Udang untuk Santapan Malam

Hari ini agak berbeza  dari biasa disebabkan ada ayah mertua dirumah, jadi kami akan makan bersama malam ini. Seperti biasa, saya akan bertanya kepada suami “nak saya masakan apa hari ini “? Tanpa pikir panjang suami menjawab “masak la apa-apa janji sedap”.  Dengan jawaban begitu saya pun gagahkan masak apa sahaja yang ada kat dalam peti ais.

Gulai udang yang dah siap di masak

Buka-buka peti ais nampak udang, kacang panjang. Hemm…nampaknya saya masak udang gamaknye. Saya pikir dah lama juga saya tak masak udang masak gulai. Akhirnya saya siapkan semua bahan untuk masak udang ni. Baiklah mari kita memasak udang gulai kacang panjang. Sebenarnya saya tak pandai masak, tapi tak apa kita cuba ya.

Bahan-bahan  yang perlu  kita sediakan diantaranya iaitu:

  • Udang

Udang size Sederhana

  • Kacang panjang yang sudah dipotong-potong

potong kacag panjang terlebih dahulu

  • santan

  • bumbu halus seperti halia, kunyit, bawang merah, bawang putih, chili padi dan ketumbar.

Bumbu yang sudah dihaluskan/di blend

  • Daun kunyit, daun limau, dan serai

Dau yang diperlukan 

Cara memasaknya simple sahaja. Kita tumis bahan-bahan yang dihaluskan tadi samoai naik harum. Lalu nasukkan daun serai, daun kunyit dan daun limau. Tumis sampai naik bau. 

tumis sampai naik bau

Setelah itu masukan santan dan kacau.apabila santan sudah mendidih masukan kacang panjang dan apabila kacang panjang sudah setengah masak, masukan udang. Jangan masak terlalu lama. Apabila udang sudah merah, maka masakan pun sudah siap. Jangan lupa masukan garam dan penyedap rasa ke dalam masakan.

Gulai Udang Kacang Panjang

Taraa….akhirnya selesai juga menu malam ini. Menu ini boleh anda cuba dirumah masing-masing, selamat mencuba yaa.. semoga bermanfaat untuk anda semua. Kepada anda yang tak suka kacang panajng, boleh digantikan dengan kailan, labu siam ataupun terung. Pelbagai sayuran hijau boleh anda gunakan. Selamat Mencuba.

Anda mahu jadi ahli Shaklee dan nikmati potongan hebat 15%-20% Anda ingin mengetahui cara daftar Shaklee..?? Mudah sahaja… hanya klik sahaja disini :

CARA JADI AHLI SHAKLEE SECARA PERCUMA

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. ————————————————— Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghubungi saya ( whatsapp/wechat/sms) Qaseh Firdaus No . Phone : 0176281787 Fb page : barangan baby qaseh firdaus Email : [email protected]

Spread the love
Suri rumah sepenuh masa dengan 3 cahaya mata yang aktif berblog untuk berkongsi kebaikan untuk semua.

This Post Has 8 Comments

Leave a Reply

%d