Ibu Menyusui

5 Tips Rangsang Pengeluaran Susu Ibu

Pada umumnya ibu tidak perlu memakan apa-apa jua jenis makanan yang khusus untuk memastikan bekalan susu ibu berkekalan. Jika ibu mengamalkan pemakanan yang sihat dan seimbang dan mengkonsumsi makanan tambahan seperti vitamin. Ibu perlu mengambil makanan yang kaya dengan vitamin, mineral, sayur-sayuran, buah-buahan, produk tenusu yang kaya kalsium dan juga makanan kaya protein seperti daging, ikan dan kekacang.

 

breast pump bottlemilk

 

Pemakanan setiap hari yang biasa mengandung sumber zat-zat pemakanan ini sudah cukup membekalkan nutrien penting yang diperlukan oleh tubuh. Pengambilan air, jus dan susu juga amat membantu ibu menyusu untuk sentiasa cukup dengan cecair dalam badan. Juga untuk mengurangkan rasa dahaga.

 

salad 2

 

 

Tahap kalsium, magnesium, fosforus, zat besi dan asid folik didalam susu ibu adalah mencukupi walaupun Puan kurang mengambilnya dalam pemakanan seharian.

Diantara tips yang boleh bantu merangsang pengeluaran susu ibu, antaranya iaitu;

  • Kerapkan menyusu atau mengepam

Susukan bayi sekurang-kurangnya 3 jam sekali. Sama juga halnya dengan rutin memerah susu (jika anda bekerja atau tak selalu bersama bayi). Lakukannya 3 jam sekali.

  • Pam pada waktu malam

Jadikan amalan mengepam pada waktu malam sebagai rutin. Hormon prolaktin banyak dihasilkan sekitar jam 12 tengah malam hingga 6 pagi.

  • Jangan tunggu penuh

Elakkan daripada tabiat menunggu payudara penuh sebelum menyusukan bayi ataupun mengepam. Yakinilah, payudara sentiasa mengandungi susu. Apabila dikosongkan tubuh akan berusaha untuk menghasilkan lebih banyak susu.

  • Minum banyak air

Anda perlu minum banyak air kosong sepanjang tempoh penyusuan. Anda digalakkan minum 3 liter air setiap hari.

  • Menyusu atau mengepam lebih lama

Jangan hadkan masa setiap kali menyusu atau mengepam. Biarkan bayi menyusu sepuas-puasnya sebelum tawarkan payudara yang lain. Sewaktu memerah pula, ambil masa antara 15-20 minit bagi setiap payudara . Dalam pada itu pastikan payudara benar-benar kosong sebelum berhenti memerah.

 

ibu menyusui

 

Hargailah masa-masa indah anda dengan bayi dan rasakan ketenangan masa melakukan penyusuan kepada bayi anda. Usahakan diri anda berada pada tahap yang baik, jauh dari stress dan tekanan agar anda boleh merangsang pengeluaran susu ibu yang banyak.

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail
Facebooktwittergoogle_pluslinkedinrssyoutube

4 Comments

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam