Semua Tentang Shaklee

Pulut Ayam Dan Ayam Penyet Terbaik Di Batang Kali Yang Patut Anda Cuba

Sempena hari ibu yang diperingati beberapa hari lepas, pastinya anda dan seisi keluarga berkesempatan juga meraikannya bersama ahli keluarga tercinta. Ramai daripada anda yang tentunya mengambil kesempatan untuk mengajak ibu dan juga anggota keluarga yang lain untuk menjamu selera di luar. Tentunya di tempat favorite keluarga.

sup daging

Seperti halnya kami sekeluarga pun tak melewatkan moment ini. Tak payah jauh-jauh nak merayakannya, kami hanya pergi ke sekitar tempat tinggal sahaja. Dan tak jauh dari rumah ada sebuah kedai makan ala-ala food court tapi macam restaurant juga. Tak penting macamana tempatnya, yang penting bersih dan lazat makanannya.

 

pulut ayam

 

Jika anda bertempat tinggal di area Batang Kali, Rasa dan sekitarnya pasti anda tahu dimana kedai makan ini. Ianya berdekatan dengan balai polis batang kali dan juga sebuah masjid disana. Saya lupa pulak nama masjid tu. Tempat ini dijalan Batang kali-Rasa. Di tepi jalan sahaja.

 

bakso daging

 

Banyak menu menarik yang boleh anda dapatkan disini. Seperti Mee udang, Mee Kari, Nasi Ayam, Pulut Mangga, Pulut Ayam, masakan panas-panas dan juga Cendol. Yang menarik disini ada Bebola daging yang sangat sedap. Ianya dipanggil Bakso, masakan ala indonesia. Pasti anda tahu jenis makanan ini. Bakso disini sangat lazat. Anda akan rasa kelainan dalam sup nya dan juga bebola daging yang disediakan. Ditambah lagi hidangan Ayam penyet atau lele penyet. Rasa sambal nya sangat berbeza. Jika anda pecinta ayam goreng, cubalah untuk menikmati ayam penyet di kedai ini. Memang sedap.

 

ayam penyet

 

Saya dan keluarga selalu singgah di kedai ini. Menu favorite kami iaitu Cendol pulut dan bakso. Sekali sekala kami akan menukar menu macam mee kari atau Ayam penyet. Memang lazat makan di kedai ini. Kedai ini dibuka dari pukul 11 pagi sampai pukul 2 pagi.

pemandangan dari luar kedai

Harga makanan yang dijual dikedai ini cukupberpatutan. Dan tentunya sangat selesa sekali jika anda mengajak seisi keluarga makan disini. Disini juga menyediakan makanan ringan untuk makanan petang seperti ubi rebus, pisang goreng, lempeng kelapa dan juga rojak mee. Untuk kanak-kanak yang menyukai ice cream, banyak pilihan Ice cream yang boleh anda nikmati. Salah satunya iaitu ice cream banana coklat. Sangat sedap dan juga murah harganya.

pelbagai menu yang boleh anda nikmati

 

Jika anda kebetulan lalu di area Batang Kali menghala ke rasa, singgah lah dahulu sebentar dikedai ini. Memang berbaloi menikmati makanan disini. Pelayanan disini pun cukup baik. Nama restaurant ini Delima Corner. Jadi jika anda teringin makan makanan yang best lagi murah, datanglah ke restaurant ini.

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail
Facebooktwittergoogle_pluslinkedinrssyoutube

2 Comments

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam