Semua Tentang Shaklee

Tips Yang Amat Berguna Untuk Para Lelaki Di luar Sana

Info Yang Sangat Bermanfaat Untuk Anda Lelaki/Suami

Sekali dalam setiap bulannya tentu anda perlu bersabar dengan keadaan pasangan anda. Kerana sudah tentu pasangan anda akan mengalami masa haid dan kadangkala disertai dengan perasaan yang tak menentu kerana selalunya wanita akan mengalami PMS ( premenstrual Syndrome). Sebenarnya ini adlah hal yang lumrah yang dialami setiap wanita tetapi yang membezakannya adalah apabila hal tersebut mengganggu aktifitas dan kehidupan harian. Disertai dengan emosi yang tak stabil.

Sakit yang dialami ketika PMS

Berikut ini saya kongsikan sedikit tips untuk anda menghadapi sindrom yang dihadapi si dia ketika masa haid itu datang ;

  • Ingat waktu PMS pasangan anda yang selalunya datang secara teratur di tarikh-tarikh tertentu. Pada masa itu anda sudah bersedia dengan rasa sabar dan tabah dalam menghadapi sindrom -sindrom yang akan berlaku pada pasangan anda.
  • Sabar dengan sebaik mungkin agar apabila pasangan anda menampakkan emosi yang  yang memuncak. Jaga intonasi percakapan anda dengannya, elakkan perdebatan dan jaga komunikasi tetap elok dan terjaga. Jangan tinggikan suara anda ketika pasangan anda tengah beremosi.
  • Jaga perasaannya, hindari perkataan yang dapat menyinggung perasaannya  dan jangan mengejutkannya atau membuat situasi membosannkan  yang akhirnya membuat dia “bad mood”. Gunakan pendekatan yang lembut untuk mendekatinya dan menegurnya.
  • Jangan masukan dalam hati, tidak hanya marah-marah , wanita yang sedang PMS juga memiliki lidah yang tajam. Dia boleh dengan mudahnya mengucapkan kata-kata yang menguris perasaan. Jika anda menjadi korban ketakaman lidahnya, jangan masukkan dalam hati. Maklum sahaja bahawa ini hanya terjadi sebentar sahaja. Kerana ia akan kembali seperti semula bila PMS telah berlalu.
  • Bayangkan apa yang ia rasakan dengan kesakitan yang luar biasa dan tidur yang tak selesa serta badan yang sakit dan Lenguh-lenguh.  Kadang rasa perut melilit dan rasa yang lainnya.

Dengan berusaha menempatkan diri anda ditempatnya, maka anda akan lebih boleh menahan perasaan geram dan marah ketika pasangan anda mengalami situasi PMS nya. Kerana sebenarnya wanita hanya memgalami hal itu disebabkan hormon dalam tubuhnya yang tak boleh di lawan atau di buat -buat. Ianya sudah lazim seorang wanita berperangai pelik ketika datang bulan atau haid setiap bulannya.

wanita ceria selepas tamat masa PMS

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.
—————————————————

Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghubungi saya ( whatsapp/wechat/sms)

Qaseh Firdaus
No . Phone : 0176281787
Fb page : barangan baby qaseh firdaus
Email : ct_rania@yahoo.com

Facebooktwitterredditpinterestlinkedinmail
Facebooktwitterlinkedinrssyoutube

One Comment to “Tips Yang Amat Berguna Untuk Para Lelaki Di luar Sana”

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam