Tahukah anda bahawa kaum lelaki kebanyakan nya memiliki penyakit Benign Prostatic Hyperplasia (BPH) atau pembesaran kelenjar prostat. Penyakit ini masih kurang pendedahan berbanding kanser prostat mahupun disfungsi erektil (ED) atau mati pucuk. Penyakit ini kebanyakannya dialami oleh lelaki lingkungan 50 tahun ke atas. Meskipun bukan kanser, namun jika tak dirawat ia akan memberi kesan terhadap buah pinggang.
Benign Prostatic Hyperplasia (BPH) adalah keadaan pembesaran kelenjar prostat. Biasanya menyerang lelaki berusia lebih 50 tahun. Bukan barah dan kelaziman penyakit membabitkan lebih 50 peratus dalam kalangan lelaki 60 tahun keatas, lebih 90 peratus dalam kalangan lelaki lebih 85 tahun keatas. Penyakit ini mewujudkan gejala urinari, mengganggu dan menjejaskan gaya hidup dan corak tidur pesakit. Bersifat progresif dan jika tak dirawat, wujud risiko pembedahan atau kerusakan buah pinggang.
Simptom-simptom yang perlu diketahui :
- Kerap kencing, contohnya kencing setiap 30 minit atau kurang terutama pada waktu malam. Selalunya jumlah air kencing sedikit.
- Rasa ingin kencing yang datang secara mendadak.
- Pancutan air kencing tidak kuat walaupun diteran dengan kuat.
- Sukar kencing
- Kencing tidak lawas (masih ada air kencing menitis keluar walaupun anda sudah kencing sehingga habis)
- Meneran untuk mengeluarkan air kencing.
Ramai yang beranggapan kerap kencing pada waktu malam sebagai pertanda penyakit diabetes. Mereka tidak terpikir BPH sebab perkara ini kurang diberi pendedahan dan tidak disedari. Meskipun BPH dilihat begitu kecil tapi sebenarnya ia memberi tekanan fizikal dan emosi kepada seseorang lelaki. Kekerapan bangun tengah malam untuk membuang air kecil (nokturial), menyebabkan pesakit dan pasangan tidak cukup rehat. Bagi mengelakkan kelihatan tidak profesional dan situasi yang mungkin memalukan, sesetengah pesakit enggan menghadiri mesyuarat yang memakan masa lama kerana kuatir perlu ke tandas berulang kali.
Tidak keterlaluan ada yang mengganggap mereka sebagai “toilet mapping” kerana tahu selok belok setiap tandas yang ada dipasar raya atau disepanjang jalan. Sekiranya tidak dirawat, pembesaran kelenjar prostat yang tidak dikawal akan menyebabkan salur kencing tersumbat dan pesakit tidak dapat membuang air kencing secara normal. Selain itu, tekanan di dalam pundi kencing yang tinggi boleh menyebabkan risiko buah pinggang menjadi bengkak dan gagal berfungsi (Renal failure).

BPH boleh dirawat dengan mengambil pil yang perlu dimakan seumur hidup. Bagi melancarkan pembuangan air kencing selain kaedah pembedahan. Pembedahan yang biasa dijalankan ialah transurethral resection of prostate (TURP) iaitu bahagian prostat yang menyebabkan salur kencing menjadi sempit dibedah untuk membolehkan air kencing mengalir dengan elok semula.Pembentukan batu karang juga boleh berlaku di dalam pundi kencing akibat masalah itu. Sehingga kini BPH masih belum diketahui apa puncanya, namun penyelidik mendapati ia kerap berlaku pada golongan lelaki 50 tahun keatas.
Pembedahan ini dijalankan secara endoskopi apabila teropong khas (endoskop)dimasukkan ke dalam salur kencing dan membolehkan kelenjar prostat dibedah dengan hanya menggunakan alat endoskopi.
Perlunya kita menjaga kesihatan sedari awal lagi, agar kita terhindar dari pelbagai penyakit. Jaga pola pemakanan dengan mengambil makanan yang sihat dan seimbang. Membuat senaman sekurang-kurangnya 2 hari sekali, agar badan tetap cergas dan sihat. Perlunya untuk kita mengambil makanan tambahan untuk mengekalkan kesihatan dan membantu memulihkan dan menggantikan sel-sel yang rusak.
Anda boleh juga mengambil Vivix sebagai makanan tambahan yang baik untuk atasi masalah ini.
Anda boleh mendapatkan Vivix disini.
Belian secara online guna kad Kredit/Debit ->>Klik Sini Saya Nak Beli Vivix
ikut sahaja langkah yang diberi, Web belian adalah selamat dan dilindungi (https :Hyper Text Transfer Protocol Secure (HTTPS) is the secure version of HTTP, the protocol over which data is sent between your browser and the website that you are connected to)
Jika anda tak nak buat order sendiri, anda boleh menghubungi kami untuk buat pesanan/belian.
Pn. Nila/ En. Firdaus
sms/ whatsapp +60176281787
Anda yang gemar dengan pengkhidmatan Cash On Delivery, kami Pengedar Shaklee Batang Kali menyediakan pengkhidmatan ini di sekitar area Batang kali, Hulu Yam, Rasa, Bukit Beruntung, Kuala Kubu Bharu, Gohtong Jaya dan Genting Highland. Anda boleh terus menghubungi kami untuk membuat pesanan. Barang yang anda pesan akan kami terus hantar ke alamat yang anda berikan. Sangat menjimatkan masa anda. Jangan tunggu lagi, hubungi kami segera di talian yang tertera diatas ya.
Anda nak harga yang special untuk setiap pembelian produk Shaklee ….?? Klik Disini Untuk Join Ahli sekarang











Bengkak prostat adalah mimpi ngeri buat kaum adam. Boleh menganggu kesuburan.
Betul tu akak vitamin. Lelaki kena waspada masalah ini.
Vitamin E antara vitamin yang sesuai diambil untuk atasi masalah ini. Memang takut kalau kena bedah!
Memang ngeri kalau bab-bab bedah ni. Takut…
okeh.
inin memang bahaya.
Kena ambil berat juga isu ni.
Memang kena tahu dan ambil berat
masalah ni memang sering dialami lelaki, yang ngeri tu boleh develop jadi kanser prostat
Itula kita kena serius tanggapi hal ini.
kalau rasa nak cepat sembuh buat perkara baik kan jangan tahan kencing tu huuu
Betul tu suri