div id="fb-root">
Tadika kakak

Meriahnya Acara Perpisahan Menyambut Cuti Sekolah di Tadika Alfa Omega

Hari Jumaat yang lepas, telah berlangsung acara party perpisahan menyambut cuti sekolah untuk semua murid di Tadika Alfa Omega yang sangat meriah dan penuh kesederhanaan. Semua murid dan guru-guru sangat bergembira. Bagi murid 6 tahun, hari itulah hari perpisahan bagi mereka dengan semua guru kerana harus melanjutkan sesi persekolahan pada peringkat seterusnya. iaitu menjadi murid baru di darjah 1 pada sekolah yang baru.

 

 

056

Suasana sedih menyelubungi hati guru-guru kerana berpisah dengan murid-murid yang selama ini mereka bimbing. Tentunya perasaan itu turut dirasai oleh para murid-murid. Lain pulak bagi murid 4 tahun dan 5 tahun tentunya berseronok dengan cuti yang akan menjelang.

 

IMG-20141121-WA0028

 

 

079

Teacher Jo begitu bersemangat

Anda pasti tertanya-tanya apa tu dalam plastik yang berwarna orange dan putih itu ? Sebenarnya dalam plastik  itu ada pelbagai makanan dan snack yang diberikan oleh pihak Tadika Alfa Omega dan juga para orang tua murid kepada semua murid-murid.
035
Teacher Lily membahagikan snack dan hadiah untuk murid

Guru membahagikan semua makanan kepada semua murid untuk dibawa pulang ke rumah. Macam-macam ada seperti gula-gula, roti, buah, keropok, cokelat dan lainnya. Tentunya semua murid sangat seronok dengan semua hadiah yang diberikan guru.

083
sesi bergambar bersama guru
Pada hari itu semua murid sangat ceria dan bersemangat sekali. Guru-guru  pun mengundang para orang tua murid untuk menghadiri party tersebut. Sesi bergambar pun sangat mengujakan para murid. Seronok sekali mereka menjadi model hari ini.

 

087
Rania bergambar bersama Teacher Bunny, Teacher Jo, Papa dan adik Aira


Tadika Alfa Omega
 memang sangat menitik beratkan hubungan yang erat antara orang tua murid dengan pihak sekolah. Kerjasama yang baik antara guru-guru dan orang tua, tentunya boleh membentuk pribadi kanak-kanak yang pintar dan cergas. Memang sangat seronok dapat berkenalan dengan guru-guru di tadika Alfa Omega ini. Mereka sangat ramah dan penuh kasih sayang kepada kanak-kanak. Bagi anda yang tercari-cari sekolah untuk anak-anak anda yang berumur 2 sampai 5 tahun, sangat sesuai untuk menempatkan anak-anak anda disini. Tentunya bagi anda yang tinggal berdekatan area Batang Kali. Dan kepada ibu bapa yang mempunyai kanak-kanak istimewa, tadika alfa omega pun membuka kemasukan bagi tahun ajaran baru ini.

Cerita tentang cuti persekolahan mereka belum lagi kita sentuh, kemanakah percutian mereka tahun ini ? Sepertinya mereka pasti sudah ada rencana sendiri-sendiri dengan orang tua masing-masing. Seperti Rania dan Rayyan telah pun memulai percutian mereka sejurus selepas pulang dari sekolah dengan pergi melawat Karnival upin ipin picc putrajaya. Semoga percutian teman-teman yang lain berjalan dengan lancar dan selamat bercuti kepada semua, jangan lupa untuk berkongsi gambar nanti dengan kami.

 20141121_171709

Sangat seronok sekali ujar Rania dan Rayyan pergi ke karnival itu. Boleh berjumpa dengan upin &  ipin serta tokoh kartun yang lainnya. Ingat kawan-kawan, karnival ini hanya berlangsung 3 hari sahaja. Maka kepada kawan-kawan  yang nak menyaksikan banyak aktiviti bersama upin & ipin, cepat-cepat lah datang yaa.

20141121_173213
Pada tahun ini ada 4 orang murid autisme yang belajar di Tadika Alfa Omega. Dan semuanya memiliki kemajuan yang sangat pesat sekali ujar pengetua tadika iaitu Teacher Bunny. Tak kalah hebatnya juga murid yang lain turut sama menampakkan perbezaan lebih kreatif dan lebih bersemangat.

Tadika Alfa omega sudah lebih 10 tahun didirikan, dan memiliki ramai guru yang berpengalaman. Jika anda tinggal berdekatan  sahaja, anda boleh bawa kanak-kanak anda untuk sekolah disini seawal umur 2 tahun. Dan pendaftaran untuk murid baru sudah pun bermula. Tadika alfa omega ini beralamat di batang kali dan sangat mudah sekali untuk mencari alamatnya. Masa persekolahan seawal jam 8 pagi hingga 12 tengah hari. isnin sampai dengan jumaat. Cuti seperti biasa iaitu pada hari sabtu dan ahad. Anda boleh mendaftar untuk kemasukan baru di tadika Alfa Omega yang beralamat di No. 1, jalan semarak 1D, Bandar Baru Batang Kali, 44300, Batang Kali, Selangor. Atau boleh menghubungi teacher Bunny 012-2694129, dan Teacher Jo di 012-2732178.

 

tadika afa omega batang kali
Tadika Alfa Omega Batang Kali

Akhir sekali saya ucapkan selamat bercuti kepada semua, sampai jumpa lagi di awal tahun hadapan. Berjumpa kembali di Tadika Alfa Omega. Semoga semua bergembira pada cuti tahun ini dan jangan lupa untuk kongsi cerita percutian anda nanti.Saya adalah salah seorang orang tua murid Tadika Alfa Omega ini, dan sangat berterima kasih sekali kepada semua guru-guru yang telah mengajar pelbagai kemahiran dan pelajaran kepada anak saya. Dulu semasa baru masuk bergabung dengan Tadika Alfa Omega, anak saya enggan untuk ke sekolah dan malas untuk belajar tetapi setelah beberapa lama Rania pun menjadi begitu bersemangat dan rajin belajar. Perubahan dari sikap dan tingkah laku sangat terlihat sekali perbezaannya sekarang. Kami sebagai orang tua sangat gembira sekali. Terima kasih kepada semua guru-guru Tadika Alfa Omega.

 

 

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail
Facebooktwittergoogle_pluslinkedinrssyoutube

17 Comments

  1. Niki

    Thanks for the review..very usefull..looking forward to this little cute school..seems like they also have malay n indian teacher..am i rite?its should be interesting n fun..tq

    Reply

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam