Ibu Mengandung

Bahaya Tiroid Pada Kehamilan

Masa kehamilan banyak membawa kerisauan kepada ibu, terutamanya kepada ibu yang memiliki penyakit yang sedia ada sebelum kehamilan. Penyakit tiroid semasa kehamilan memberikan resiko kepada ibu dan kandungan. Oleh kerana itu, pentingnya bagi ibu menjalani pemeriksaan antenatal setiap bulan. Kebanyakan doktor menasihatkan ibu mengandung yang mempunyai kelainan pada kelenjar tiroid menunda niat untuk hamil sehinggalah penyakit ini dapat dikawal dengan baik. Bagi ibu yang memang bersedia untuk hamil pulak, doktor lazimnya menyasarkan kadar hormon tiroid adalah dalam batas normal secepat mungkin dengan menggunakan ubat yang minimum.

 

ibumengandung dengan tiroid

 

Perlu anda ketahui, pemeriksaan atau pengesanan ujian hormon tiroid bukanlah pemeriksaan rutin semasa pemeriksaan antenatal. Pemeriksaan ini hanya akan dilakukan jika doktor mengesyaki anda menghidap tiroid. Penyakit tiroid boleh mendatangkan maut jika tidak dirawat dengan segera. Ada segelintir ibu mengalami peningkatan hormon tiroid semasa mengandung, keadaan ini terjadi kerana adanya hormon estrogen yang tinggi sewaktu hamil yang secara tidak langsung merangsang pertambahan jumlah pembawa hormon ini iaitu Tyroxine Binding Globulin (TBG) dalam tubuh.  Keadaan ini bukanlah suatu penyakit. Ianya normal jika tidak menyebabkan kelainan pada sistem tubuh.  Sejumlah hormon iodin yang mencukupi diperlukan daripada ibu mengandung untuk disalurkan kepada bayi kerana sangat penting untuk perkembangan otak bayi.

 

Perlu anda ketahui,  jika ibu mengandung yang memiliki jumlah hormon iodin yang terlalu banyak bahkan susah nak dikawal atau bahkan sudah memiliki penyakit tiroid sebelum kehamilan juga akan mengundang bahaya. Kerana ia boleh mengancam nyawa ibu itu sendiri bahkan bayi yang dikandung.

Beberapa gangguan tiroid yang biasa berlaku semasa mengandung adalah bersifat imun semulajadi. Ini menunjukkan tubuh membentuk antibodi yang ditujukan terhadap sel-sel tiroid, yang kemudian memberi kesan kepada fungsi tiroid. Antibodi yang merosakkan sel tiroid boleh menyebabkan radang tiroid (tiroiditis limfosit) yang dikenali dengan penyakit Hashimoto. Antibodi yang merosakan sel-sel tiroid ini akan menjejaskan fungsi tiroid dan menyebabkan hypotiroidisme.

 

mama hamil

 

Simptom hipotiroidisme adalah bengkak kaki, ingatan terganggu, lembab, malas, kuat tidur, badan sering terasa sejuk dan boleh mengakibatkan masalah jantung jika tidak segera dirawat. Diantara komplikasi yang boleh berlaku keatas diri anda termasuklah tekanan darah tinggi, keguguran, kelahiran pramatang, mudah terkena jangkitan, abruption placenta, arrythmia (kelainan pada denyutan jantung) dan sakit jantung. Manakala pada bayi pula akan brisiko mengalami neonatal hypertiroidesme, intrauterine growth restriction (IUGR), lahir mati, lahir pamatang bahkan mungkin boleh mengalami kecacatan mental.

 

 

mama dan bayi

 

 

Sebenarnya tiada larangan mutlak terhadap mana-mana wanita yang mempunyai penyakit tiroid untuk tidak hamil. Namun ibu tersebut perlu adanya pengetahuan tentang komplikasi -komplikasi yang bakal berlaku sekira memilih untuk hamil. Dengan adanya rawatan dan pemeriksaan secara terperinci, anda boleh mengandung secara normal. Beberapa ujian darah  dan ujian-ujian lain perlu dilakukan demi keselamatan dan kesihatan ibu dan bayi yang dikandung.

 

Facebooktwitterredditpinterestlinkedinmail
Facebooktwitterlinkedinrssyoutube

5 Comments

  1. Bila kelenjar pituitaria menghasilkan TSH sedikit maka kelenjar tiroid akan menghaslkan kadar T4 lebih banyak, sehingga dikatakan kelenjar tiorid dan pituitaria bekerja sebagai heatterdan termostat. Bila heater berhenti tubuh akan menjadi dingin dan termpstat aka mengukur suhu dan terjadi peningkatan kerja heater.

    Reply

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam