div id="fb-root">
Puasa di Bulan Ramadhan

Makanan Apa Yang Sesuai Kita Konsumsi Pada Bulan Puasa

Selama bulan Ramadhan, kita memerlukan banyak  energi untuk melakukan aktifiti harian agar sentiasa sihat dan bugar. Walaupun berpuasa, kita harus tetap tampil energetik dan tak nampak letih. Oleh itu perlunya kita memperhatikan nutrisi dan makanan yang kita ambil semasa bersahur atau berbuka puasa. Kelancaran ibadah semasa berpuasa akan berpengaruh dengan kondisi kesihatan kita. Oleh itu baik untuk anda tampilsihat dan bugar agar dapat beribadah dengan sempurna. 

 

majelis berbuka puasa
majelis berbuka puasa

Tentunya selain memilih makanan yang sihat dan kaya nutrisi, istirehat yang cukup pn dapat membantu anda untuk tetap kelihatan bersemangat walaupun sedang berpuasa. Kebanyakan kita tidak begitu mementingkan nutrisi makanan yang mereka makan selama berpuasa. Mereka lebih cenderung untuk menitik beratkan kepada perjumapaan sesama keluarga dan teman dalam majelis berbuka puasa. Dibulan puasa kebanyakan kaum ibu dan wanita lebih cenderung menunjukan kepandaian memasak dan juga lebih banyak makan sebenarnya.

 

memasak adalah kecenderungan kaum wanita semasa berpuasa
memasak adalah kecenderungan kaum wanita semasa berpuasa

 

Tahukah anda, kebanyakan dari kita lebih cenderung melahap semua makanan pada saat berbuka tanpa memperdulikan kadar kalori ataupun nutrisi makanan yang di makan. Makanan yang pedas dan bergoreng biasanya menjadi santapan yang selalu dihidangkan. Padahal makanan tersebut tak berapa untuk kesihatan kerana membuat perut menjadi sensitif.

 

Diantara makanan yang patut anda konsumsi semasa bulan puasa, diantaranya iaitu :

 

  • Buah-buahan segar

Untuk menggantikan cecair yang hilang selama berpuasa, buah-buahan dapat meningkatkan kadar glukos secara bertahap dan membantu sistem pencernaan.

 

Buha-buahan dan Sayuran
  • Kurma

Tingginya kandungan vitamin A,B6, Kalium, Natrium, zat besi dan magnesium menjadikan kurma sebagai hidangan wajib di bulan Ramadhan. Kurma memberikan tenaga yang lebih untuk kita melakukan ibadah sholat tarawih di malam hari.

 

kurma kaya nutrisi
kurma kaya nutrisi
  • Kacang

Kacang baik diambil kerana terdapat lemak baik didalamnya.

 

kacang mentah
kacang mentah
  • Ayam,Daging dan ikan

Jika anda ingin lebih bertenaga di siang hari semasa berpuasa,ada baiknya anda mengkonsumsi protein ini.

 

sumber protein
sumber protein
  • Roti

Meskipun baik di konsumsi pada bulan puasa, roti baik juga untuk mereka yang sedang mengamalkan diet.

  • Sayur

Sayur kaya akan serat dan sangat baik jika anda konsumsi selama bulan Ramadhan kerana boleh membantu anda mengatasi masalah pencernaandan ketahanan tubuh semasa berpuasa.

  • Air

Sekitar 1-2liter air atau pun 8 gelas sehari diperlukan tubuh badan kita agar sentiasa sihat dan tidak kekeringan. Anda boleh mengambil 8 gelas sehari walaupun berpuasa. Caranya ialah, anda boleh ambil segelas selepas berbuka, segelas selepas sholat magrib, segelas selepas sholat isya, segelas sebelum tidur,segelas selepas bangun sahur, 2 gelas semasa bersahur dan segelas terakhir bersahur. Hindari meminum minuman beralkohol, berkafein dan bergas agar badan tetap ceria.

 

Selain memilih makanan yang bernutrisi bagi anda selama bulan Ramadhan, tentunya juga jangan melupakan untuk fokus kepada ibadah yang dijalankan agar puasa anda lebih indah dan bermakna. Rutin melakukan sholat lima waktu, rajin membaca AlQuran, Bertarawih dan juga bersedekah di bulan Ramadhan adalah amalan mulia. Semoga anda mendapat rahmat dan karuniaan Allah  di bulan ini dan seterusnya, aamiin.

 

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail
Facebooktwittergoogle_pluslinkedinrssyoutube

One Comment

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam