5 Punca Tumit Kaki Merekah Yang Perlu Anda Ketahui

Rekahan pada tumit kaki seringkali menjadi masalah besar bagi setiap wanita. Ianya nampak tak menarik dan membuat kepercayaan diri makin berkurang. Hal ini seringkali membuat kaum wanita menjadi tidak selesa dan enggan memakai kasut tumit tinggi.

rekahan pada tumit kaki

Tahukah anda bahawa apabila keadaan ini berterusan akan mengakibatkan kulit kaki menjadi keras. Dan tidak cantik. Pastinya pelbagai usaha akan dilakukan untuk mengatasi masalah ini. Sebenarnya banyak rawatan yang boleh anda lakukan untuk mengatasi hal ini, apakah itu rawatan modern atau pun tradisional.Yang penting boleh atasi masalah dengan sempurna. 


Bagaimanapun, banyak penyebab terjadi masalah rekahan di tumit kaki ini. Diantaranya yang boleh kita ketahui diantaranya iaitu:

  • Kekurangan air menyebabkan kulit menjadi kering, berkilat, bersisik dan akhirnya keras dan diikuti dengan rekahan.


  • Faktor genetik juga diantara punca penyumbang berlakunya masalah ini. Jika ada diantara keluarga anda yang mengalami kulit kering, maka tidak menutup kemungkinan anda pun akan turut sama mengalaminya.


  • Berat badan yang berlebihan. pertambahan berat badan boleh menjadibsalah satu sebab  tumit kaki pecah dan merekah. Kerana kaki tidak dapat menampung bahagian atas badan yang berat. Biasanya wanita yang tengah mengandung, mengalami masalah ini kerana mengalami pertambahan berat badan dan juga perubahan hormon.


  • Model dan juga desain kasut yang tidak sesuai dengan kaki. Pemakaina kasut tumit tinggi terlalu lama akan membuat tumit kaki menjadi kasar, tertekan dan juga menjadi merekah.


  • Tidak memakai stoking ketika bersukan boleh membuatkan tumit kaki pecah dan merekah.


Kegagalan mengambil nutrisi dan makanan seimbang akan memicu terjadi masalah ini. Kekurangan vitamin seperti Zinc, vitamin, mineral, Omega Guard asid lemak, dan Vitamin E juga menyebabkan kulit merekah.



Omega 3 Baik untuk kulit agar tumit tidak kering dan merekah

Anda boleh merawat tumit kaki yang merekah ini dengan perawatan di rumah, tanpa harus pergi ke klinik atau hospital. Anda boleh sapu Lotion ataupun cream untuk mengatasinya. Selain dengan mengambil nutrisi penting dan makanan seimbang untuk merawat dari dalam.


sayur dan buah kaya akan sumber vitamin dan mineral


Amalkan pengambilan makanan yang kaya akan vitamin dan mineral serta perbanyak mengambil sayur-sayuran dan buah. Jauhkan diri anda dari tekanan dan juga menjaga kebersihan diri setiap hari.

Spread the love
Suri rumah sepenuh masa dengan 3 cahaya mata yang aktif berblog untuk berkongsi kebaikan untuk semua.

Related Posts

TIPS UNTUK KEKAL CANTIK

Ramai yang sanggup berhabisan semata-mata untuk kelihatan cantik. Apatah lagi dengan adanya pelbagai tehnologi terkini telah membuka ruang kepada sesiapa sahaja untuk kelihatan lebih muda dari usianya….

Spread the love

This Post Has 5 Comments

  1. Sy ada tumit kaki merekah tp alhamdulillah sejak sapu krim herbal blend,dah makin kurang..selain supplemet yg membantu, kita kena juga cover kaki dengan stokin atau pakai kasut bertutup.kalo x, mmg kulit jd kering. kena rajin sapu2 lotion sebelum tido dan pakai stokin

  2. Dulu memang kerap merekah tumit kaki ni sebab tak memakai alas sewaktu berada didapur. Al maklumlah lantai simen… Alhamdulillah makin baik sekarang… Cuma kalau ada tanda merekah tu tanda berat badan bertambah ajelah… hehehe

Leave a Reply

%d