Semua Tentang Shaklee

Sepuluh Manfaat Makanan Berkhasiat Buat Si Manja

Bayi bergantung sepenuhnya pada susu ibu sehingga berumur 6 bulan. Setelah itu,  mereka sudah boleh mula diperkenalkan dengan makanan pejal. Bagi mengetahui apakah makanan yang sesuai untuk mereka, berikut adalah 11 makanan yang paling “akrab” dengan bayi disertai penjelasannya.

gambar diambil dari google

  • Oatmeal /bubur gandum untuk bayi

Bubur gandum /oatmeal kaya dengan sumber karbohidrat. Makanan yang juga kaya dengan serat, vitamin, mineral, protein dan randah lemak ini baik untuk kesihatan orang dewasa dan bayi. Kandungan seratnya baik untuk pencernaan kerana berupaya mencegaj masalah sembelit. Bukan itu sahaja, sifat seratnya yang larut dalam air mampu menurunkan kadar kolesterol.  Malah oatmeal turut membuat perut terasa kenyang dalam tempoh yang lama. Bayi boleh diberikan oatmeal sejak berusia tujuh bulan.

  • Makanan selain nasi

Bayi tidak hanya boleh diberikan nasi sahaja. Sumber karbohidrat lain seperti mi, kentang, jagung, roti, gandum, atau pasta juga boleh diberikan kepada mereka. Pun begitu, sewaktu penyediaannya hindari daripada menambah ramuan yang berlebihan. Si kecil anda boleh mula diberikan makanan tersebut seawal tujuh bulan.

  • Daging Ayam

Ayam merupakan makanan yang kaya sumber protein. Bagi menambah kelazatan bubur nasi bayi anda, daging ayam bersama sedikiy sayuran boleh dicampur bersama dalam bubur. Namun begitu, pastikan kulit dan lemaknya dibuang terlebih dahulu sebelum dimasak.

  • Ikan

Selain tinggi protein, ikan juga memiliki kandungan lemak tak tepu yang sangat bermanfaat untuk pembentukan otak bayi. Si manja anda sebaiknya diberi makan ikan sewaktu mereka berusia sembilan bulan. Cara terbaik penyediaan ikan adalah dengan cara memanggang atau stim keran nilai gizi pada ikan hanya akan berkurangan sedikit. Sementara itu, kaedah merebus ataj menggoreng ikan pula tidak begitu sesuai keran mineral-mineral penting yang terkandung di dalam ikan akan larut dalam air atau minyak yang digunakan.

  • Telur

Telur juga tergolong dalam makanan yang kaya protein. Bagaimanapun, pemberian telur kepada bayi terutama bahagian putihnya akan menyebabkan si kecil diserang alergi. Sekiranya anda masih mahu memberikan si kecil telur, pastikan anda memberikan bahagian kuningnya. Itupun hanya untuk bayi yang berusia tujuh bulan. Disarankan, telur putih boleh diberikan kepada bayi anda setelah mereka berumur sembilan bulan ke atas.

Antara buah-buahan popular yang sering diberikan kepada bayi adalah buah pisang. Namun bukan berarti buah pisang terbaik untuk bayi. Selain pisang, betik, pir, epal, tembikai , mangga. Limau dan avocado juga baik untuk bayi anda. Sebaiknya beri bayi anda makan buah ketika mereka berusia tujuh bulan. Bagi mengelakkan masalah tercekik, rebus atau kukus buah-buahan tersebut agar lembut.

Merupakan makanan olahan susu. Ia boleh mula diberikan kepada bayi seawal usia mereka tunuh tahun atau lapan bulan. Makanan ini baik untuk pembentukkan tulang, gigi dan mencegah risiko penyakit osteoporosis kerana mengandung kalsium dan fosforus.

Beberapa zat makanan yang terkandung di dalam madu adalah fruktosa, protein, vitamin dan mineral. Madu bukan hanya baik untuk pertumbuhan janin dalam kandungan tetapi juga amat baik untuk menguatkan minda kanak-kanak.

Boleh diberikan kepada bayi sejak mereka berusia tujuh atau lapan bulan. Bagaimanapun, bukan sembarangan yogurt boleh diberikan kepada mereka. Yogurt yang boleh diberikan kepada si kecil adalah yogurt asli ( tanpa sebarang penambah perasa). Bagaimanapun, bagi menbah keenakkannya, tidak salah kiranya dicamour dengan buah-buahan lain seperti mangga, pisang, strawberi, kiwi, tembikai, avokado atau betik yang dikisar halus terlebih dahulu.

Pisang atau avocado boleh di campur dengan yogurt

Makanan ini boleh diberikan kepada bayi berusia enam bulan keatas. Mungkin ramaibyang tidak mengetahui bahawa kandungan gizi dalam aiskrim sama nilainya dengan susu. Anda juga boleh memberikan apa sahaja perisa termasuk vanilla, coklat atau strawberry bergantung selera si kecil.

Anda mahu jadi ahli Shaklee dan nikmati potongan hebat 15%-20%

Anda ingin mengetahui cara daftar Shaklee..??
Mudah sahaja… hanya klik sahaja disini :
 CARA JADI AHLI SHAKLEE SECARA PERCUMA

 ** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.
—————————————————

Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghubungi saya ( whatsapp/wechat/sms)

Qaseh Firdaus
No . Phone : 0176281787
Fb page : barangan baby qaseh firdaus
Email : ct_rania@yahoo.com

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail
Facebooktwittergoogle_pluslinkedinrssyoutube

9 Comments

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam