Aneka Resepi Uni

Resepi Mee Bandung Resepi Turun Temurun

Lama tak makan mee bandung, teringat akan resepi turun temurun dari mak dan nenek di kampung, kalau makan mee pasti kami akan gorengkan chili dan udang kering yang dihaluskan terlebih dahulu. Memang menyelerakan dengan bau harumnya. Pada kesempatan kali ini saya akan berkongsi resepi mee bandung kesukaan saya kepada anda. Tanpa mengulur masa jom kita mulai sahaja. Pagi-pagi sekali saya dah ke pasar tani untuk mencari bahan untuk membuat mee bandung ini. Pasar tani Batang Kali dekat sahaja dari rumah saya. Lebih kurang 5 minit perjalanan. Kat pasar tani kita boleh dapatkan mee kuning yang bebas dari bahan pengawet, tentunya lebih selamat dan sihat jika kita makan mee yang bebas dari bahan kimia kan.

20141129_094742
Pencarian mee kuning

Mee kuning tanpa bahan pengawet ni, boleh kita cari di pasar tani dan kedai-kedai runcit. Sembari mencari mee kuning, saya ternampak peniaga menjual banyak barangan yang sangat susah di cari pada masa sekarang seperti keladi dan buah-buahan kampung. Kalau anda cari di pasaraya mungkin anda tak akan mendapatkannya. Jadi kalau nak cari, baik anda ke pasar tani sahaja.

 

Ikan masin
Ikan masin

Salah satu aktifiti saya bila berkunjung ke pasar tani, iaitu mencari ikan masin. Banyak jenis ikan masin disini dan ianya masih segar tentunya. Nak masak chili padi masak lemak sangat sesuai dengan ikan masin ni. Kebetulan suami saya suka sangat ikan masin masak lemak chili padi. Pajang lebar kita bincang sampai terlupa nak buat mee bandung tadi kan.

Baiklah sekarang kita siapkan bahan-bahan untuk membuat mee bandung ini, diantaranya iaitu:

  • Mee kuning
  • Udang segar dan beberapa potong ayam segar atau daging
  • Sayur sawi
  • Hirisan Bawang
  • Telur
  • Daun bawang
  • Air rebusan daging atau ayam
  • Perencah mee bandung (udang kering, lada, bawang merah, dan gula yang tela dihaluskan dan di buat pes terlebih dahulu )

Cara Memasak

Mula-mula kita panas kan sedikit minyak masak untuk menumis bawang merah hingga kekuningan, selepas itu masukkan pes yang sudah dibuat terlebih dahulu. Lalu anda boleh menumis sampai naik bau, lepas itu anda boleh masukkan air rebusan daging atau ayam dan biarkan sampai menggelegak, lepas sudah menggelegak anda boleh masukan ayam atau daging serta masukan mee kuning tadi. Selepas mee agak masak, anda boleh masukkan udang dan juga sayuran yang telah dipotong-potong dan jangan lupa masukan telur. Akhir sekali masukan sedikit perasa dan garam. Taraaa….siap sudah mee bandung kita.

 

mee-bandung-resepi-turun-menurun1
mee bandung

Ada baiknya anda buat mee bandung ini ketika turun hujan, makan semasa panas memang menyelerakan. Selamat mencoba dan semoga bermanfaat untuk anda semua.

Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghubungi saya ( whatsapp/wechat/sms)

Qaseh Firdaus
No . Phone : 0176281787

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail
Facebooktwittergoogle_pluslinkedinrssyoutube

9 Comments

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam