div id="fb-root">
Semua Tentang Shaklee

Hanya Perlu Lebih Kurang 1 Jam Sahaja Untuk Sampai Ke Tanjung Dawai

Dalam percutian kami kali ini, kami sekeluarga berkunjung ke kedah ke rumah mak dan beberapa rumah saudara mara. Pada perjalanan kali ini kami menyempatkan untuk singgah ke Tanjung Dawai. Tempat ini sangat popular sekali untuk mereka yang sukakan pelbagai ikan masin. Tanjung Dawai berada kira-kira 30 kilometer dari Sungai Petani. Kalau dari rumah mak yang berada di Pendang, hanya memakan masa 1 jam sahaja untuk sampai kesini, Selain tempat pengumpulan hasil laut, Tanjung Dawai juga menjadi akses bagi pengunjung untuk ke Pantai Merdeka. 

Jeti Tanjung Dawai

Tanjung dawai salah satu tempat yang sangat menarik dan anda boleh menaiki bot dari Tanjung Dawai ini untuk sampai ke pantai merdeka. Pantai merdeka adalah salah satu tempat pelancongan yang terkenal di Malaysia. Hanya perlukan 10 menit sahaja untuk menyeberang ke pantai merdeka. Bagi kami sangat seronok sekali percutian kali ini.

Kedai Makcik Yah yang terkenal murah dan mesra pelanggan

Bagi anda penggemar ikan masin, boleh la singgah di Tanjung Dawai ini untuk membeli pelbagai jenis ikan masin yang anda sukai. Tepat di Jeti Tanjung Dawai anda akan mendapati kedai-kedai yang banyak menjual hasil laut. Aneka barangan lain turut dijual juga. Masa membeli ikan masin di tanjung dawai, kami juga membeli ikan masin untuk dihadiahkan kepada saudara mara yang akan kami kunjungi. Yang sangat menariknya anda boleh menikmati pemandangan laut dari dalam kedai ikan masin ini. Anak-anak sangat ceria melihat pemandangan, sambil itu ibu bapa boleh memilih ikan masin yang disukai. Lagi satu adalah apabila anda berbelanja akan dapat harga yang murah dan juga akan dapatkan hadiah percuma dari makcik yang menjual ikan masin ini.

lorong kedai yang menjual pelbagai ikan masin

Mak kami memang selalu membeli ikan masin di tanjung dawai ini, selain harga yang murah juga pelayanan yang diberikan juga memuaskan. Jadi bagi anda yang berlibur ke negeri Kedah, ada baiknya singgah di Tanjung Dawai ataupun Pantai merdeka. Banyak yang boleh anda beli sebagai buah tangan disana.

pelbagai ikan masin yang segar

Antara ikan masin yang boleh anda beli. Ikan masin disini segar dan banyak pilihan untuk anda. Ada juga pelbagai keropok yang boleh anda dapatkan dengan harga yang cukup murah. 

kakak Rania dan Ifan sempat bergambar di tepi pantai Tanjung Dawai

Di tepi pantai tanjung dawai ini ramai peniaga yang menjual pelbagai makanan laut dan juga barangan lain. Diantaranya yang sempat kami cuba adalah menikmati buah berangan dan kacang rebus. Sangat sedap sekali dan peniaganya juga ramah. Apabila anda ke tanjung dawai jangan lupa singgah untuk mencuba kacang rebus dan buah berangan disini ya.

gerai buah berangan dan kecang rebus

peniaga yang sedang memasak buah berangan

Sangat meriah sekali suasana Tanjung Dawai ketika itu, ramai pelancong yang datang kesana kerana bertepatan sekali dengan cuti sekolah kali ini. Bila anda berkesempatan, bolehlah singgah ke Tanjung Dawai dan Pantai Merdeka untuk melancong dan mengajak keluarga bersama menikmati keindahan Pantai Merdeka. 

Anda mahu jadi ahli Shaklee dan nikmati potongan hebat 15%-20%

Anda ingin mengetahui cara daftar Shaklee..??
Mudah sahaja… hanya klik sahaja disini :

 join ahli shakle sekarang.png

 ** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.
—————————————————

Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghubungi saya ( whatsapp/wechat/sms)

Qaseh Firdaus
No . Phone : 0176281787
Fb page : Qaseh Firdaus Shoppe Email : ct_rania@yahoo.com

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail
Facebooktwittergoogle_pluslinkedinrssyoutube

11 Comments

  1. How i missed tanjung dawai..dulu masa belajar di merbok,sy dan member suka menyempatkan diri makan2 seafood di tg dawaii.dr situ sy blajar maakan sotong goreng tepung.nampak biasa pd org lain tp masa zaman study dulu mana mampu sgt nak makan seafood..rindu tg dawai

    Reply

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam