Semua Tentang Shaklee

Sambutan Hari Raya Idul Adha

Hujan turun membasahi bumi petang ini, malam ini adalah malam takbir untuk Hari Raya Idul Adha yang akan yang akan menjelma esok hari.

Sambutan Hari Raya Idul Adha di Mekah

Pastinya rakan-rakan semua tengah sibuk mempersiapkan perlengkapan untuk esok hari. Ada yang sibuk memasak, menghias rumah atau mungkin ada yang masih diperjalanan ketika ini. Kebiasaanya sehari sebelum hari raya semua ahli keluarga sibuk di dapur untuk membuat juadah hari raya. Seperti lemang, rendang, lontong, opor, ketupat  dan lain sebagainya. Yang pastinya semua itu disiapkan untuk jamuan esok setelah menunaikan sholat Idul Adha.  Sholat idul adha dilaksanakan pada pagi hari.  Alangkah baiknya kalau kita pergi melaksanakan sholat idul adha ini, kerana ianya sekali sahaja dalam setahun dan pahalanya amat besar.

Sholat Idul Adha

Selepas sholat Idul Adha kebiasaanya akan dilakukan ibadah kurban. Yaitu memotong atau menyembelih binatang kurban untuk disedekahkan pada golongan yang memerlukan. Biasanya haiwan kurban yang akan disembelih yaitu lebu dan kambing. Jika di tanah suci Mekah masyarakat disana menyembelih haiwan seperti lembu, kambing, biri-biri dan unta. Tentunya semua akan berseronok pada perayaan kurban ini. Semua orang meraikan sambutan hari raya kurban di seluruh dunia. Bagi mereka yang mengerjakan ibadah haji, tentunya sambutan hari raya kurban ini sangat bermakna sekali bagi mereka kerana mereka menyambutnya di tanah suci Mekah. Alangkah bahagianya mereka dapat meraikannya disana dengan penuh khusyu dan kesyukuran.

Acara menyembelih kurban

Kebiasaanya pada musim perayaan ini yang tak kalah seronok adalah menyantap hidangan yang beraneka ragam yang selalu menjadi rutin juadah pada setiap kali lebaran. Masing-masing negeri tentunya memiliki juadah hari raya tersendiri dan tentunya mempunyai ciri khasnya masing-masing. Seperti rendang atau lemang sudah semestinya di semua negeri menyediakannya hanya cara masak saja yang berbeza. 

Menu hari raya bagi masyarakat minang

Ayam bakar

Rendang yang selalu dijadikan hidangan utama di hari raya

ketupat suatu kemestian di hari raya

Kebiasaannya pada hari menjelang hari raya, semua orang berpusu-pusu untuk pulang ke kampung halaman masing-masing. Tetapi banyak hal yang anda harus perhatikan, diantaranya suasana jalan raya yang sesak dan tentunya akan melambatkan dan mengganggu kelancaran perjalanan anda pulang ke kampung halaman. Oleh itu alangkah baiknya jika anda bertolak dari rumah dengan melihat keadaan yang tepat. Hindari kesesakan lalu lintas dan pilihlah masa yang tepat untuk bertolak. Pastikan keselamatan anda dan keluarga. 

Elakkan kesesakan jalan raya pada musim perayaan

Semoga hari raya kali ini memberi makna kepada anda semua. Kepada yang tidak pulang ke kampung halaman, anda boleh membuat jamuan hari raya dan boleh menjemput jiran-jiran tetangga pada hari raya idul adha ini untuk memeriahkannya dan menjalin tali silahturahmi sesama jiran. Selamat hari raya idul adha mohon maaf zahir dan bahtin. Kepada anda yang memiliki saudara mara atau ahli keluarga yang melaksanakan ibadah haji, saya doakan semoga mendapatkan haji mabrur. aamiin. Mudah-mudahan kita bertemu lagi pada entry-entry berikutnya. 

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.
—————————————————

Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghubungi saya ( whatsapp/wechat/sms)

Qaseh Firdaus
No . Phone : 0176281787
Fb page : barangan baby qaseh firdaus
Email : ct_rania@yahoo.com

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail
Facebooktwittergoogle_pluslinkedinrssyoutube

One Comment

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam