Semua Tentang Shaklee

Tamparan Besar Bagi Isteri Kerana Nampak Lebih Tua Dari Suami

Dalam zaman yang serba mencabar sekarang ini. Kita sebagai wanita dan juga seorang isteri harus pandai-pandai menjaga kesihatan dan kecantikan diri. Pelbagai kesibukan yang kita lakukan setiap hari memaksa kita untuk tampil instan dan bergaya ala kadarnya sahaja. Janji dah siap dan cepat.

 

gambar hiasan

 

Bagaimana kita harus tetap cantik di depan suami? Tentunya pertanyaan ini subjektif. Sesetengah isteri nak tampil cantik di luar sahaja, dan ada juga isteri yang nak tampil cantik didepan suami sahaja. Didalam Islam kita memang diajarkan untuk berhias di depan suami sahaja. Kalau keluar rumah tu biarlah sederhana sahaja. Asalkan menepati ciri-ciri menutup aurat dan bersederhana.

 

Malangnya seiring peredaran zaman dan juga umur, sesetengah isteri tak menitikberatkan masalah ini. Ada yang tak sama sekali memperhatikan kecantikan diri, dengan alasan banyak pekerjaan dirumah dengan anak-anak yang perlu diuruskan. Sampai menguruskan diri sendiri pun tak sempat. Yang pada akhirnya, mereka sendiri lupa nak berhias untuk suami. Bagi suami yang memahami isteri mungkin mereka tidak terlalu persoalkan. Tetapi bagaimana dengan suami yang tak suka penampilan isteri sekarang ?

gambar hiasan

Oleh itu perlu juga bagi isteri untuk memperhatikan kecantikan diri dari dalam dan luar. Makan lah makanan yang sihat dan membuatkan anda senantiasa antik dan bertenaga. Bekalkan diri anda dengan rawatan seperti perawatan wajah dan badan yang akan membuatkan anda tampil menarik di mata suami. Jangan lupakan amalan rohani yang akan membuat anda lebih berisi. Jangan sampai anda nampak lebih tua dari suami, kerana itu akan membuat anda lebih menjadi terpuruk dengan keadaan yang ada. Jagalah kecantikan luaran dan dalaman sebaiknya. Manjakan diri anda dengan perwatan rambut ataupun wajah. Dengan tetap menjaga pemakanan agar tetap maintan seperti muda dahulu.

pentingnya mengkonsumsi buah-buahan
ambik sayuran untuk kesihatan dan kecantikan anda

Lebihkan masa bersama dengan keluarga dan juga suami. Agar hubungan mesra dapat terjalin dengan baik. Tak ada salahnya anda menghabiskan masa dirumah dengan pekerjaan yang tiada henti. Tapi anda perlu juga menjaga penampilan diri agar suami anda senang hati dan gembira melihat anda mampu menjaga penampilan dengan baik.

hubungan antara anggota keluarga yang baik

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail
Facebooktwittergoogle_pluslinkedinrssyoutube

6 Comments

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam