div id="fb-root">
Ibu berpantang

Jahitan Episiotomi Terbuka Aduii Sakitnya

Jahitan terbuka memang menyakitkan dan menakutkan. Kepada yang pernah mengalaminya pasti akan panik dan trauma. Apalagi dengan persiapan kelahiran seterusnya.

Bagi ibu yang baru pertama kali bersalin, pastinya tidak menyedari yang jahitan sudah terbuka. Luka jahitan episiotomi dan caesarean adalah luka yang perlu anda pantau dan cek secara terperinci. Biasanya luka ini boleh terbuka pada awal 2 minggu selepas bersalin tanpa penjagaan yang rapi. Kebanyakan kes luka jahitan terbuka ini disebabkan jangkitan kuman pada luka bersalin.

 

gambar diambil dari google
gambar diambil dari google

Diantara tanda-tanda luka jahitan terbuka yang biasanya terjadi ialah;

  • Rasa sakit yang amat sangat pada masa dua atau tiga hari. Biasanya rasa sakit akibat episiotomi hanyalah 2 hari tetapi sekiranya kesakitan itu berlebihan, mungkin ada jangkitan kuman.
  • Bengkak, merah bernanah atau keluar apa-apa sahaja cairan yang berbau atau pun nampak luka terbuka.

 

luka jahitan bersalin terbuka

 

Biasanya akan terjadi tekanan kepada ibu yang mengalaminya. Sakit ketika sebahagian jahitan yang dibuka semula tentunya akan menjadi trauma yang amat besar bagi ibu. Apalagi ketika itu ibu sedang berpantang. Biasanya doktor akan membersihkan kawasan tempat luka tersebut terbuka dan akan menjahit nya kembali jika perlu. Akan tetapi ada juga dimana jahitan tidak perlu dijahit semula dan hanya menyapukan sejenis lotion agar jahitan tersebut bercantum semula. Itu tergantung dari situasi dan keadaan luka jahitan tersebut.

Kesan jika luka ini tidak cepat dirawat amat lah menyakitkan bagi ibu. Diantara komplikasi yang berlaku di kawasan jahitan yang terbuka diantaranya iaitu;

  • Kesan fizikal, psikologi dan sosial jika tidak dirawat.
  • Boleh menjadi punca tempat jangkitan yang akan merebak ke dalam badan.
  • Boleh menyebabkan sakit berterusan, sukar untuk membuang air, sakit apabila melakukan hubungan kelamin.
  • Hubungan dengan bayi terganggu, sukar untuk menyusu badan kerana sakit pada luka tersebut.

 

Biasanya jahitan terbuka ini dikeranakan oleh beberapa perkara. Antara penyebabnya ialah penggunaan benang untuk menjahit luka bersalin. Ini kerana ada benang yang cepat menyerap iaitu sebelum kulit bercantum kembali. Selain itu, bergantung juga pada jenis tisu pada kawasan luka tersebut. Ada sesetengah wanita mempunyai tisu terlalu nipis dan mudah terkoyak dan memang berisiko untuk luka terbuka kembali setelah dijahit. Dan satu lagi punca jahitan terbuka ialah jahitan yang terlalu ketat pada luka ibu akan cenderung jahitan terbuka.

 

luka jahitan bersalin terbuka dan sakit sangat

 

Apabila anda mengalami atau sedar jahitan telah terbuka, diharapkan anda segera memeriksakan diri ke doktor atau klinik berhampiran. Agar tindakan sewajarnya boleh diambil agar tidak terjadi jangkitan atau hal-hal yang tidak diinginkan. Masa yang diambil untuk menjahit semula tergantung dengan keadaan dan saiz luka tersebut. Biasanya jahitan akan dilakukan dengan benang yang lebih kuat. Selepas diperiksa, kawasan luka akan dibius,luka yang terbuka akan dibersihkan, kemudian baru dijahit semula. Biasanya luka disebabkan episiotomi akan sembuh dalam tempoh 10 hingga 14 hari. Manakala bagi luka pembedahan, tempoh tersebut cukup untuk kulit bercantum kembali.

makanan sihat ketika berpantang

 

Amat penting bagi anda untuk mengambil makanan seimbang dan juga vitamin tambahan untuk mempercepat luka cepat sembuh. Terutamanya vitamin C dan Zinc yang bagus untuk mempercepat luka kering. Selepas bersalin memang disarankan untuk mengambil multivitamin agar ibu dan bayi sentiasa sihat dan bertenaga. Dan cukup nutrisi. Makan sayur-sayuran dan buah-buahan banyak kerana kandungan seratnya boleh mengurangkan sembelit. Namun sekiranya sudah 14 hari,luka belum sembuhnya juga, jumpalah doktor untuk mengelakkan risiko jangkitan.

Anda boleh mendapatkan Vitamin C dan Zinc Complex  disini. Sangat mudah dan cepat.

Klik Disini ->>> Saya Nak Beli Set Berpantang

Belian secara online guna kad Kredit/Debit.

ikut sahaja langkah yang diberi, Web belian adalah selamat dan dilindungi (https :Hyper Text Transfer Protocol Secure (HTTPS) is the secure version of HTTP, the protocol over which data is sent between your browser and the website that you are connected to)

Jika anda tak nak buat order sendiri, anda boleh menghubungi kami untuk buat pesanan/belian.

Pn. Nila/ En. Firdaus

sms/ whatsapp  +60176281787

Anda yang gemar dengan pengkhidmatan Cash On Delivery, kami menyediakan pengkhidmatan ini di sekitar area Batang kali, Hulu Yam, Rasa, Bukit Beruntung, Kuala Kubu Bharu, Gohtong Jaya dan Genting Highland. Anda boleh terus menghubungi kami untuk membuat pesanan. Barang yang anda pesan akan kami terus hantar ke alamat yang anda berikan. Sangat menjimatkan masa anda. Jangan tunggu lagi, hubungi kami segera di talian yang tertera diatas ya.

Anda nak harga yang special untuk setiap pembelian produk Shaklee ….?? Klik Disini Untuk Join Ahli sekarang

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail
Facebooktwittergoogle_pluslinkedinrssyoutube

11 Comments

  1. ela

    Saya penah mengalami jahitan terbuka. Aduiyai.. seriau bila ingat balik. syukur lahirkan anak kedua xde masalah. Saya nekad telan zinc Shaklee sepanjang tempoh pantang biar luka cepat baik 🙂

    Reply
  2. Saya ada pengalaman jahitan terbuka masa bersalin anak pertama.
    Alahai..
    Takut dan trauma masa tue.
    Tapi sekarang nie kalau jahitan tertetas kecil akan diberi ubat je kan..
    Tak perlu nak jahit semula.

    Reply

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam