Tentang Kesihatan Wanita

Cara Memilih Coli Ikut Bentuk Payudara

Tentunya ramai wanita yang segan dan malu bila membicarakan pasal pemakaian pakaian dalam atau yang lebih sering disebut coli. Bagi wanita membiacarakan pasal coli ini adalah salah satu yang sensitif dan kalau boleh tiada seorang pun yang tahu saiz apa yang mereka pakai. Bagaimana pun ramai kalangan wanita yang salah memakai saiz coli dan tidak sesuai dengan bentuk payudara mereka. Ada juga yang tidak pernah menukar saiz coli selama bertahun-tahun kerana merasa selesa dan juga tidak bermasalah dengan memakainya.

Menurut kajian, 80% wanita dinegara Asia memakai coli yang tidak mengikut saiz payudara. Ini disebabkan kurangnya pendedahan terhadap penjagaan payudara. Semakin usia meningkat, kelahirana anak-anak, perubahan bentuk tubuh badan, aktiviti menyebabkan wanitamengabaikan tentang pentingnya penjagaan payudara sehingga membuat payudara semakin jatuh dan menggeleber.  Cara yang baik untuk atasinya iaitu dengan peduli tentang saiz payudara anda dan memakaisaizyang betul untuk kesihatan dan juga membentuk postur tubuh anda.

 

anita-breastfeeding-bra-5040-white

Teknik kenal pasti saiz coli yang sesuai
  • Kenakan coli yang selesa dan biasa anda pakai. Berdiri dalam keadaan relaks, pastikan belakang dan bahu tegak.
  • Ukur keliling bahagian bawah payudara menggunakan pita pengukur yang lembut (dalam inci).
  • Ukuran itu buat dengan ukuran yang selesa bagi anda dan tidak ketat.
  • Ukur pula sekekliling payudara, biasanya dibahagian atas puting susu.

 

bra

Paduan Mangkuk Coli
  • Cuba coli dengan saiz yang anda peroleh terleih dahulu kerana terdapat jenama tertentu yang mempunyai nombor saiz yang sama tetapi berbeza dari segi ukuran.
  • Periksa saiz mangkuk. Saiz yang paling sesuai adalah saiz paling besar yang dapat memuatkan payudara tanpa ada kedutan pada mangkuk atau ruang lebih dalam mangkuk.

Pastikan bahagian belakang coli tidak terangkat, jika terangkat itu bermakna coli tidak mapu menampung berat payudara. Apabila mengangkat tangan, coli tidak ikut bergerak. Jika bergerak,itu menunjukkan saiz coli besar.Tali coli tidak terlalu jatuh ayau menekan bahu. Tali harus diselaraskan untuk mendapatkan keadaan yang selesa. Pastikan payudara tidak terhimpit dalam mangkuk coli dan tidak ketat. Dalam panjagaan sehari-hari agar coli tahan lama dan tidak cepat rusak, anda boleh menerapkan sedikit tips ini, basuh dengan tangan dan jangan sesekali membasuhnya dengan mesin basuh, kerana akan merusakkan coli. Jangan gunakan peluntur untuk mencuci coli anda. Elakkan dijemur di bilik air atau di kawasan yang lembab untuk mengelakkan pertumbuhan bakteria. Dan pastinya tukar coli setiap hari, agar kebersihan payudara terjamin dan bebas dari bakteria.

Semoga sedikit info dan tipsini bermanfaat untuk anda.

Info : dari pelbagai sumber

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail
Facebooktwittergoogle_pluslinkedinrssyoutube

3 Comments

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam