Zaman yang serba canggih sekarang ini pastinya memberikan dampak yang besar kepada perkembangan dan pertumbuhan kanak-kanak. Contohnya sahaja perkembangan teknologi gajet yang semakin hari semakin canggih. Si kecil tak terkecuali pandai menggunakan gajet. Bagaimana peranan kita sebagai ibu bapa agar kanak-kanak tidak hanyut dengan gajet yang melalaikan dan bahkan kadang banyak kesan negatif yang mereka dapatkan. Pada kesempatan ini, saya ingin berkongsi sedikit tips untuk mengatasi ketergantungan si kecil dengan gajet.
Diantara perkara yang boleh anda lakukan iaitu :
- Libatkan kanak-kanak dalam aktiviti membuat kerja rumah seperti memasak atau mencuci kereta.
Anda boleh menarik minat si kakak untuk ikut serta bersama anda dalam menyiapkan masakan di dapur. Minta pertolongannya dalam mengambil bahan-bahan masakan dari dalam peti ais. Atau anda boleh menyuruh si kakak membuat kerja yang ringan-ringan. Untuk anak lelaki pulak, merekaboleh membantu anda mencuci kereta atau pun membersihkan halaman di sekitar rumah.
- Memberikan tugas seperti mewarnai atau membuat karangan.
Apabila anak anda suka menggambar, anda boleh membelikan peralatan mewarnai untuk mereka. Isi masa luang dengan menyuruh mereka menyiapkan satu gambar. Ataupun boleh juga anda meminta anak untuk membuat sebuah karangan untuk anda. Yang penting mereka jauh dari gajet yang melalaikan.
- Bermain dengan mereka seperti badminton atau basket ball.
Pada masa lapang di bahagian petang, anda boleh mengajak kanak-kanak untuk bersukan. Contoh sahaja bermain Badminton ataupun bermain bola keranjang. Kegiatan ini menyihatkan juga menceriakan suasana anda dan kanak-kanak.
- Beri perhatian kepada anak seperti bercakap dan bertanyakan masalah mereka.
Kadang kita sebagai ibu bapa terlalu sibuk bekerja sepanjang hari, sampai tidak ada masa untuk berborak dengan kanak-kanak tentang masalah mereka. Biasakan lah anda sebagai orang tua untuk menyediakan masa khusus untuk mereka. Atur masa anda untuk bertanya kabar tentang mereka di sekolah atau tentang pelajaran mereka. Jadikan diri anda sahabat untuk anak-anak anda. Selami apa yang mereka rasakan dan inginkan. Agar terjalin hubungan yang erat dengan anda.
- Berikan pilihan selain bermain gajet, contoh bermain di taman atau main layangan.
Mengajak mereka bermain diluar adalah alternatif yang cukup baik untuk menjauhkan gajet daripada kanak-kanak. Anda boleh mengajak mereka bermain waw atau layang-layang dipetang hari.
- Jemput rakan-rakan mereka bermain bersama dirumah seperti bermain sorok2 atau main bola keranjang.
Cara ini sangat biasa dilakukan oleh ibu bapa dirumah. Tetapi anda pastikan mereka bermain dengan baik. Kerana mana tahu diantara mereka ada sahaja pergaduhan. Misalnya kerana berebut permainan sesama sendiri.
- Pastikan anda punya masa untuk makan bersama mereka, menari bersama dirumah, atau buat aktifiti yang boleh menambah ilmu mereka.
Masa yang sangat berharga bagi kanak-kanak adalah masa mereka bersama anda. Pada saat makan bersama boleh menambahkan lagi kemesraan anda seisi keluarga. Penuhi hari-hari mereka dengan kasih sayang anda, agar tiada ruang lagi untuk sang gajet. Berikan mereka gajet pada masa tertentu sahaja. Agar mereka tidak tergantung dengan gajet dan menjadi asing dengan kehidupan biasanya.











wahh ,tips yang menarik ni …
terima kasih mamat sudi singgah, mudahmudahan tips ini dapat membantu.
Wow … I just found an article which can provide many ideas for me, and I hope to write words the way you make in this post. Thank you for your hard work we can learn !
most welcome dear….
Praktikkan kembali permainan masa zaman kecil kita dulu pun bagus, banyak permainan yang menarik seperti main sampan, teng teng, getah dan congkak. Mak ayah pun boleh imbau kembali zaman kanak-kanak mereka.
betultu mek Ila, kalau permainan zaman kecik-kecik kita dulu dimainkan balik memang seronok anak-anak kita. Tanpa gajet lebih seronok.
ibu bapa pun mainkan peranan dengan mengurangkan penggunaan gajet,,,
Ya betul tu sis Zizie..
memang takkan bagi.
menangis la.
memang takkan bagi.
haha..
lebih baik menangis daripada ketagih ya En Titan ..? hehhehe
kena lekakan mereka dengan benda lain kan, kalau tak ada je peluang dia nak pegang gajet..
Payah jugak kalau kecik-kecik lagi dah ketagih gadget ni .