Semua Tentang Shaklee

Cara Mengatasi Kutu Rambut Yang Mengganas Di Kepala Anda

Kalau kita dengar perkataan kutu pasti yang terlintas dipikiran adalah rasa geram dan agak sedikit takut dan tiba-tiba pasti anda akan menggaru dan menjadi gatal pulak kan? Hihihi….saja pada kesempatan ini saya nak kupas lebih jauh sedikit tentang kutu ni.

 

Kutu rambut adalah sejenis parasit yang biasanya hidup di bahagian kepala. Kutu betina mampu bertelur enam biji sehari. Telur ini selalunya melekat dengan kuat pada helaian rambut. Telur-telur itu akan menetas setelah lebih kurang dalam 8 hari dan kutu akan cepat merebak melalui sentuhan dengan rambut yang bermasalah. Ia juga dapat melompat ke kepala melalui sikat rambut, topi, bantal dan juga tuala.

 

Apakah tanda-tanda anda sudah berkutu?
Anda akan mengalami gatal pada permukaan kepala, gatal pada kepala ini akan sentiasa memaksa anda untuk menggaru kepala anda. Ini disebabkan zat yang terkandung di dalam air liur kutu. Tanda lain iaitu tanda merah dipermukaan kepala, leher dan belakang telinga. Terdapatnya telur-telur kutu dihelaian rambut yang berwarna putih dan ia macam nampak bersinar. Ia seperti kelemumur tetapi tidak mudah di keluarkan.

Bagaimana kutu boleh berjangkit kepada kepala orang lain?
Kutu ini boleh berjangkit secara tak langsung kepada orang lain melalui sikat rambut, topi, perhiasan rambut, tuala, bantal dan juga tudung.  Apabila anda sudah terjangkiti kutu rambut ini, apa yang akan anda lakukan?

Tentunya segera mencari jalan keluar terbaik tanpa harus menggunakan bahan kimia, betul kan? Kerana penggunaan bahan kimia akan membuat kulit kepala anda menjadi terdedah kepada bahaya iritasi kulit ataupun infeksi. Cara yang terbaik yang perlu anda lakukan ialah :

  • Gunakan sikat kutu seperti sikat rapat. Rendam sikat ini didalam air cuka terlebih dahulu supaya telur-telur mudah untuk dikeluarkan.
  • Rendam sikat-sikat dan perhiasan kepala yang biasa digunakan dengan ubat kutu selama beberapa jam.
  • Basuh cadar dan sarung bantal dengan air panas.
  • Gunakan ubat kutu untuk membunuh kutu dan juga telurnya.

 

 

 

Biasanya kutu rambut ini sering dialami oleh kanak-kanak kerana mungkin dari kawan-kawan atau kerana kurangnya menjaga kebersihan rambut sehingga rambut menjadi kotor, berminyak dan bau jika beberapa hari tidak di cuci. Kemungkinan kutu rambut akan berkembang biak di kepala terutamanya kepada mereka yang mempunyai rambut panjang dan lebat. Oleh itu pentingnya bagi kita untuk menjaga kebersihan rambut agar sentiasa terbebas dari kutu rambut ini.

kanak-kanak yang selalu terjangkiti kutu

 

Kutu boleh berkembang biak dikepala dengan menghisap darah di kulit kepala sebagai sumber makanannya. Dan biasanya akan terasa gatal-gatal. Pada zaman dulu orang tua kita biasanya menggunakan ubat kampung untuk membasmi kutu, tetapi zaman sekarang sudah mulai ditinggalkan kerana ada cara yang lebih mudah boleh anda lakukan. Contohnya menggunakan Basic H untuk membasmi kutu ini. Penggunaan Basic H amat membantu anda kerana ianya mudah untuk dilakukan, selain selamat tanpa bahan-bahan kimia dan juga menjimatkan wang anda.

 

 

Basic H

Saya boleh sarankan anda untuk menggunakan Basic H bagi  menghilangkan kutu dikepala. Dengan penggunaan yang konsisten tentunya akan mudah untuk menghapuskan kutu ini. Selain penjagaan rambut yang sentiasa di cuci dan disikat setiap hari.

Anda boleh mendapatkan Basic H ini disini dengan hanya klik gambar dibawah sahaja. Pesanan anda akan segera dihantar ke alamat yang telah anda berikan melalui kurir. Sangat mudah bukan? Atasi segera kutu yang bersarang dikepala anda dengan segera sebelum ianya menjadi lebih teruk.

 

 beli sekarang juga.jpg

 

 

Anda boleh juga menerima pengkhidmatan Cash On Delivery dari kami di sekitar area Batang Kali, Rasa, Bukit Beruntung, Ulu Yam, Gohtong Jaya dan Genting Highland. Barang akan kami hantar terus ke depan pintu rumah anda. Tentunya kami akan memberikan konsultasi yang terbaik untuk anda. Jadi jangan tunggu lagi segera hubungi kami di no talian yang tertera di bawah ya.

 

 

 CYMERA_20141206_084751.jpg

 

Anda mahu jadi ahli Shaklee dan nikmati potongan hebat 15%-20%

Anda ingin mengetahui Cara Join Ahli Shaklee..??
Mudah sahaja… hanya klik sahaja disini :

 join ahli shaklee sekarang.png

 

 

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.
—————————————————

Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghubungi saya ( whatsapp/wechat/sms)

Qaseh Firdaus
No . Phone : 0176281787
Fb page : Qaseh Firdaus Shoppe Email : ct_rania@yahoo.com

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail
Facebooktwittergoogle_pluslinkedinrssyoutube

5 Comments

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam