Udang Menyorok Dalam Taucho Buncis

Selamat berhujung minggu kepada semua. Biasanya kalau hujung minggu begini kita akan masak dirumah untuk seisi keluarga kan ? Atau anda malah mengajak ahli keluarga makan di luar ? Kalau saya dan keluarga setiap akhir minggu memang masak di rumah, masak yang agak special sikit. Hari biasa lah yang kami adakalanya makan di luar sebab banyak pekerjaan dan tak sempat nak masak. Bukan tak sempat nak masak sebenarnya tapi mungkin kerana ahli keluarga semua bekerja dan makan ditempat kerja masing-masing. Jadi agak jarang masak di rumah. Mungkin akan masak untuk anak-anak sahaja.


Udang Menyorok Dalam Taucho Buncis

Kalau nak makan di luar memang seronok, tapi kena pilih juga tempat yang  terjaga kebersihannya, baik dari segi bersih tempat dan makananya. Dan tentunya makanan yang disediakan sedap dan lazat. Pada kesempatan kali ini, saya ingin berkongsi 1 resepi dengan anda. Kebetulan hari ini saya masak untuk seisi keluarga. Saya masak sederhana sahaja sebab hanya memanfaatkan barang dan bahan yang ada di dalam peti ais. Nak berbelanja ke pasar tani tak jadi disebabkan hujan dari awal pagi. Tak apalah guna sahaja apa bahan yang ada.
Saya akan memasak menu yang kami sekeluarga sering sebut “Udang Menyorok dalam Taucho Buncis” kebetulan kami selalu sediakan udang di dalam peti ais untuk rencah-rencah nasi goreng atau mee goreng. Tapi kali ini saya akan gunakan udang tersebut untuk masak sayur pulak.

Bahan-bahan untuk menu ini sangat mudah didapatkan. Diantaranya yaitu :

  • Sayur Buncis

Pilihlah buncis yang hijau dan potong-potong lalu cuci dan rendam seketika. Lalu toskan airnya.

sayur buncis yang sudah di potong serong

  • Santan

Anda boleh membeli santan kotak atau santan segar

kredit dari thyagacook.blogspot.com

  • Bumbu yang dihaluskan seperti halia, bawang putih, dan bawang merah.
Bumbu yang harus dihaluskan

  • Daun Salam atau Bay Leaf dan irisan chli hijau

hirisan chili hijau dan daun salam
  • Udang yang sudah dibuang kepalanya

Udang sederhana

  • Pes Taucho atau kacang masin


Taucho 

Cara membuatnya cukup simple, pertama sekali anda tumis dulu bumbu yang sudah dihaluskan dengan sedikit minya sampai naik bau, kemudian apabila sudah naik bau anda masukkan sesudu atau setengah sudu besar pes taucho atau kacang masin. Setelah itu masukkan santan dan kacau sampai santan menggelegak.


santan yang telah menggelegak

 Setelah santan menggelegak anda boleh masukkan buncis dan juga chili hijau beserta daun salam tadi. Kacau sampai buncis setengah masak dan akhirnya boleh anda masukkan udang. Jangan lupa untuk masukkan sedikit garam dan perasa. Jangan masukkan terlalu banyak garam, kerana pes kacang masin tadi sudah pun masin. Akhirnya siap juga menu kali ini. Anda boleh hidangkan sayur ini dengan nasi panas beserta lauk lainnya sepeti ayam goreng atau ikan. 


masakan siap untuk dihidangkan

Sangat mudah bukan untuk memasaknya. Nah tunggu apalagi ? catat dan anda boleh mulai mencubanya dirumah. Saya harap akhir minggu anda bermakna bersama keluarga tersayang, jangan lupa lepas makan ambil sebiji Omega Guard dan Lecithin untuk bakar lemak yang telah anda makan. Baiklah selamat mencuba resepi ini. Sampai berjumpa pada entry berikutnya.

agen bakar dan nyah lemak

Anda boleh dapatkan set kurus awesome ini DISINI. Sangat mudah sekali bukan ? pesan sekarang.

Anda mahu jadi ahli Shaklee dan nikmati potongan hebat 15%-20% Anda ingin mengetahui cara daftar Shaklee..?? Mudah sahaja… hanya klik sahaja disini : 


 Cara Join Ahli Shaklee Secara Percuma


 ** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. ————————————————— Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghubungi saya ( whatsapp/wechat/sms)
Qaseh FirdausNo . Phone : 0176281787  Fb page : Qaseh firdaus Shoppe  Email : [email protected]

Spread the love
Suri rumah sepenuh masa dengan 3 cahaya mata yang aktif berblog untuk berkongsi kebaikan untuk semua.

Related Posts

Menu Bihun Bakso Menjadi Peneman Di Kala Hujan

Masa hujan pasti kita akan tercari-cari menu makanan yang boleh kita jadikan peneman minum teh panas kan ? ada baiknya masa hujan kita makan sup, agar badan…

Spread the love

Resepi Mee Bandung Resepi Turun Temurun

Lama tak makan mee bandung, teringat akan resepi turun temurun dari mak dan nenek di kampung, kalau makan mee pasti kami akan gorengkan chili dan udang kering…

Spread the love

Phat Phet Teman Sejati Nasi Putih Panas

Hari ini rasanya nak kongsi satu resepi kat kawan-kawan  semua. Dah lama nak buat resepi ni, tapi tak berkesempatan. Kali ini saya buat sempena ade ayah mertua…

Spread the love

Sedapnya Makan Apam Beras Di Kala Hujan Turun

Musim hujan selalunya perut asik lapar saja. Bagaimana kalau kita buat makanan untuk mengisi kekosongan di waktu hujan ini. Kebetulan disini sering kali hujan, tak siang, tak…

Spread the love

Resepi Kalio Ayam Minang

Resepi Kalio Ayam Ala Minang Pada masa yang serba cepat dan pantas ini, kebanyakan dari kita selalunya jarang untuk dapat memasak sendiri dirumah. Tidak mempunyai masa yang…

Spread the love

Icip-icip Cucor Kentang Isi Daging

Icip-icip Cucor Kentang Isi Daging Sejak kebelakangan ini cuaca agak sejuk sedikit, dek kerana hujan dari tengah hari sampai ke petang. Alangkah baiknya kalau tengah hujan-hujan tu…

Spread the love

This Post Has 29 Comments

Leave a Reply

%d