Umum

5 Tanda Mengapa Anda Merasakan Haus Berlebihan

Terik matahari dan suasana panas pastinya akan membuat tekak anda menjadi kering dan haus. Ia merupakan sesuatu perkara normal yang sering berlaku tetapi jika ianya berlaku secara keterlaluan, mungkin anda mengalami suatu masalah.  Jangan ambil mudah kerana ia bukanlah rasa haus yang biasa. Mungkin ianya terkait dengan kesihatan tubuh badan anda. Apakah anda merasakan haus dalam kadar yang biasa atau memang ada sesuatu yang anda harus selidikinya.

kehausan

Bila ini terjadi pada diri anda, mungkin anda mengalami masalah ini ;

  • Kandungan gula tak stabil

Biasanya penderita diabetes atau individu yang berhadapan dengan masalah buah pinggang mengalami masalah gula yang tak stabil. Situasi ini berlaku disebabkan tahap gula yang berlebihan mengalir masuk ke urin seterusnya mengeluarkan banyak air. Oleh itu mereka selalu merasakan haus yang amat sangat. Secara tak langsung ianya mengurangkan serapan air ke dalam tubuh dan cecair tubuh semakin berkurangan.

  • Dehidrasi atau kekurangan cairan dalam badan

Jika anda mengalami keracunan makanan dan mengalami cirit birit, muntah, jangkitan kuman, demam dan lain-lain biasanya anda akan mengalami kekurangan cecair dalam badan. Ketika cecair dalam badan berkurangan, mulut dan bibir akan terasa kering dan merasakan haus. Terdapat tanda lain yang biasa di alami seperti loya, dan pening kepala. Jika anda berhadapan dengan situasi seperti ini maka minumlah air dengan kuantiti yang banyak untuk menghindari perkara yang tak diingini.

  • Cemas atau bimbang

Perasan tak anda jika anda mengalami keadaan cemas, anda akan lebih cenderung merasa haus? walaupun macam tak logik tetapi anda akan mudah berasa haus sekiranya anda berada dalam situasi ini. Rasa cemas yang keterlaluan itu juga akan berupaya meningkatkan kandungan asid di dalam perut yang mana ia kemudian akan mengurangkan jumlah air liur. Jika anda tidak memiliki apapun masalah kesihatan dan sering merasa haus, boleh jadi anda sedang mengalami masalah bimbang atau selalu merasa cemas.

rasa haus yang berlebihan

  • Kerap Berpeluh

Jika anda seorang yang aktif dan selalu bergerak. Anda akan sentiasa berpeluh dan secara tak langsung anda memilki kencenderungan untuk kerap merasa haus. Anda perlu minum air yang banyak untuk menggantikan cecair yang hilang.

  • Masalah Pencernaan

Seseorang yang alami masalah pencernaan juga cenderung alami masalah haus yang keterlaluan. Hal ini terjadi disebabkan kerana mengambil makanan terlalu banyak dan berlebihan sama ada disebelah siang atau malam. Mengambil makanan yang berminyak dan pedas juga akan membuat anda kerap merasa haus. Semua ini terjadi kerana cecair yang terdapat dalam tubuh banyak digunakan untuk mencerna makanan. Oleh itu cecair dalam tubuh akan semakin berkurangan dan anda akan semakin merasa haus. Jangan minum air terlalu banyak selepas sahaja makan kerana tubuh badan kita tak mampu untuk mencernanya dengan baik. Jika anda selalu mengamalkan perkara seperti ini, tubuh anda hanya akan cenderung menyimpan makanan sebagai lemak. Jadi perhatikan gaya makan anda setiap hari agar badan anda sihat dan bebas dari lemak dan penyakit.

Anda boleh juga minum air Performanced Drink yang baik untuk menggantikan cecair yang hilang dalam badan. Minuman ini sangat sesuai untuk anda yang aktif , mereka yang berpuasa, sebelum dan selepas pembedahaan, selalu tidur lewat malam, keletihan, tiada selera makan, cirit-birit, kepeningan dan juga lain-lain. Antara manfaat utama Performanced Drink iaitu meningkatkan daya tahan tubuh, membekalkan tenaga dan daya ketahanan fizikal, mencegah penyahhidratan dan juga mengekalkan paras gula.

 

Performance Drink
Performance Drink

Anda boleh mendapatkan minuman ini disini, sangat mudah bukan ? atau anda yang berada di kawasan area Batang Kali, Rasa, Kuala Kubu Bharu, Ulu Yam, Gohtong Jaya dan Genting Highland. Anda boleh mendapatkan terus dari kami, dengan pengkhidmatan Cash On Delivery. anda hanya perlu menghubungi nombor talian yang tertera di bawah. Barang yang anda inginkan akan terus kamihantar ke alamat yang anda berikan. Penghantaran juga tersedia bagi anda yang berada di semenanjung Malaysia, Sabah dan Serawak melalui jasa pos.

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail
Facebooktwittergoogle_pluslinkedinrssyoutube

6 Comments

  1. I believe that may be extremely info for me personally. Exactly what satisfied learning your own post. Nonetheless should really watching with interest about fundamental things, The site tastes is ideal, the content is at fact fantastic : Deb bubuk minuman. Good exercise, kind regards

    Reply

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam