atur waktu tidur dengan lebih awal dan teratur.

  • Jaga berat badan

Walaupun ada sesetangah individu yang bertubuh kecil juga berdengkur itu tidak bermaksud ia tiada kena mengena dengan berat badan sebenarnya. Apabila berat badan bertambah lapisan lemak dalam tububjuga semakin menebal. Apabila ia semakin menebal, ia mwnyebabkan segala saluran semakin sempit terutamnya di bahagian leher. Kerana inilah individu lebih cenderung berbunyi ketika tidur.

  • Hindari ubat penenang atau sedatif

Apapun jenis ubat penenang, sama ada pul tidur atau apa saja produk ubatan bertujuan menenangkan, boleh menyebabkan dengkur kerana ia menggangu sistem saraf, seterusnya menyebabkan rehat keterlaluan kepada otot dan tisu dalam kerongkong.

  • Hidu wap air sebelum tidur

Hidung tersumbat juga satu daripada pinca bersengkur. Sebelum tidur hidu wap air panas atau letakkan tuala yang di celup dengan air panas pada muka dan sedut wapnya. Inibadalah salah satu cara untuk menghilangkan lendir yang menyumbat hidung kita. Bila lendir hilang pernafasan lebih lancar dan kemungkinan untuk berdengkur berkurangan.

  • Habuk

Habuk atau alahan boleh jadi punca kita berdengkur kerana masalah sukar bernafas. Pastikan cadar dan sarung bantal bersih daripada habuk dab hama. Untukbyang berkemampuan, pasang penapis udara agar kita mendapat bekalan udara bersih.

Anda mahu jadi ahli Shaklee dan nikmati potongan hebat 15%-20%

Anda ingin mengetahui cara daftar Shaklee..??
Mudah sahaja… hanya klik sahaja disini :

CARA MUDAH JADI AHLI SHAKLEE SECARA PERCUMA

 ** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.
—————————————————

Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghubungi saya ( whatsapp/wechat/sms)

Qaseh Firdaus
No . Phone : 0176281787
Fb page : barangan baby qaseh firdaus
Email : ct_rania@yahoo.com

Facebooktwitterredditpinterestlinkedinmail
Facebooktwitterlinkedinrssyoutube

6 Comments

Leave a Reply to Akmal Rusydi Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam