Bulan puasa yang dinantikan telah pun menjelang. Malam ini kita akan melaksanakan sahur di awal bulan Ramadhan. Tentunya ramai para ibu tengah sibuk memasak untuk menu bersahur nanti. Bagaimanakah persiapan puasa anda tahun ini ?
Pada kesempatan ini saya akan berkongsi sedikit resepi sahur kami sekeluarga. Pada kebiasaan bulan puasa kami selalu bersahur bersama-sama di rumah. Menu yang kami masak yang sederhana sahaja. Dan lebih ke ala-ala masakan kampung.
Sahur pertama kali ini saya teringin nak masak tempe bersama ikan bilis berlado. Menu ini sangat sederhana dan mudah untuk disajikan. Tanpa melengahkan masa lagi jom kita ketahui bahan-bahan yang perlu kita sediakan kali ini.
Bahan Asas
- Tempe

- Ikan bilis

- Minyak masak untuk menggoreng
Bahan untuk sambal yang di blend atau di giling halus
- Chili merah
- Chili padi merah
- Bawang merah
- Tomato

- Garam dan penyedap rasa
Cara untuk membuat
Pertama sekali kita hiris tipis tempe yang kita beli. Sebaiknya anda membeli tempe yang terbungkus dengan daun pisang, agar berbau wangi ketika digoreng dan rasa nya lebih lazat dibandingkan dengan tempe yang dibungkus plastik. Selepas itu anda letakkan sedikit garam pada tempe yang telah di hiris tersebut.
Panaskan minyak dan goreng tempe sehingga berwarna kuning garing. Selepas menggoreng tempe, anda goreng juga ikan bilis sampai masak. Selepas ikan bilis dan tempe di goreng, asingkan.
Selanjutnya anda goreng chili dan bahan yang dihaluskan tadi dan masak sampai pecah minyak. Selepas berbau wangi atau masak, anda masukan ikan bilis dan tempe tadi kedalam sambal tersebut. Kacau sehingga rata dan tutup api.

Tempe dan ikan bilis balado anda sudah pun boleh dinikmati. Sajikan hidangan ini dengan sayur berkuah dan lauk pauk lainnya bersama nasi panas anda. Memang sangat sesuai sekali dinikmati semasa bersahur agar anda bertambah selera untuk bersahur.
Semoga perkongsian kali ini dapat bermanfaat untuk anda. Selamat mencuba dan selamat menjalankan ibadah puasa kali ini. Semoga puasa anda lebih bermakna dan berjalan dengan lancar. Sila share resepi ini untuk anda dan semua kawan-kawan anda. Terima kasih.











makanan yang mudah dan sedap memang membuka selera