Semua Tentang Shaklee

Cara Atasi Kolesterol Tinggi Agar Terhindar Dari Pelbagai Penyakit Berbahaya

Dalam kehidupan sehari-hari, terkadang kita tanpa sadar sudah pun memiliki kadar kolesterol tinggi. Seseorang dengan kolesterol tinggi biasanya tak merasakan apa-apa sakit ataupun gejala. Ataupun tak pernah ada keluhan. Pada mereka yang mewarisi keturunan mungkin ada yang memperlihatkan tanda adanya benjolan kuning yang berisi lemak di kulit (xanthimata), penebalan lapisan tipis di kulit kelopak mata (xanthelasma), dan memiliki cincin kelabu disekitar hitam mata (corneal Arcus) sejak usia muda.

 

bintik kolesterol bawah mata

 

Proses penebalan kolesterol tinggi ini biasanya diawali pada usia muda. Akibat kolesterol tinggi selama bertahun-tahun, dan kekerapan mengambil makanan yang berlemak semakin cepatlah kemunculan akibat kolesterol tinggi. Di negara maju, kolesterol dalam darah sudah tinggi pada umumnya dialami oleh mereka sejak berusia muda. Itula yang menyebabkan adanya gejala penyakit jantung, stroke, ginjal bahkan buah pinggang Pada usia muda.

 

faktor kolesterol tinggi

Kolesterol mempunyai fungsi membangun dinding sel, membantu tubuh dalam mengeluarkan hormon (estrogen, tesosteron, aldosteron) dan vitamin D. Juga sebagai komponen penting dalam empedu untuk memudahkan pencernaan Lemak. Walau bagaimanapun kolesterol penting dan diperlukan tubuh kita, kadar kolesterol dalam darah yang tinggi tentu saja tidak baik, kerana dapat menyebabkan kerusakan dinding sel pembuluh darah dan mengakibatkan risiko seseorang itu mengalami penyakit seperti jantung, stroke, tekanan darah tinggi dan obesiti.

akibat kolesterol tinggi

Kolesterol tinggi biasanya jarang diketahui kerana tiada tanda yang membuatkan kita tahu yang kita telah mengalami kolesterol tinggi. Biasanya kadar kolesterol tinggi diketahui secara tidak sengaja apabila saat menjalani pemeriksaan kesihatan rutin. Ada pelbagai alasan utama mengapa anda mungkin menjalani pemeriksaan kolesterol. Dan tentunya anda harus tahu bagaimana mengatasi masalah kolesterol tinggi ini.

bahaya dampak kolesterol

 

Anda mungkin mendapatkan rawatan kolesterol pada pemeriksaan umum pada medical check up tahunan anda untuk menilai resiko kardiovascular anda (skrining). Dan doktor juga akan menyarankan untuk mejalankan pemeriksaan tersebut kerana mungkin anda mempunyai faktor resiko kardiovascular  lain atau mengidap penyakit kardiovascular. Anda menunjukan gejala dislipidemia (adanya kolesterol pada kelopak mata atau tendon). Anda mempunyai ahli keluarga yang baru sahaja didapati memiliki kolesterol tinggi.

 

Dampak buruk dari kolesterol jahat yang melebihi batas akan menyebabkan terjadinya aterosklerosis  atau pengendapan kerak di pembuluh darah sehingga diameter pembuluh darah menyempit. yang akan kemudian akan menyebabkan risiko serangan jantung dan stroke.

gambar hiasan

 

Tindakan yang paling penting untuk anda lakukan adalah mengatur pola makan dan pola diet harian anda. Disamping itu perlunya berhenti merokok dan meminum minuman keras. Sentiasa melakukan pergerakan badan seperti senaman dan sentiasa ceria tanpa adanya tekanan ataupun stres.
Hendaknya membatasi makan makanan yang berminyak, berlemak termasuk makanan yang memiliki kandungan lemak tersembunyi seperti bikut, cake, kacang tanah dan cokelat.

Beberapa cara mudah yang perlu untuk ada lakukan diantaranya iaitu

  • Pengaturan pola makan yang mengandungi serat
  • Memperbanyak makanan yang mengandungi antioksidan  seperti sayur dan buah-buahan.
  • Menghindari merokok dan minuman keras
  • lakukan senaman secara teratur
  • Jika anda tak mempunyai masa untuk bersenam atau tak boleh melakukan aktiviti gerak badan, tukarkannya dengan mengambil makanan seperti kaya serat.

 

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail
Facebooktwittergoogle_pluslinkedinrssyoutube

6 Comments

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam