Semua Tentang Shaklee

Sambutan Hari Raya Kurban

Perayaan Idul Adha diraikan oleh seluruh umat Islam di dunia. Idul Adha diperingati sempena memperingati peristiwa kesanggupan Nabi Ibrahim a.s. untuk menyembelih anaknya Nabi Ismail a.s. sebagai simbolik ketaatannya kepada Allah Swt. Namun Allah Swt telah menggantikan bahan sembelihannya kepada kambing biri-biri ( kibas) dan mengarahkan Nabi Ibrahim untuk menyembelih kibas berkenaan. Hari raya Idul Adha kita peringati setiap tanggal 10, 11, 12 dan 13  Zulhijah setiap tahun. Bermula dengan takbir Aidiladha pada malam 10 Zulhijah, diikuti dengan sholat sunat Aidiladha serta khutbah Aidiladha di pagi 10 zulhijah,sambutan diikuti dengan ibadah korban yang boleh dilakukan samada pada 10 atau 11 atau 12 atau siang 13 Zulhijah, semua hari-hari ini dipanggil hari hari Tasyrik

Lembu yang menunggu untuk dikorbankan
Sebilangan lembu yang akan disembelih

Salah satu keistimewaan hari raya iduladha dan hari tasyrik ialah ibadat korban. Ibadat korban ini hanya boleh dilakukan dalam empat hari iaitu bermula waktu selepas khatib menyampaikan kutbah Aidiladha sehingga sebelum tenggelam matahari pada hari ke-13 Zulhijah. Hari raya korban jatuh pada hari kesepuluh pada bulan Zulhijah, bulan terakhir pada kalender Hijrah Islam. 10 Zulhijah merupakan tarikh penting dalam sejarah Islam dimana Nabi Adam dan isterinya Hawa dikeluarkan dari syurga dan diturunkan ke bumi sebelum berjumpa di padang Arafah, di luar bandar Makkah

Padang Arafah

Hari raya aidiladha disambut ketika umat islam membuat penziarahan ke Makkah, mengunjungi Kaabah dan melakukan korban sembelihan. Umat islam memegang bahawa perayaan korban ini memperingati kesanggupan Nabi Ibrahim untuk menyerahkan anaknya sebagai korban kepada Tuhan. Selepas sembahyang, sekali lagi umat Islam kan berbondong-bondong melawati perkuburan orang yang disayangi. Semua orang akan memakai pakaian bersih dan ceria dan selepas itu yang muda akan meminta kemaafan daripada yag tua. Selepa itu semua orang akan menjamah pebagai juadah yang disediakan  sebelum ziarah dan menziarahi sesama mereka. 

rendang daging

ketupat
Lemang buluh

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.
—————————————————

Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghubungi saya ( whatsapp/wechat/sms)

Qaseh Firdaus
No . Phone : 0176281787
Fb page : barangan baby qaseh firdaus
Email : ct_rania@yahoo.com

Facebooktwitterredditpinterestlinkedinmail
Facebooktwitterlinkedinrssyoutube

One Comment to “Sambutan Hari Raya Kurban”

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam