Cara Atasi Bayi Jaundice Agar Cepat Berangsur Pulih

Selalunya sejurus selepas ibu bersalin pulang kerumah, jururawat klinik kesihatan akan segera datang untuk memeriksa keadaan ibu dan bayi. Memantau kesihatan ibu dan bayi sudahpun menjadi tanggung jawab mereka. Selepas memeriksa ibu, jururawat akan segera memeriksa bayi. Kebanyakan setelah memeriksa bayi, jururawat akan memberitahu si ibu ” Puan, anak Puan ade sedikit kuning, Puan perlu membawa bayi ini ke hospital untuk mengetahui paras kuningnya”.



gambar hiasan

Pada anda yang mengalami pengalaman pertama melahirkan bayi, inilah adalah hal yang mencemaskan anda tentunya. Dan pasti ramai ibu-ibu di luar sana yang mengalami hal seperti ini. Hampir dua pertiga bayi yang lahir akan mengalami penyakit kuning fisiologi.

Apabila itu terjadi, pasti akan ramai yang memberikan pandangan dan pendapat. Ibu akan merasa cemas dan ditambah lagi bayi yang perlu di masukan ke hospital untuk rawatan lanjut. Masalah yang selalu timbul ialah masalah setibanya di hospital yang seringkali bayi dan ibu akan dipisahkan kerana keterbasan katil atau pun polisi hospital. Yang akhirnya akan menjejaskan penyusuan ibu kepada bayi.

gambar hiasan

Bagi sesetengah hospital tidak menggalakkan bayi disusui melalui botol. Dan ianya akan menjadi suatu masalah bagi ibu dan bayi untuk dapat melakukan penyusuan dengan baik.  Tetapi apabila berjumpa dengan hospital yang tak begitu menganggap penting penyusuan ibu, kekeliruan akan terjadi kerana memberi kan puting botol susu kepada baby. Dan ini dapat menyebabkan bayi merasa tak selesa.

Bagaimana penyakit bayi kuning ini boleh terjadi ?

Semasa didalam kandungan, bayi memerlukan sel darah merah yang lebih banyak daripada orang dewasa. Sel darah merah membawa gas oksigen yang penting bagi tumbesaran dan perkembangan bayi kerana paru-paru janin masih belum berfungsi.
Sebaik sahaja dilahirkan, paru-paru bayi mula berfungsi dan kandungan oksigen di dalam darah bayi bertambah. Sel darah merah yang berlebihan dalam badan bayi tidak lagi diperlukan dan akan mengalami kemusnahan secara semula jadi dalam badan bayi.

gambar hiasan

Sel darah yang musnah ini menghasilkan beberapa produk sampingan seperti zat besi dan bilirubin. Bilirubin yang diproses dikeluarkan daripada badan melalui najis. Zat besi akan disimpan dalam badan bayi bagi pembentukan sel darah merah yang seterusnya.
Bilirubin pula perlu diproses dalam hati bayi dan dibuang melalui najis. Oleh kerana fungsi hati bayi belum sempurna maka pemprosesannya pun tidak begitu efisien. Bilirubin yang telah diproses dalam hati akan dialirkan ke hempedu, kemudian ke usus bayi. Usus bayi pula mempunyai kandungan enzim dipanggil beta glucuronidase yang lebih tinggi daripada orang dewasa. Enzim ini mengubah kembali bentuk bilirubin, menyebabkan  ia mudah serap semula oleh usus kedalam darah bayi.

Bilirubin yang diserap kembali menyumbang kepada jumlah bilirubin  yang sedia ada di dalam aliran darah bayi. Bilirubin ini akan mengalir ke hati bagi di proses semula. Ia adalah suatu kitaran yang berterusan.

Teknik dan kaedah penyusuan yang betul adalah penting bagi memastikan bayi mendapat cukup kalori yang diperlukan, terutama pada awal-awal kelahiran. Sekiranya penyusuan berjalan dengan lancar, kadar jaundis bayi yang menyusu susu ibu ibu berbanding bayi yang minum susu tiruan adalah sama padal lima hari pertama selepas kelahiran.


Rawatan Jaundis

  • Jaundis yang tidak teruk tidak memerlukan rawatan lanjut, ibu perlu menyusukan bayi secara kerap dan pastikan bayi mendapat cukup susu. Bayi yang mengidap jaundis ini biasanya selalu mengantuk dan pastikan bayi sentiasa menyusu.

kerap menyusukan bayi akan dapat membantu bayi jaundice

  • Rawatan fototerapi diperlukan apabila paras bilirubin mencecah ke tahap tinggi, bergantung pada umur bayi dan sama ada bayi cukup bulan ataupun pramatang. Rawatan fototerapi dilakukan di hospital dan penyusuan susu ibu tetap diteruskan. Rawatan ini adalah bayi diletakkan di bawah lampu yang berwarna putih atau biru muda atau biru pekat sesuai dengan keadaan bayi, dan yang mempunyai jarak gelombang yang tertentu. 

bayi diletakkan dibawah cahaya lampu

  • Rawatan tukar darah mungkin diperlukan dalam keadaan tertentu ataupun paras bilirubin teralu tinggi sehingga tidak dapat diturunkan melalui rawatan fototerapi. Darah bayi dikeluarkan sedikit demi sedikit dan diganti dengan darah penderma yang sesuai.Rawatan ini akan dilakukan apabila paras bilirubin melebihi paras yang membawa kepada terjadinya kernicterus.

pergantian darah akan dilakukan jika sudah melebihi tahap bahaya
Spread the love
Suri rumah sepenuh masa dengan 3 cahaya mata yang aktif berblog untuk berkongsi kebaikan untuk semua.

Related Posts

APAKAH JAUNDICE ITU….???

Pada kebiasaannya, kebanyakan bayi yang baru dilahirkan di bawa ke klinik kerana penyakit kuning. Bayi kuning atau noenatal jaundice boleh mencecah sehingga 60% kelahiran. Bermakna setiap 6…

Spread the love

This Post Has 5 Comments

  1. Info yang sangat bagus untuk ibu-ibu baru dan bakal ibu. Anak Mek ila yang sulung pun ada jaundice, Alhamdulillah berkat pemberian susu ibu yang konsiten, bacaan jaundice turun pada hari yang ke 2.

  2. salam..
    salah satu genjala tak dapat elakkan harus mencari rawatan yang segera boleh.kata ornag lewat boleh datangkan bahayakan

Leave a Reply

%d