Semua Tentang Shaklee

Petua Agar Sayuran Tak Cepat Layu

Mengkonsumsi sayuran memang sangat baik untuk kesihatan kita kerana banyak mengandungi vitamin dan mineral. Tetapi kadang kita tak pandai nak menjaga kesegaran sayuran yang kita beli dan pada akhirnya masa kita nak masak atau mengkonsumsi sayuran tersebut layu. Nah pada kesempatan ini saya akan berkongsi sedikit tips untuk anda semua macamana cara kita buat sayur tetap segar walaupun tersimpan di dalam peti ais.

Sayur-sayuran yang disimpan di dalam peti sejuk terlalu lama tentu akan layu dan mudah busuk. Anda boleh mengekalkan kesegaran sayur tersebut untuk masa yang agak lama. Caranya sangat mudah sekali, dan tentunya anda boleh lakukannya. Dan cara ini amat ringkas dan jimat.

 

sayuran boleh disimpan dalam peti sejuk agar sentiasa segar

 

Cara yang nak saya kongsikan bersama anda iaitu hanya pastikan anda menutup sayuran itu. Anda boleh gunakan kertas surat kabar dan plastik hitam untuk membungkus sayuran tadi. Anda perlu cuci dan keringkan sayuran terlebih dahulu. Setelah kering anda boleh menggulung sayuran tersebut dengan kertas surat kabar dan kemudian balut kembali dengan plastik hitam. Dan anda simpan ke dalam peti sejuk. Sayuran tadi akan tahan lama dan tetap segar untuk anda gunakan walaupun tersimpan didalam peti sejuk.

Selamat mencuba.

 

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail
Facebooktwittergoogle_pluslinkedinrssyoutube

One Comment

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam