div id="fb-root">
Manfaat Buah-Buahan

Manfaat Buah Ciku Yang Anda Tak Ketahui

Buah ciku sudah cukup terkenal dikalangan masyarakat kita. Tentunya apabila sudah masak, buah yang berwarna cokelat dan berbentuk oval ini cukup manis.  Seratnya akan terasa di lidah. Buah ciku memiliki biji yang pipih dan panjang yang menyelinap diantara daging buahnya. Warna bijinya hitam. Di Malaysia di sebut buah ciku atau buah sawa. Kalau di Indonesia sering kali disebut buah sawo. Orang di negara barat menyebutnya buah ciku ini sebagai Sapodilla. Memang banyak sebutan bagi buah ini, tapi yang penting ialah manaat dan khasiat buahnya untuk kesihatan kita.

 

buah ciku
Kurang lengkap jika tidak membahas kandungan nutrisi dalam buah ciku. Dibalik bentuk ciku yang kecil, ciku membawa banyak manfaat bagi kesihatan kita. Diantara manfaat yang boleh kita peroleh ialah :

  • Memakan 100 mg ciku akan memberikan energi sampai 83 kalori dan serat 5.6gram Seratnya baik untuk ubat sembelit dan membantu melindungi selaput lendir usus dari racun penyebab kanser.
  • Ciku kaya dengan antioksidan polifenol berupa tanin. Tanin bermanfaat sebagai antiradang, antivirus, antibakteria dan anti parasit. Oleh kerana itu, ciku sesuai untuk ubat cirit birit, buasir hingga menghentukan pendarahan. Tanin pada ciku juga membantu mengatasi erosif gastritis, enteristis dan gangguan usus.
  • Buah ciku yang segar mengandung kalium, zat besi, asam folatniacin dan asam pantotenat. Senyawa tersebut membantu pelbagai proses metabolisme dan produksi enzim tubuh.
  • Ciku mengandungi Vitamin C sebanyak 24.5 %/100 gram. Selain itu, juga mengandungi Vitamin A. Keduanya memiliki peranan dalam menghadang radikal bebas.

 

buah ciku atau buah sawo

 

Terlalu banyak manfaat buah ciku untuk anda. Jadi apabila anda bersiar-siar kepasar tani atau pun pasaraya dan ternampak ciku, belilah beberapa buah untuk seisi keluarga. Khasiatnya yang baik untuk kesihatan dan rasanya pun lazat. Kenalkan kepada kanak-kanak agar mereka mendapatkan manfaat buah ciku ini.

 

Ketahui Manfaat buah Tembikai

Atasi ketagih merokok segera

Jom buat pendapatan sampingan



Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghubungi saya ( whatsapp/wechat/sms)

Qaseh Firdaus
No . Phone : 0176281787

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail
Facebooktwittergoogle_pluslinkedinrssyoutube

58 Comments

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam