div id="fb-root">
Ibu Menyusui

7 Tips Menyusu Di Tempat Awam Agar Ibu Dan Bayi Selesa

Bagi ibu yang tak biasa menyusukan bayi ditempat awam, pastinya akan sukar untuk melakukannya. Sesetengah ibu pastinya tidak ada kepercayaan diri untuk melakukannya ditempat awam apalagi dengan penerimaan orang disekelilingnya. Termasuk juga dengan keluarga terdekat dan akan menghindar daripada mereka. Sebahagian ibu pula ada yang memerah susu dirumah dan mengisi susu ibu itu ke dalam botol kemudian memberikannya kepada bayi apabila bepergian ke luar rumah.

 

breasfeeding mom
penyusuan ibu

 

Tapi dengan ramainya kesedaran para ibu untuk menyusukan bayi walaupun di luar rumah, banyak timbul idea untuk mencipta apa sahaja yang membantu ibu menyusukan bayi diluar rumah.  Contohnya sahaja dengan pelbagai baju yang di reka khas untuk menyusui bayi dengan pelbagai rekaan disamping menutup aurat. Dan tak kalah hebatnya sekarang sudah ada kain penutup (nursing cover) yang memudahkan ibu menyusui bayi di luar rumah.

 

 

 

baju ibu menyusui
kredit gambar dari google

 

kredit gambar dari google
kredit gambar dari google

 

Panduan untuk ibu menyusui ditepat awam

  • Belajar mendapatkan posisi dan cara lekapan yang terbaik.

Apabila berada di luar rumah, ada posisi yang harus dilakukan untuk memastikan ibu berada dalam keadaan yang sopan dan bayi pun merasa selesa dengan penyusuan itu. Anda boleh mempelajari tehnik yang terbaik agar anda dan bayi selesa melakukan penyusuan di tempat awam.

 

  • Melatih melakukan penyusuan di hadapan ahli keluarga terlebih dahulu.

Ini adalah suatu langkah awal yang patut anda cuba agar anda akan terbiasa nanti dengan proses penyusuan di luar rumah. Dan boleh menimbulkan keyakinan ibu.

 

  • Memakai pakaian yang sesuai untuk menyusui bayi.

Diantaranya iaitu memakai coli yang bersesuaian untuk menyusui. Ianya untuk memudahkan ibu. Ada juga pakaian yang direka khas untuk ibu menyusui yang memudahkan ibu dengan hanya membuka bahagian hadapan atau pun baju yang didatangkan khas dengan zip atau butang. Ibu tidak perlu menyelak baju daripada bawah dan menampakkan bahagian perut.

 

  • Bantu bayi melekap.

Sekiranya ditempat awam, dekatkan bayi dengan badan ibu dan buka bahagian baju yang perlu dibuka. Posisi terbaik adalah menghadap belakang ataupun ke tempat yang tidak dilalui orang ramai. Jangan biarkan bayi terlalu lapar sebelum ibu menyusukannya. Bayi yang tidak lapar lebih senang untuk disusui dibandingkan dengan bayi yang tengah lapar.

 

  • Menggunakan tudung atau Nursing Cover.

Bagi ibu yang memakai tudung besar, ibu boleh menyusukan bayi dalam tudung besar tanpa menampakan aurat. Atau bayi boleh disusukan dengan memakai nursing cover, tetapi cara ini sangat jarang dilakukan kerana bayi merasa rimas dan panas kerana perlu berada dalam tudung atau nursing cover.

 

  • Menyusukan bayi dalam gendongan (sling)

Cara ini biasa dilakukan jika anda pandai menyusukan bayi dalam gendongan. Biasanya gendongan ini terbuat dari kain batik. Selalunya orang disekeliling tak sedar yang ibu sedang menyusui bayi kerana tertutup oleh kain gendongan.

 

  • Susuilah bayi dengan yakin.

Ibu perlu ada keyakinan untuk boleh menyusukan bayi dengan keadaan sopan di luar rumah. Sekiranya ibu ada keyakinan dengan penyusuan itu, orang sekeliling pun akan merasa tak ambik tahu tentang hal tersebut. Sekiranya ada orang yang merenung anda dan memperhatikan gaya anda yang sedang menyusukan bayi, anda tatap orang tersebut sambil tersenyum pasti mereka akan akan faham dengan keadaan anda. Berikan hak bayi anda yang perlukan susu untuk mereka. Kerana walau bagaimanapun, susu ibu adalah susu yang terbaik untuk bayi kita. Pastikan anda menyusukan bayi dengan penuh keyakinan dan profesional agar anda dan bayi gembira.

 

ibu menyusui
menyusui dengan keyakinan

 

Penyusuan ibu adalah fitrah dan ianya berlaku dimana-mana sahaja. Dengan persediaan yang cukup dan juga sokongan ahli keluarga terdekat seperti suami dan juga anak-anak yang lain, pastinya ibu akan dapat melakukan penyusuan bayi dengan baik dengan tetap melakukannya dengan sempurna dan menutup  aurat. Tempat-tempat awam sudah tentu perlu memperbanyak jumlah bilik penyusuan ibu dan juga tempat persalinan bayi. Ini semua penting untuk memastikan ibu dan bayi merasa selesa walaupun berada di tempat awam. Marilah kit sama-sama sebagai masyarakat untuk menyokong penyusuan ibu ini agar para ibu tidak merasa sing ketika menyusukan bayi di khalayak ramai.

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail
Facebooktwittergoogle_pluslinkedinrssyoutube

18 Comments

  1. Alhamdulillah sepanjang 3 tahun menyusukan anak, saya tiada masalah untuk menyusukan anak di khalayak ramai.. Hehe, salah satu rahsia saya ialah dengan pakai baju menyusu setiap kali keluar. Memang mudah dan sangat membantu! Lg 1, proud to be full breastfeeding mom..^_^

    Reply
  2. ibu-ibu yang menyusukan anak tidak perlu lagi rasa takut untuk menyusu di tempat awam kerana hari ini terdapat pelbagai pakaian yang yang direka khusus untuk menyusukan anak. dari baju kurung hingga;ah kepada blouse. semua ada.

    Reply
  3. Selalu kalau pegi mane2 tak pernah lagi menyusu dikhalayak ramai..slalu dalam kereta atau baby room…kalau kat rumah mertua pun menyusukan bby dalam bilik kalau ada ipar2 lelaki sbbnya suami tak bg…dia yang suruh menyusukan dalam bilik

    Reply
  4. Terima kasih Nila. Ain dulu pun takut-takut juga nak menyusu di tempat awam tetapi hasben selalu jadi ‘perisai’ bila menyusukan anak.. Hehehe… memeula tu memang malu tetapi kena konfiden. Yang penting tudung kena labuh. senang….

    Reply
  5. Hello,Tahniah di atas kurnia camtyahaaa. Untuk kurangkan berat badan, caranya tetap sama seperti yang tidak menyusu iaitu mesti adanya defisit kalori yang anda boleh belajar cara membinanya daripada eBook saya.Tetapi oleh kerana anda sedang menyusu, anda perlu tambah bilangan kalori hasil daripada penyusuan bayi. Contohnya, katakan anda dah ikut langkah2 dan dapat kiraan kalori intake sebanyak 1200kcal. Now kalau anda menyusu sepenuh masa (katakan 500ml) sehari yang bersamaan dengan 400kcal (lebih kurang), anda perlu tambah 400kcal kepada 1200kcal atau bersamaan 1600kcal.Also pastikan 1600kcal itu datang daripada sumber makanan yang berkualiti pastikan adanya sumber fiber dan protein yang mencukupi. Ini akan membantu anda kawal nafsu makan.Insyallah. +19Was this answer helpful?

    Reply

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam