div id="fb-root">
Kesihatan Lelaki

6 Penyebab Lelaki Cepat Tewas

Tahukah anda bahwa Ejakulasi dini atau “cepat tewas”  di ranjang merupakan suatu mimpi ngeri yang sangat ditakuti oleh kebanyakan lelaki, sekaligus merupakan masalah yang selalu di alami oleh kebanyakan mereka.  Selain disebabkan oleh tingkat kesihatan, banyak lagi faktor yang mendukung terjadinya hal ini.

 

 

Lelaki cepat tewas

 

Ejakulasi awal ini adalah dimana seorang lelaki lebih awal berejakulasi daripada ia dan pasangannya inginkan. Faktor fisikologis dan biologis sangat memainkan peranan dalam hal ini. Ramai para lelaki yang mengalami masalah ini dan merasa malu mengutarakannya, tetapi halini masih boleh diubati.

Berikut ini beberapa faktor penyebab ejakulasi awal :

  • Situasi dimana lelaki ingin cepat mencapai klimaks
  • Emosi dan perasaan bersalah yang mengakibatkan lelaki ingin memsingkat hubungan seksual
  • Lelaki yang risau tak dapat mencapai tingkat ereksi atau merasa tak mampu mempertahankan ereksi selama berhubungan seksual yang dapat mempercepat pola ejakulasi dan selalu sulit berubah
  • Banyak lelaki mengalami masalah kecemasan saat berhubungan seksual dengan pasangan. Baik hubungan khusus dengan pasangan atau pun masalah lain.
  • Tekanan yang melibatkan emosi ataupun masalah keseharian membuatkan seorang lelaki mengalami ajakulasi awal dan sulit untuk bersikap santai dan rileks ketika melakukan hubungan seksual hingga akhirnya memicu kepada terjadinya ejakulasi lebih awal dari yang dijangkakan.
  • Adanya masalah dengan pasangan seperti masalah kesihatan.

 

Dari masalah biologis pula, ejakulasi awal ini dapat terjadi kerana masalah hormon yang tak normal, masalah tiroid tertentu, peradangan prostat, kerusakan sistem saraf akibat pembedahan atau trauma,  dan juga masalah ketergantungan ubat atau penyalahgunaan dadah.

Perkara yang perlu anda lakukan adalah merubah cara hidup yang sihat dan mengamalkan pemakanan yang sihat seperti mengambil makanan yang tinggi kandungan gizi dan berzat. Serta mengelakkan dari menghisap rokok atau meminum minuman beralkohol. Selalu membuat senaman dan merilekskan diri dengan bersantai dan melakukan aktifiti yang bermanfaat bagi kesihatan anda.

 

kekalkan hubungan yang mesra
kekalkan hubungan yang mesra

 

Disamping itu mengeratkan lagi hubungan dengan pasangan merupakan salah satu kunci utama juga selain hal yang sudah dihuraikan tadi. Hargai pasangan anda dan juga berikan diri anda dan pasangan masa yang santai hingga keduanya dapat menikmati hubungan itu.

Pengambilan makanan tambahan seperti supplement  ada juga baiknya untuk membantu anda bertambah sihat dan dapat mencukupi keperluan nutrisi anda. Amalkan makanan kesihatan yang baik untuk kesihatan lelaki dan juga pasangan anda.

 

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail
Facebooktwittergoogle_pluslinkedinrssyoutube

5 Comments

  1. Bagus sangat perkongsian begini, sebab masyarakat di Malaysia sgt pemalu bila sebut soal seks. Sebenarnya perkara ini walaupun bukan tujuan utama perkahwinan, tapi seharusnya diambil berat oleh setiap pasangan.
    Lebih manis kalau ibu bapa sendiri yang master topik ni & cerita sendiri kat anak2.

    Reply

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam