div id="fb-root">
Bulan Ramadhan

Keistimewaan Malam Lailatul Qadar Umpama Malam Seribu Bulan

Lailatul Qadar adalah malam yang begitu istimewa, malam yang lebih baik daripada seribu bulan. Malam Lailatul Qadar ni hanya terjadi pada bulan Ramadhan sahaja. Bila itu akan terjadi hanya Allah Swt sahaja yang tahu. Tetapi menurut hadis, malam ini jatuh pada 10 malam terakhir pada bulan Ramadhan, tepatnya pada salah satu malam ganjil yakni malam ke 21, 23, 25, 27 atau ke 29. Malah ada sebahagian ulama yang menganggap ia berlaku pada malam genap seperti malam 24 ramadhan. Walau bagaimana pun ada hikmah disebalik rahasia itu agar seluruh umat Islam berlumba-lumba dan rajin beribadah kepada Allah disepanjang bulan ramadhan, khususnya pada 10 hari terakhir.

 

malam lalaitulqadar
malam lailatuqadar

 

Malam Lailatulqadar adalah malam yang diimpikan oleh seluruh umat Islam. Kerana pahala pada malam itu menyemai dengan beribadah 1000 bulan. Malam Lailatulqadar biasanya dikaitkan dengan Al Quran. Ganjaran membaca Al Quran pada bulan puasa adalah sangat banyak sekali. Bayangkan apabila kita membaca Al Quran pada saat terjadinya malam lailatul qadar, tentunya ganjarannya sangat istimewa.

kerana kemuliaan malam lailatul qadar, Rasulullah S.a.w, menganjurkan supaya umatnya bersedia menyambut dan menghayati malam yang berkat itu dengan pelbagai jenis amalan dan ibadah yang diterangkan diantaranya yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a.

Maksudnya: “Barangsiapa menghayati malam lailatulqadar dengan mengerjakan sembahyang dan pelbagai jenis ibadat lainnya sedang ia beriman dan mengharapkan rahmat Allah taala nescaya ia diampunkan dosanya terdahulu.

Oleh itu ada baiknya kita mencari malam lailatulqadar itu dengan mengharap keridhoan Allah dan meminta ampunan atas kesalahan dan dosa yang telah kita lakukan selama ini. Yang pastinya ini adalah salah satu langkah kita untuk menjadi hamba Allah yang sentiasa ingat dan takut akan hukuman Allah kepada kita.

 

 

keindahan alam

Tanda Malam Lailatulqadar

Para alim ulama mengatakan beberapa tanda dan alamat berhubung dengan amalan lailatulqadar.

  • Ada yang berkata orang yang menemui malam lailatulqadar, ia melihat nur yang sangat terang dari segenap penjuru hingga ke tempat yang gelap sekali.
  • Ada juga yang berkata ia mendengar ucapan salam dan kata-kata yang lain dari ┬ápara Malaikat
  • Ada juga yang berkata melihat pokok-pokok kayu rebah sujud menyembah Allah
  • Ada pula yang berkata air yang berhenti mengalir dan udara sangat nyaman
  • Ada pula yang berkata malam pada ketika itu amat tenang dan tenteram
  • Dan ada yang berkata doa yang dipanjatkan ketika malam itu dimakbulkan.

 

Menurut imam Fakhrurrazi bahwa Allah menyembunyikan malam lailatulqadar dari pengetahuan kita sebagaimana Dia menyembunyikan keredhaanNya pada setiap ketaatan sehingga timbul dalam diri kita untuk melaksanakan semua ketaatan atau ibadat itu. Begitu juga Dia menyembunyikan kemurkaanNya atas semua kesalahan yang telah kita lakukan.

Semoga kita dapat memeriahkan bulan ramadhan dengan khusyu dan taat beribadah kepada Allah. Semoga kita dapat rahmat dari Allah dan berpeluang mendapatkan malam lailatulqadar ini. Marilah kita meriahkan malam-malam terakhir ramadhan dengan penuh ketaatan kepada Allah dengan mengisi malam-malam terakhir ramadhan dengan lebih tekun beribah kepadaNya. Bulan ramadhan bulan istimewa untuk kita memohon keampunan dari Allah Swt. Minta lah apa sahaja yang anda inginkan, in sha Allah akan dimakbulkan. Aamin….

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail
Facebooktwittergoogle_pluslinkedinrssyoutube

11 Comments

  1. lor ghamai gak haku nnogek blogger yang x update entry .memasing pon ngah x der idea or bz ngan family memasing kot sempena puase .hehhhehh .kat otak haku penuh ngan bunga api n mercun ..huhuhuhhh!!!!

    Reply

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam