Umum

Elakkan Makan Berlebihan Di Musim Perayaan Agar Tetap Sihat

Sudah menjadi kebiasaan kita pada musim perayaan akan menjamu pelbagai juadah raya hingga tak sedar berat badan naik dan baju pun tak muat. Sebulan lamanya berpuasa dan tiba-tiba sahaja pada masa lebaran tiba, berat badan naik mendadak. Salah siapa semua ini ? sepatutnya kita tidak mengamalkan budaya makan terlalu banyak. Tetap menjaga kesihatan walaupun harus pergi ke pelbagai majelis rumah terbuka.

 

Overweight

 

 

Makan dengan bersederhana lebih baik kerana akan mengekalkan kesihatan anda. Juadah raya yang disajikan boleh anda rasa tetapi berpada-padalah menyantapnya. Pada kebiasaanya di rumah terbuka akan menyediakan minuman manis dan bergas, berusaha untuk mengurangkan minuman ini. Jika ada air mineral atau air masak ianya lebih baik untuk anda. Jangan meninggalkan memakan sayur-sayuran ataupun buah-buahan. Longgokan kandungan gula dalam badan anda akan sangat berbahaya dan akan mengundang kepada terjadinya pelbagai penyakit. Contohnya sahaja kencing manis, darah tinggi dan juga masalah kolesterol yang akan menjadi punca terjadi penyakit jantung.

 

Variety of fresh fruit and vegetables
Variety of fresh fruit and vegetables

Pola makan yang teratur dan juga sihat akan membantu anda terbebas dari masalah kegemukan, ataupun pelbagai penyakit lainnya. Diantara yang sangat penting untuk anda iaitu jangan tinggalkan untuk mengambil makanan tambahan untuk mengekalkan kesihatan anda dan juga untuk mencukupkan keperluan  nutrisi yang penting untuk tubuh badan. Diantara makanan tambahan yang boleh anda amalkan seperti set bakar,buang dan nyah lemak yang boleh membantu membuang lemak jahat yang bersarang dalam badan anda. Selain mendapatkan tubuh badan yang sihat, tentunya anda akan dapat sekali kulit yang cantik dan berseri. Elakkan mengkonsumsi produk yang terdapat didalamnya bahan-bahan kimia yang merusakkan organ penting dalam badan anda.

 

Kebanyakan produk di pasaran pada zaman sekarang ini banyak mengandungi bahan-bahan yang terlarang yang sepatutnya tidak dibenarkan untuk di konsumsi ataupun digunakan. Tetapi masyarakat  kurang menyadari akan keberadaan bahan terlarang itu di dalam sesuatu produk. Pilihlah produk yang betul-betul diyakini baik dan tidak membahayakan kesihatan anda. Jadilah pengguna bijak dengan meneliti dan mengkaji produk yang akan anda konsumsi dan gunakan. Ianya untuk keselamatan anda juga tentunya.

Kembali kepada kesihatan yang berpanjangan sepanjang hari, jangan anda tinggalkan untuk bersenam sekurang-kurangnya 30 minit untuk setiap hari. Senaman ini perlu untuk merangsang pikiran anda menjadi tenang dan sentiasa berpikiran positif. Tahukah anda, dengan bersenam akan mendatangkan “mood happy” untuk anda sepanjang hari. Secara tak langsung bila anda bersemangat sepanjang hari, anda akan terasa lebih muda dan bertenaga. Siapa yang tak ingin terlihat muda bukan? jadi untuk itu lebih baik anda bersenam. Bersenam boleh anda lakukan dimana sahaja, bahkan sambil mendengar musik atau melakukan pekerjaan rumah pun anda boleh melakukan senaman. Gerakkan badan anda dan buat gerakan berulang sudah cukup untuk anda mengeluarkan peluh. Sangat mudah dan anda perlu untuk mencubanya sendiri. Paling mudah anda boleh bergerak naik tangga ke pejabat, jangan gunakan lift.

Elakkan ataupun berhenti sama sekali dari menghisap rokok, rokok sangat berbahaya untuk kesihatan anda dan orang disekitar anda. Salah satu penyumbang terjadinya kanser paru-paru adalah amalan merokok. Anda boleh bayangkan asap rokok akan meragut nyawa anda bila-bila masa sahaja. Jika anda susah untuk membuang tabiat merokok, anda boleh amalkan pengambilan Vivix  yang sangat baik untuk atasi masalah ketagih merokok ini. Anda tentunya tidak ingin orang tersayang yang berada di dekat anda turut mengalami masalah kesihatan yang sama dengan anda. Jadi tinggalkanlah tabiat merokok yang sangat merugikan ini.

 

akibat-merokok

 

 

Kehidupan yang sihat dan seimbang akan membawa kesan positif kepada diri anda. Amalkanlah hidup yang sihat dan mengambil makanan yang sihat serta elakkan diri anda daripada tekanan. Kehidupan yang teratur akan membantu diri anda agar menjadi insan yang lebih baik lagi.

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail
Facebooktwittergoogle_pluslinkedinrssyoutube

9 Comments

  1. Memang susah nak elak daripada makan berlebihan. Ya la kalau pergi beraya mesti kena makan sikit untuk jaga hati Tuan Rumah. Benda dan dihidang depan mata. Mesti nak rasa kan hehe

    Reply
  2. Di samping itu, konsep yang dianjurkan oleh Rasulullah iaitu makan sebelum lapar dan berhenti sebelum kenyang juga patut diamalkan dalam menghadiri majlis jamuan rum 5016 ah terbuka dan seterusnya mengekalkan amalan itu walaupun bukan lagi di musim perayaan.

    Reply

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam