Manfaat Buah-Buahan

7 Manfaat Penting Buah Tembikai Yang Perlu Anda Ketahui

Buah tembikai sangat terkenal dikalangan kita, kerana sangat mudah didapatkan, baik itu dipasar tani mahupun di pasaraya. Buah tembikai merupakan buah yang berair yang sebahagian besar jenis dagingnya berwarna merah. Hampir 90% kandungan tembikai ini adalah air. Buah tembikai sangat sesuai di minum pada masa cuaca panas dan masa kita merasa sangat dahaga. Selalunya pada bulan puasa, tembikai  dijadikan minuman wajib ketika berbuka puasa. Ada yang membuat jus tembikai dan juga ada yang makan begitu sahaja. Buah tembikai istimewa kerana boleh meredakan dahaga sekaligus kaya akan vitamin dan mineral di dalamnya.

 

 

buah tembikai merah
Buah tembikai

 

Tahukah anda, buah tembikai  adalah salah satu buah yang disukai oleh Nabi Muhammad SAW. Buah tembikai ini membantu menjaga dan mempertahankan kesihatan kita. Warna merah tembikai yang menggiurkan itu mengandungi nutrisi, mineral, kalium, betakarotin, Vitamin C dan juga serat yang diperlukan tubuh badan.

 

Diantara 7 keistimewan tembikai untuk kesihatan kita adalah:

  • Tembikai baik untuk kesihatan jantung.  Tembikai kaya akan likopen yang sangat baik sekali untuk kesihatan jantung.
  • Betakarotin yang terdapat dalam buah tembikai sangat baik sekali bagi kesihatan mata kita. Kerana betakarotin yang terdapat dalam buah tembikai ini akan di ubah dalam tubuh kita menjadi Vitamin A.
  • Tembikai juga merupakan sumber Vitamin C yang diperlukan sekali oleh tubuh kita. Vitamin C membantu meningkatkan sistem imun tubuh sehingga kita tidak akan mudah diserang penyakit, apalagi dengan cuaca yang tak menentu seperti sekarang ini.
  • Dengan mengkonsumsi buah tembikai akan membantu kita terbebas dari serangan radikal bebas, seperti pencemaran udara, pelbagai asap kendaraan, atau udara yang kotor yang memicu kepada masuknya radikal bebas yang boleh mengancam kesihatan kita. Tembikai mengandungi senyawa karotenoid yang dapat meneutral kan radikal bebas yang masuk ke dalam tubuh kita.
  • Dengan mengkonsumsi tembikai akan membantu untuk pengeluaran urine lebih lancar dan akan membuat kesihatan buah pinggang menjadi lebih baik.
  • Sekiranya anda mempunyai lemak berlebihan dalam badan, buah tembikai adalah pilihan yang tepat untuk membantu menyingkirkan lemak dalam badan anda. Kerana buah tembikai mengandungi citruline yang membantu mengurangi lemak berlebih yang ada dalam tubuh.
  • Minum jus tembikai atau memakannya begitu sahaja akan buat kan anda lebih bertenaga dan segar semula. Tembikai baik untuk kanak-kanak kerana kurang gula dan juga buatkan badan rasa lebih bersemangat untuk beraktifitas. Dan tak kalah hebatnya tembikai boleh mencantikkan kulit kita, mengurangi kedutan sekitar mata dan melindungi kita dari pancaran sinar matahari.

 

 

tembikai juice
tembikai juice

Pelbagai cara dan petua orang lama dalam memilih tembikai yang baik dan juga manis, diantara salah satunya iaitu :

  • Memilih tembikai dengan garisan yang lurus dan juga tak putus menandakan bahawa tembikai itu manis dan baik.
  • Jangan beli buah tembikai pada musim hujan, kerana di kuartirkan rasanya akan hambar.
  • Dan anda boleh memilih buah tembikai yang pada bahagian paling atas dan pada ruas garis yang mengelilingi kulit buahnya berwarna hijau tua. Hal ini boleh menentukan buah dan isi yang merah dan manis.
  • Cara berikutnya dengan melihat tangkai nya,apabila nampak sudah mengering kemudian kita tarik dan terlepas itu menandakan buah didalamnya sudah masak dan sempurna masaknya.

 

buah tembikai yang baik
tembikai kaya vitamin

 

Ajar dan biasakan kanak-kanak untuk suka memakan buah tembikai agar mereka sihat dan ceria. Kerana dengan memakan buah tembikai, mereka boleh mendapatka khasiatnya untuk kesihatan mereka. Anda boleh pelbagaikan cara hidangan sesuai dengan kebolehan anda. Seperti membuat jus, potong tembikai untuk dijadikan potongan buah atau boleh membuat tembikai menjadi aiskrim.

 

tembikai disukai kanak-kanak
Ajari kanak-kanak untuk suka tembikai

Semoga tips dan huraian tentang buah tembikai ini bermanfaat untuk anda dan seisi keluarga. Selamat mencuba dan semoga anda sentiasa sihat sejahtera.

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail
Facebooktwittergoogle_pluslinkedinrssyoutube

29 Comments

  1. Banyaknya khasiat buah tembikai. Selama ini cuma dimakan begitu sahaja dan dibuat juice. Namun yang Mek ila baca penggunaan racun perosak ketika penanaman buah tembikai menyebabkan khasiatnya sedikit tercemar. Maklumlah buah tembikai jenis tanaman menjalar, semburan racun perosak akan terus direct kepada buahnya.

    Reply

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam