kecantikan kulit

Sekitar Info Ekzema Yang Anda Perlu Tahu

Memiliki si manja yang mengalami masalah kulit seperti ekzema sememangnya merisaukan, kerana mereka cukup sensitif dengan perubahan cuaca. Kebersihan persekitaran mahupun makanan turut mempengaruhi tahap kesihatan mereka. Secara umumnya, penyakit kulit seperti ekzema sememangnya menjadi lumrah bagi bayi kecil. Perubahan cuaca dan juga hama dan habuk menjadi pencetus utama ekzema pada bayi. Ekzema adalah keadaan kulit kering dan gatal pada satu jangka masa tertentu. Penyakit kulit ini biasanya menyerang si kecil berusia bawah dua tahun.

 

 

 

eczema pada bayi
eczema pada bayi

Paling merisaukan ialah ekzema sememangnya tidak dapat dipulihkan, tetapi hanya dapat dikawal dengan rawatan dan produk yang sesuai. Ekzema juga dikenali sebagai ekzema atopik atau dermatitis. Atopik bermakna kecenderungan mendapatkan penyakit seperti ekzema, asma dan alergi. Kesannya adalah sama iaitu kulit kering, gatal, merah dan merekah. Pada situsi tertentu ekzema akan menyebabkan ruam bernanah dan berdarah. Anggota badan yang menjadi lokasi tumpuan ekzema lazimnya terkena adalah tangan, muka, leher, siku dan belakang lutut.

Perlu diketahui bahawa ekzema menyebabkan kulit tidak dapat berfungsi secara normal. Penyakit ini membuatkan kulit bayi anda lebih senang diserang infeksi dan alergi yang boleh membuat keadaan lebih teruk.  Punca terjadinya ekzema tidak diketahui tetapi masalah kulit ini lazimnya berlaku dalam keluarga tertentu dan mempunyai perkaitan genetik dan sejarah keluarga yang kuat bagi penghidap tiga penyakit iaitu ekzema, asma dan demam ( hay fever ) atau dikenali sebagai atopic triad. Hubungan kekekluargaan pada peringkat pertama dan kedua yang menghidap salah satu dari tiga penyakit ini akan memiliki risiko untuk dijangkiti sama ada ekzema atau asma.

 

 

eczema skin

 

Ekzema menyebabkan kulit bayi anda mungkin bertompok-tompok merah dan sering gatal. Namun pada masa-masa tertentu radang tersebut boleh menjadi lebih teruk dan mungkin memerlukan rawatan yang lebih intensif. Pun begitu, ibu bapa boleh bertindak dengan memilih produk penjagaan diri yang bersifat organik untuk simanja bagi merawat penyakit ini.

Membicarakan tentang produk yang boleh anda gunakan seperti  cream untuk di sapukan ke tangan atau kulit anak anda. Produk yang boleh anda gunakan seperti Herbal Blend. Herbal Blend terbuat dari bahan-bahan yang organik dan tiada bahan berbahaya di dalamnya. Hanya sapukan ditempat yang gatal. Cream ini boleh juga disapukan untuk elakkan gigitan nyamuk. Herbal Blend dingin pada kulit, diperbuat dari ekstrak semula jadi,tidak berminyak, mudah meresap, aromanya yang menenangkan, tanpa steroid dan sangat mudah dibawa kemana-mana.

 

herba blend

 

10325695_407456336061063_5652999464414050448_n

 

Jika bayi anda ada alami ekzema pada kulit, boleh lah menggunakan cream ini untuk disapukan. Anda boleh mendapatkan cream ini disini. Sangat mudah bukan? atau anda yang berada berdekatan area Batangkali, Rasa,Bukit Beruntung, Kuala Kubu Bharu, Ulu Yam, Gohtong Jaya dan Genting Highland. Boleh mendapatkan cream ini terus dari kami. Kami menyediakan pengkhidmatan Cash On Delivery untuk anda. Barang anda akan kami hantar terus kepada anda. Nah tunggu apalagi…?? hubungi kami sekarang juga ya….

 

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.
—————————————————

Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghubungi saya wassup ke 0176281787, Qaseh Firdaus

 

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail
Facebooktwittergoogle_pluslinkedinrssyoutube

10 Comments

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam