Ibu Mengandung

Kerap Merasa Lapar Waktu Tengah Malam Semasa Mengandung

Ketika mengandung selalunya ibu akan merasa lapar pada saat tengah malam. Kadang rasa nak makan tu bukan sebetulnya perasaan nak makan, tetapi  kerana haus. Bagaimana kita mengatasi rasa lapar agar tidak mendapatkan berat badan berlebihan kerana terlalu banyak mengunyah pada saat kehamilan. Pada dasarnya ibu mengandung tidak perlu cemas akan naik berat badan. Kerana pada dasarnya berat badan akan turun selepas melahirkan nanti. Memang ada kes yang berat badan akan bertambah dan tak mahu turun setelah bersalin, tetapi itu hanya segelintir kes sahaja.

 

ibu hamil berdiet

 

Sejak disahkan hamil sehinggalah ke minggu yang ke-26 ibu mengandung tidak perlu makan secara berlebihan. Ibu hamil  memerlukan lebih kurang 2000 kalori sehari, Bermula dari minggu ke-27 sehingga bersalin, keperluan ibu hamil akan meningkat kepada 2200 kalori sehari sahaja. Sekiranya ibu hamil mengambil makanan melebihi jumlah kalori yang diperlukan, tentu sahaja berat badan akan meningkat juga.

Masalah kerap lapar pada waktu malam bukan dihadapi oleh ibu mengandung sahaja, ianya juga terjadi kepada wanita yang lain yang tak mengandung. Pelbagai asumsi yang diperkatakan mengapa wanita selalu lapar pada waktu lewat malam, diantaranya iaitu tekanan atau stress, rasa haus, waktu makan tak teratur, jenis makanan yang kurang sedap dan juga gemar makanan yang manis.

Masalah tekanan ataupun stress kadang memicu kita untuk menjamah makanan ataupun kudapan untuk menghilangkan rasa stress itu, hingga kita terlupa yang kita sudah makan banyak dan tak sedar berat dah naik. Dengan makan kudapan ataupun melampiaskan stress kepada melahap makanan kadang membuat kita lebih gembira dan lupa dengan pelbagai masalah. Tabiat ini lah yang seharusnya kita tinggalkan. Kadangkala otak tidak dapat membezakan antara haus dan lapar. Jadi, sebelum mencari makanan pada waktu malam, minumlah air kosong dahulu. Jika masih juga lapar, carilah makanan yang sesuai.

 

ibu hamil menjaga makan

Kita akan rasa lapar pada waktu malam, apabila pada siang hari kita makan tak menentu dan makan yang tak menepati cita rasa sendiri. Untuk mengelakkan ini terjadi, ada baiknya pada masa bekerja di pejabat anda membawa bekal ataupun masak masakan kesukaan anda dan menikmatinya di waktu bekerja agar keperluan pemakanan anda terpenuhi dengan baik. Seelok-eloknya atur jadual makan sebanyak 5 kali sehari yang masing-masing 400 kalori sahaja setiap kali makan. Dengan mengawal kekerapan dan jenis pemakanan, anda boleh menjaga jumlah kalori 2000 sehari. Seperti contoh masa bersarapan anda pilih makan nasi lemak dengan sedikit nasi dan telur rebus serta sedikit timun agar jumlah kalori terpenuhi dan tidak terlebih.

ibu hamil

 

Anda boleh mengkonsumsi jus buah-buahan di masa berehat ataupun bersantai. Jangan lupakan bersenam ataupun berjalan kaki sekurang-kurangnya sampai anda berpeluh. Agar kesihatan anda tetap terjaga. Minum banyak air kosong untuk mengatasi rasa lapar anda. Makanan tambahan ketika mengandung sangat baik untuk kesihatan ibu dan bayi yang dikandung. Oleh itu rajin-rajinkan diri anda untuk membiasakannya setiap hari. Dengan mengawal pemakanan dan gaya hidup anda, mudah-mudahan anda tidak menghadapi sebarang masalah kenaikan berat badan selepas bersalin nanti. Perlu anda ingat, anda harus makan makanan yang sihat untuk anda juga bayi yang anda kandung agar kesihatan  semasa mengandung tetap terjaga dan proses persalinan nanti akan berjalan dengan lancar. Tentunya dengan ibu dan bayi yang sihat dan ceria.

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail
Facebooktwittergoogle_pluslinkedinrssyoutube

4 Comments

  1. Meski demikian banyak orang yang mengalami kegagalan akibat rasa lapar yang kerap mereka rasakan saat tengah malam, mereka rela mengorbankan diet yang selama ini telah mereka jalani karena lapar yang terasa begitu menyiksa.

    Reply

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam