div id="fb-root">
Aneka Resepi Uni

Menu Bihun Bakso Menjadi Peneman Di Kala Hujan

Masa hujan pasti kita akan tercari-cari menu makanan yang boleh kita jadikan peneman minum teh panas kan ? ada baiknya masa hujan kita makan sup, agar badan menjadi hangat dan selesa. Kalau macam tu jom kita tengok resepi bihun bakso ni. Diantara bahan yang selalu kita gunakan untuk membuat sup atau makanan berunsur mee adalah bakso. Tahukah anda bakso adalah makanan yang berasal dari indonesia, yang terbuat dari bebola daging. Rasanya sedap dan paling digemari oleh ramai pencinta sup.

bakso kuah yang sedap dinikmati masa hujan

Diantara bahan-bahan yang boleh kita dapatkan untuk bihun bakso diantaranya,

  • 1/2 bungkus bihun, dicelur hingga lembut dan disejatkan. Anda boleh tukar kepada mee kuning atau pun kue tiaw juga.
  • sedikit sayur taugeh
  • 1/4 buku kobis yang dihiris halus
  • 3 sudu makan lada sulah/lada putih biji, dikisar kering hingga halus

 Bahan Untuk Bebola Bakso

  • 1/2kilo daging lembu
  • 50 gram tepung kanji
  • 1/2 sudu teh serbuk lada
  • 1 sudu makan bawang putih goreng
  • 2 sudu makan bawang merah goreng
  • 40 gram ais batu, hancurkan
  • 2000ml air

Bahan untuk kuah

  • 1 kilo tulang lembu
  • 1 bungkus rempah sup tulang
  • 1 bungkus rempah sup bunjut
  • 2 batang serai, dititik
  • 2 helai daun salam
  • 10 ulas bawang merah
  • 6 ulas bawang putih
  • 5 biji buah keras
  • 1 inci halia
  • 2 sudu teh serbuk lada sulah ( ambil dari yang dikisar diatas)
  • garam

 

Cara-cara  membuat bakso daging

  • Masukan tepung kanji, bawang putih, bawang merah,lada, garam dan daging lembu kedalam bekas besar. Gaul dengan tangan biasa atau menggunakan alat penggaul seperti blender atau penggiling daging sampai halus dan rata
  • Tambahkan ais batu jika adunan lembik dan sukar dibentuk bulat
  • Bulat-bulatkan adunan daging hingga habis
  • Panaskan air sehingga mendidih untuk merebus bebola daging
  • Celupkan bebola yang sudah dibentuk kedalam air mendidih tadi.

bakso daging

 

Cara-cara untuk membuat kuahnya

  • Rebus tulang lembu, rempah sup tulang dan rempah sup bunjut hingga daging pada tulang empuk
  • Tumbuk lumat halia, buah keras, bawang merah dan bawang putih
  • Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan tumbuk dan serbuk lada sulah hingga wangi.
  • Masukkan ke dalam periuk sup dan teruskan merebus hingga mendidih
  • Masukkan bebeola daging tadi, biarkan masak hingga bebola daging timbul
  • Masukan garam dan serbuk perasa
  • Masukkan sedikit daun sup dan daun bawang
  • Tutup api dan hidangkan

Bahan untuk sambal kicap

  • 25 biji chili api
  • 2-3 ulas bawang putih
  • kicap pekat manis

 

Cara memasak

  • Panaskan minyak dalam kuali, masukkan semua chili dan bawang putih. tutup segera kuali anda.
  • Bila sudah tiada lagi letupan dalam kuali, alihkan tudung dan kacau chili supaya masak rata.
  • Bila semua chili dah layu, angkat dan ke tepikan  ( ada petua supaya dipatahkan sikit chili tu sebelum di goreng supaya tidak meletup tapi kadang-kadang saya tak buat sebab malas).
  • Tutup ajelah kuali tu dengan penutup periuk.
  • Masukan chili goreng tadi ke dalam lesung dan tumbuk hingga lumat
  • Masukkan chili tumbuk kedalam mangkuk dan sedia untuk dimakan…
IMG_55176672769461
Bihun Bakso Daging


Anda mahu jadi ahli Shaklee dan nikmati potongan hebat 15%-20%
Demikianlah resepi kali ini kami kongsikan kepada anda, semoga bermanfaat bagi anda semua. Anda boleh menghidangkan bihun bakso ini dengan secawan Cinch Tea Mix panas agar rasanya lebih sedap dan terangkat.  Selamat mencuba.

Anda ingin mengetahui Cara Daftar Ahli Shaklee..??
Mudah sahaja… hanya klik sahaja disini :

Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghubungi kami ( whatsapp/wechat/sms)

Qaseh Firdaus
No . Phone : 0176281787

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail
Facebooktwittergoogle_pluslinkedinrssyoutube

4 Comments

  1. As request bakso ikan tuna atau somaln dunkx.Kemaren ada diskon ikan yang dipotong gede satu irisnya (15 cm x 15 cm x 2 cm) dan dilabeli steak tuna en minyak zaitun.berhubung udah nyicil ngumpulin bumbu seperti lada item, mrica,pala, kayu manis dkk aku beli.Direndem perasan jeruk buah(males beli yang nipis),pala ,lada item trus digoreng pake minyak zaitun.Kumakan karena ajaib rasanya cuma bisa 2 sendok..sekitar 4cm x 4 cm lah selang 2jaman jantungku cepet banget detaknya en badanku memerah (flushed).. baru reda setelah minum ctm en teh kental 2 gelas ..Cih ..padahal walo diskon kan tetep aja mahal .itu yang salah akunya atau ikannya?Kalo ikannya bbrp minggu sebelumnya aku makan ikan tuna di Pacitan gpp tuh..atau karena ikan tuna yang kumakan di Pacitan beda spesies ya Kalo akunya yang ngaco TX..semoga ada resepnmu yg kubuat dan tidak jd hasil percobaan kimia jdnya.

    Reply

Leave a Reply to admin Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam