Demam Denggi Mematikan

Bahaya Denggi Sedang Mengintai Tanpa Mengenal Mangsa

Akhir-akhir ini demam denggi menjadi ancaman besar kepada kanak-kanak mahupun anggota keluarga kita dirumah. Penyakit jangkitan virus yang merebak melalui gigitan nyamuk Aedes aegypti yang telah dijangkiti ini sama sekali tidak boleh dipandang sebelah mata. Denggi boleh menyerang siapa sahaja tanpa mengira usia termasuk kanak-kanak. Virus denggi biasa atau denggi klasikal atau denggi berdarah. Denggi shock syndrome selalunya terjadi pada kanak-kanak mengalami demam denggi berdarah. Semasa demam denggi berdarah, salur darah menjadi bocor menyebabkan banyak air yang bocor dan keluar melalui saluran darah. Keadaan ini akan menyebabkan darah menjadi pekat. Jika kehilangan air dari salur darah tidak diganti, organ-organ dalaman tidak berfungsi elok dan seterusnya boleh menyebabkan kegagalan organ seperti jantung dan ginjal.

 

gigitan nyamuk denggi

 

Denggi shock syndrome adalah keadaan yang sangat kritikal dan jika tidak iambil tindakan dan tidak diberikan rawatan yang pantas dan betul, ia akan membawa maut. Selalunya kebiasaannyaibu bapa agak sukar untuk mengenal pasti bahawa si manja terserang denggi. Kerana demam denggi klasikal biasa menyerupai demam biasa. Tetapi apabila ibu bapa mendapati demam panas pada si manja berlarutan agar segera membawa ke doktor untuk pemeriksaan darah. Ujian darah ini boleh memastikan anak terkena denggi mahupun demam biasa.

Demam denggi boleh menyebabkan sel darah membeku iaitu platelet menurun dengan agak banyak. Sel darah membeku iaitu platelet yang sangat rendah boleh membawa risiko pendarahan. Ia akan menjadi lebih bahaya jika demam denggi itu demam denggi berdarah. Kerana ia boleh menjadi denggi shock syndrome dan seterusnya boleh membawa kepada kematian.

 

temperature

 

Untuk demam denggi, pastikan pesakit mendapatkan air yang cukup. Jika platelet si manja tidak terlalu rendah, simanja  tidak perlu dimasukkan ke dalam ward. Si manja boleh tetap dirumah dengan pantauan doktor dan memastikan tetap meminum air yang cukup. Simanja tetap boleh aktif bermain. Tetapi jika simanja alami masalah sakit perut,muntah-muntah atau terdapat pendarahan dimana-mana bahagian tubuh, maka mereka harus segera dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Biasanya apabila sikecil mengalami demam, memang digalakkan untuk mengkonsumsi vitamin C seperti meminum jus buah-buahan, dan juga sup ketam yang baik untuk meningkatkan kecukupan air dalam tubuh si manja. Ada juga petua orang lama yang menyebut minum jus daun betik juga boleh meningkatkan platelet dalam darah. Ramai yang mengalami sakit denggi pada masa sekarang ini mengamalkan petua ini dan ternyata memang berkesan. Minuman Performanced drink pun boleh dijadikan amalan semasa si kecil mahupun sesiapa sahaja yang mengalami demam denggi. Minuman ini pun kaya akan vitamin C dan juga baik untuk kesihatan.

 

banyak minum air baik untuk kesihatan

 

Untuk mengelakkan kita dan orang tersayang dilanda penyakit berbahaya ini, marilah kita sama-sama mewujudkan persekitaran yang sihat dan bersih. Tentunya memastikan kawasan kejiranan kita bebas dari nyamuk aedes. Menghapuskan tempat-tempat yang boleh menakung air yang mungkin boleh melahirkan jentik-jentik nyamuk membiak. Jangan biasakan keluar pada saat petang menjelang senja, kerana pada masa inilah nyamuk aedes akan mula keluar. Anda boleh juga menyapukan lotion yang boleh menghalau gigitan nyamuk seperti lotion tanpa bahan kimia Herbal Blend. Jika dirumah anda banyak tempat yang boleh dimasuki nyamuk, ada baiknya anda memasang kelambu untuk si manja.

Tindakan anda yang selalu peka terhadap lingkungan akan dapat menyelamatkan nyawa. Jadilah insan yang sentiasa peka terhadap persekitaran dan sentiasa menjaga kebersihan kawasan rumah.

nyamuk denggi berbahaya

Berikut ini adalah video penjelasan nutrisist Shaklee tentang produk yang boleh anda gunakan untuk mengatasi masalah denggi yang sedang dialami oleh pesakit.

Nak Rawat Demam Denggi Tanpa Ubat? Ini Membantu… from iReach HD on Vimeo.

 

Diantara produk yang boleh membantu dalam atasi denggi ini diantaranya iaitu :

Anda boleh dapatkan produk ini DISINI, sangat mudah dan senang bukan…? andapun boleh membuat belian secara Cash On Delivery bagi anda yang berada berdekatan area Batangkali, Rasa, Bukit Beruntung, Gohtong jaya dan Genting Highland. Barang yang anda inginkan akan kami hantar terus kepada anda. Sangat menjimatkan masa anda bukan ?

Untuk kanak -kanak anda boleh berikan Nutriferon, Chewable Vita C plus, Meal Shakes dan juga Vitalea untuk pertahanan dan sistem imun mereka. Anda boleh PESAN DISINI.

Jangan lupa bahawa konsultasi terbaik akan kami berikan kepada anda. Untuk pesanan anda boleh hubungi no tertera di bawah ini, kami akan jawab panggilan anda secepat mungkin.

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.
—————————————————

Untuk sebarang pertanyaan,

anda boleh menghubungi Kami sms atau whatsapp ke 0176281787, Pn Nila, En Firdaus

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail
Facebooktwittergoogle_pluslinkedinrssyoutube

4 Comments

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam