Sayur dan Buah buahan

Ketahui Rahasia Disebalik Warna Buah Buahan Dan Sayuran

Buah-buahan dan sayuran sangat bermanfaat sekali bagi kesihatan tubuh badan kita. Tapi apakah anda sedar bahawa disebalik warna sayur dan buah-buahan itu terdapat rahasia yang sangat besar yang perlu kita ambik tahu. Maha suci Allah yang menciptakan alam dan isinya dengan pelbagai khasiat dan kegunaannya untuk kita.Tak terkecuali buah-buahan dan sayuran. Jom kita lihat apa sahaja rahasia disebaik warna yang ada.

 

Variety of fresh fruit and vegetables
Variety of fresh fruit and vegetables

 

Warna Kuning atau Jingga

Buah dan sayuran yang berwarna jingga atau kuning memiliki kandungan beta karoten dan alpha karoten. Didalam tubuh kita, kedua zat ini diubah menjadi bentuk aktif vitamin A yang membantu menjaga kesihatan mata. Beta karoten juga antioksidan yang membantu menjaga sistem imun kanak-kanak. Buah dan sayur yang berwarna kuning dan jingga seperti keledek, limau, lobak merah, mangga ,apricot, labu air dan betik kaya dengan kandungan vitamin C. Ia juga kaya dengan potassium yang berfungsi dalam menjaga tekanan darah.

 

buah labu
Buah labu

Warna Putih

Buah-buahan yang berwarna putih seperti pisang, duku, laici, longan dan durian belanda, mengandungi tinggi serat dan vitamin C. Ia banyak mengandungi antioksidan tetapi serat yang tinggi dalam buah-buahan ini dapat menampung keperluan serat harian si kecil anda. Sayur seperti lobak putih, tauge, sawi putih, bunga kubis dan cendawan pula kaya dengan vitamin E dan C.

 

buah durian belanda
Buah Durian Belanda

 

 

Warna Merah

Sayur dan buah berwarna merah mengandungi likopen, iaitu zat yang berfungsi dalam menjaga kesihatan sel dan mampu melindungi tubuh daripada kanser seperti kanser prostat dan kanser payudara. Warna merah pada makanan juga mengandungi antosianin yang dapat mencegah si kecil daripada terkena penyakit berjangkit. Antara buah-buahan dan sayuran berwarna merah adalah anggur merah, epal, tomato, tembikai kacang merah, bayam merah, dan kubis merah.

 

raspberries
buah Raspberries

 

Warna Ungu

Buah atau sayur-sayuran yang berwarna ungu dapat membuatkan otak anak anda berfungsi secara optima. Ia mengandungi anthocsyanin dan proanthocyanin yang merupakan antioksidan yang mampu menjaga kesihatan jantung. Selain kedua zat itu, sayur dan buah yang berwarna ungu juga mengandung anthycianin yang membantu menurunkan risiko tekanan darah tinggi dan kolesterol. Buah dan sayur yang miliki warna ungu seperti blackberry, blueberry, terung, ubi ungu, plum, cranberry, anggur dan rasberry. Semakin ungu warna buah dan sayur, menandakan jumlah antioksidan yang semakin tinggi. Antioksidan pada bahan makanan yang berwarna ungu dapat mencegah kerosakan sel pada tubuh.

 

 

cherries ungu

 

 

 

Warna Hijau

Buah-buahan dan sayuran yang berwarna hijau baik untuk kesihatan si kecil kerana ia mengandungi zat lutein dan zeaxantin. Ia dapat membantu mencegah kerosakan mata bukan sahaja untuk kanak-kanak malah orang dewasa juga. Berlainan pula dengan sayur yang berwarna hijau tua seperti brocoli, ia mempunyai indoles isothiocyanates yang dapat meningkatkan pengeluaran enzim yang berfungsi menghilangkan racun dalam tubuh selain dapat mencegah kanser. Apa yang perlu anda tahu, semakin gelap warna hijau pada sayuran yang dimakan, semakin banyak klorofil dan antioksidan di dalamnya. Antara sayuran hijau yang berkhasiat itu adalah bayam, kangkung, sawi, buncis, epal hijau, kiwi, avokado, ย dan banyak lagi.

 

salad hijau

 

 

Biasakan anda dan ahli keluarga yang lain untuk mengkonsumsi buah-buahan dan sayuran setiap hari untuk tetap sihat dan ceria. Banyak buah-buahan dan sayuran yang boleh anda dapatkan berhampiran anda. Melatih anak sedari awal untuk biasa mengambil buah dan sayuran adalah langkah bijak untuk mereka terbiasa sampai dewasa. Belbagaikan cara hidangan untuk menarik lagi minat mereka mengkonsumsi buah-buahan dan sayuran. Anda boleh membuat pelbagai jenis salad mahupun pelbagai jus buah-buahan yang mereka suka. Semoga entry kali ini bermanfaat untuk anda semua.

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail
Facebooktwittergoogle_pluslinkedinrssyoutube

9 Comments

  1. Bekalkan anak snek sihat seperti biskut lemak, buah-buahan kering, sandwic dan kekacang setiap kali dia ke sekolah. Rehatkan anak anda daripada sebarang aktiviti sekurang-kurangnya 15 minit sebelum waktu makan.

    Reply

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam