div id="fb-root">
Aneka Resepi Uni

Phat Phet Teman Sejati Nasi Putih Panas

Hari ini rasanya nak kongsi satu resepi kat kawan-kawan  semua. Dah lama nak buat resepi ni, tapi tak berkesempatan. Kali ini saya buat sempena ade ayah mertua yang berkunjung ke rumah kami. Ayah nak makan pat pet. Apakah phat phet ini ?

20141120_1504411
Phat Phet

Phat phet makanan yang berasal dari Thailand. Masakan ini berasaskan daging, apabila anda adalah seseorang yang alergik daging atau tak suka makan daging, anda boleh ganti dengan ayam. Tanpa panjang lebar saya teruskan sahaja dengan bahan-bahan  yang boleh anda sediakan diantaranya yaitu;

Bahan yang harus di haluskan

  • Kunyit
  • Bawang merah
  • Bawang putih
  • Serai
  • Chili padi
  • Belacan

 

Bumbu yang sudah dihaluskan
Bumbu yang sudah dihaluskan

 

 

 Daging yang sudah direbus dan dipotong slice

Daging yang sudah dipotong kecik
Daging yang sudah dipotong kecik

Kacang panjang yang di potong lebih kurang dalam 2.5 cm panjang

20141120_144208
Kacang panjang

Daun limau

Garam dan penyedap rasa secukupnya

Baiklah pertama kali kita boleh tumiskan dulu bahan yang telah dihaluskan tadi. Tumis sampai naik harum dan masukan daun limau. Setelah naik harum anda boleh masukan kacang panjang. Anda boleh gaulkan  hingga kacang  panjang agak setengah masak, lalu masukan daging yang telah di rebus dan dihiris tipis tadi. Kacau sampai bumbu meresap dan masukan garam dan penyedap rasa secukupnya. Kecikkan api dan kacau sampai kelihatan sudah rata dengan bumbu. Apabila nampak bunbu sudah meresap ke dalam daging, anda boleh tutup api dan hidangkan menu anda di meja makan. Sangat mudah sekali bukan..? Semua orang boleh guna resepi ini untuk menu makan siang anda.

Kacang panjang boleh anda ganti dengan cendawan bila anda tidak menyukai  kacang panjang. Sampai  disini dulu resepi saya kali ini. Mudah-mudahan  anda semua boleh mencubanya di dapur masing-masing. Anda boleh makan hidangan Phat Phet ini dengan nasi putih panas, tomyam ataupun sayur kangkung. Memang menyelerakan, selamat mencuba.

20141120_150441
Phat Phet

 

Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghubungi kami di  whatsapp

Qaseh Firdaus
No . Phone : 0176281787

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail
Facebooktwittergoogle_pluslinkedinrssyoutube

28 Comments

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam