div id="fb-root">
Ibu Mengandung

11 Nutrien Utama Yang Diperlukan Oleh Wanita Hamil

Tempoh kehamilan 40 minggu adalah 270 hari pertama daripada tempoh 1,000 hari. Pada masa ini, keperluan pemakanan wanita hamil penting untuk menentukan perkembangan kesihatan bayi. Pemakanan adalah aspek penting untuk anak termasuk mereka sedang merancang menimang cahaya mata. Banyak kajian menunjukkan, apabila wanita sihat dengan berat badan normal ketika hamil, kesan pemakanan terhadap janin adalah lebih baik berbanding wanita berlebihan berat badan atau Obes. Ini kerana risiko terhadap diabetes kepada ibu dan bayi pada masa akan datang jika ibu mempunyai berat badan berlebihan.

 

 

ibu mengandung

 

Oleh itu pentingnya bagi ibu untuk menjaga pemakanan semasa hamil. Amalkan gaya hidup sihat. Dan makan makanan yang lengkap dengan nutrien dan sihat. Diantara 11 nutrien yang diperlukan ibu hamil diantaranya sebagai berikut :

 

  • Tenaga tambahan diperlukan wanita hamil pada trimester kedua dan ketiga serta ibu yang menyusui bayi. Ia diperlukan untuk peningkatan berat badan yang sempurna sepanjang tempoh kehamilan atau peningkatan kadar metabolik asas yang tidak boleh diimbangi dengan megurangkan penggunaan tenaga harian. Sumber tenaga ini boleh didapati dalam nasi atau roti dan sumber makanan lain. Makanan seperti ini memberikan kalori yang diperlukan, kalori “kosong” harus dielakkan kerana ia penyumbang kepada keperluan tenaga harian tetapi bukan untuk keperluan pemakanan ibu hamil atau menyusukan bayi.

 

  • Protein adalah komponen penting untuk perkembangan dan pertumbuhan serta membina otot dan tisu, maka ia amat penting untuk pertumbuhan dan perkembangan anak yang sihat. Diantara sumber makanan mengandung protein diantaranya legum (kacang dal, kekacang, produk soya seperti tempe atau tauhu), ikan atau makanan laut yang dimasak dengan sempurna, ayam, daging,telur dan susu.

 

  • Folat adalah sejenis vitamin B yang penting bagi fungsi seluler yang sempurna. Anda harus mengambil asid folik, apabila merancang untuk hamil dan semasa 3 bulan pertama kehamilan untuk mencegah kekurangan folat yang boleh meningkatkan risiko bayi terhadap kecacatan saraf tunjang. Folat boleh anda dapatkan dari  sumber sayuran hijau, kacang bendi, asparagus, lentil, legum, dan produk bijirin yang diperkaya. Buah-buahan seperti oren, pisang dan betik juga mengandungi folat.

 

  • Darah mengandungi sel darah merah yang membekalkan oksigen kepada bayi. Dianggarkan dua pertiga daripada zat besi di dalam tubuh digunakan untuk mengekalkan bilangan sel darah merah yang mencukupi. Zat besi juga berperanan dalam mengekalkan kesihatan sel dan mengekalkan kulit, rambut serta kuku dalam keadaan baik. Sumber zat besi boleh kita perolehi dari daging, telur, ayam, hati, kacang kuda, peria, bayam dan kangkung.

 

  • Anda dan anak memerlukan Kalsium untuk membina tulang dan mengekalkan kekuatan tulang, mengekalkan kesihatan jantung dan fungsi otot yang sempurna. Sumber kalsium boleh anda perolehi dari  kekacang seperti kacang dal, tauhu, tempe. Begitu juga sayur-syuran, termasuk selada air, kailan dan lainnya.  Selain itu susu dan produk tenusu iaitu produk yang diperkaya dengan kalsium, contohnya susu yang diperkaya dadih dan keju.

 

  • Iodin diperlukan untuk mengekalkan fungsi normal tiroid. Tiroid mengawal metabolisma tubuh. Ia juga merembes hormon yang mempengaruhi perkembangan tulang dan otak semasa bayi. Sumber makanan yang mengandungi iodin contoh nya makanan laut (kerang, kupang, ikan laut), rumpai laut, telur, daging, susu hasil tenusu, bijirin. Perlu anda ingat, elakkan mengambil makanan laut yang mentah kerana risiko pencemaran organisma laut boleh menyebabkan jangkitan. Elakkan ikan yang mungkin mengandungi paras raksa yang tinggi seperti ikan todak, mekerel besar, tile fish, dan ikan yu.

 

  • Zink sejenis mineral yang penting untuk mengekalkan sistem imun supaya berfungsi dengan sempurna. Tubuh juga memerlukan zink untuk membesar dan berkembang. Penyembuhan luka dan fungsi sempurna deria rasa dan bau anda juga berkait rapat dengan pengambilan zink di dalam diet anda. Makanan menjadi sumber zink seperti daging, ikan, kerang-kerangan, kacang, legum dan bijirin penuh.

 

  • Vitamin AVitamin A, nutirien ini kritikal untuk mengekalkan fungsi penglihatan yang normal dan membantu sistem imun dan reproduktif berfungsi dengan sempurna. Organ lain yang memerlukan vitamin A untuk berfungsi termasuk jantung, paru-paru dan buah pinggang. Sumber Vitamin A yang boleh dapati dalam susu, telur, buah-buahan berwarna kuning merah seperti aprikot, mangga dan sayur-sayuran berdaun hijau seperti bayam, brokoli.

 

  • Vitamin B1, ia memerlukan komponen kritikal yang digunakan dalam pelbagai fungsi tubuh dari sistem urat saraf dan fungsi otot ke penghadaman serta metabolisme karbohidrat. Kekurangan vitamin itu boleh menyebabkan komplikasi serius pada sistem urat saraf, otak, otot, jantung, perut dan usus. Sumber Vitamin B1 boleh kita perolehi dari sumber seperti daging tanpa lemak, legum dan roti, produk bijirin, biskut dan lainnya.
  • Vitamin B2, ia diperlukan untuk membantu perkembangan dan fungsi kulit ( termasuk lapisan dinding, saluran penghadaman) dan sel darah. Makanan sumber Vitamin B2 dapat kita perolehi dari legum (kacang kuda dan kacang soya), daging, telur dan pati lembu.

 

  • Vitamin B3, penting untuk metabolisme dan membantu tubuh menghasilkan tenaga daripada karbohidrat. Tubuh perlu vitamin, protein dan lemak untuk peredaran dan sistem penghadaman yang sihat. Kita boleh mendapatkan makanan mengandungi Vitamin B3 ini daripada daging lembu, daging, ikan, kacang tanah dan kekacang yang lain dan tepung gandum bijirin penuh.

 

Dalam masa sekarang ini keperluan untuk ibu mengandung boleh anda dapatkan dari Produk Set Ibu Mengandung Shaklee yang ternyata berkesan dan membantu ibu-ibu hail di luar sana. Set Ibu mengandung ini merupakan set yang lengkap yang boleh anda konsumsi yang boleh menyihatkan anda dan bayi yang berada dalam kandungan. Anda akan dapatkan keperluan nutrien anda dan bayi dalam set mengandung ini, lengkap dan meyihatkan.

 

 

set hamil shaklee

 

Anda boleh mendapatkan set mengandung ini disini,  Sangat mudah bukan? Jadi jangan tunggu lagi, dapatkan segera. Barang yang anda pesan akan dikirim oleh pihak Shaklee ke alamat yang anda berikan melalui kurir.

 

Kepada anda yang berada di kawasan area Batang Kali, Rasa, Bukit Beruntung, Ulu Yam, Gohtong Jaya dan Genting Highland. Anda boleh mendapatkan pengkhidmatan Cash On Delivery dari kami. Ditambah dengan pengkhidmatan konsultasi ekslusif dari kami tentang produk apa yang sesuai untuk anda dapatkan. Jadi jangan tunggu lagi, anda boleh menghubungi no talian yang tertera dibawah untuk maklumat lanjut. Barang yang anda pesan akan kami hantar terus ke depan rumah anda. Sangat mudah bukan..?

 

 

Anda mahu jadi ahli Shaklee dan nikmati potongan hebat 15%-20%

Anda ingin mengetahui cara daftar Shaklee..??
Mudah sahaja… hanya klik sahaja disini :

 

 

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.
—————————————————

Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghubungi saya whatsapp Qaseh Firdaus
No . Phone : 0176281787

 

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail
Facebooktwittergoogle_pluslinkedinrssyoutube

12 Comments

  1. Nutrien, vitamin dan mineral yang cukup untuk ibu mengandung sangat penting. Jangan pentingkan diri kalau sendiri tak suka makan supplement atau ubat yang diberikan oleh klinik. Sebab nanti kesannya pada anak dalam kandungan yang lebih berbahaya. Ibu juga akan turut mengalami kesannya nanti kalau abaikan nutrien utama ini dlm pengambilan harian sepanjang hamil..

    Reply

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam