Ibu Mengandung

Garisan Hitam Di Perut Semasa Mengandung Buat Takut

Ibu mengandung pastinya perasan ada garisan hitam di perut. Semakin hari, garisan hitam itu semakin gelap dan panjang. Apakah garisan hitam itu agaknya. Kulit semakin gelap pada masa mengandung jika dibandingkan sebelumnya. Apakah yang menyebabkan kulit menjadi semakin gelap ? Apakah keadaan ini sementara sahaja atau akan kekal sampai lepas bersalin? Semasa mengandung, banyak perubahan berlaku pada fungsi badan ibu bagi menyusuaikan diri dengan keperluan baru. Seperti perubahan emosi, fizikal dan fisiologi pada awal kehamilan. Perubahan ini kebanyakan terjadi kerana dari kesan kadar hormon estrogen dan progesteron yang tinggi.

garishitam di perut ibu mengandung

Diantara perubahan kulit ibu mengandung yang biasa terjadi seperti;

  • Garisan menegak dari pusat ke bawah menjadi lebih gelap atau hitam. Garisan ini biasa di panggil linea nigra.
  • Ada terdapat rekahan pada kulit perut terutamanya selepas minggu ke 28 kehamilan.
  • Adanya pigmentasi pada kulit wajah, tompok coklat yang dipanggil chloasma of pregnancy.
  • Kawasan di sekitar areola atau puting payudara akan menjadi gelap atau hitam.
  • Pigmentasi juga kadang berlaku disekitar tekak.
  • Terjadinya keguguran rambut.

Selalunya perubahan pada kulit terjadi disebabkan oleh kesan estrogen yang merangsang pengeluaran sejenis hormon iaitu melanocyte stimulating hormone dari kelenjar pitiutari. Fungsi hormon ini adalah merangsang sel yang mengandungi melanosit bagi menempatkan lebih banyak pigmen yang menjadikan kulit lebih gelap atau hitam. Kepekatan pigmentasi pada kulit ibu mengandung berlainan menurut bangsa masing-masing. Ada yang lebih sensitif dan juga ada yang kurang sensitif terhadap rangsangan hormon ini. Oleh sebab itu, tidak semua ibu mengandung mengalami pigmentasi pada muka. Tetapi hampir semua ibu yang mengandungkan anak pertama mengalami perubahan kulit. Kebanyakan kulit ibu akan kembali cerah selepas kelahiran, tetapi tahap kecerahannya tidak seperti keadaan sebelum mengandung. Dinasihatkan kepada anda ibu mengandung jangan menggunakan pencerah kulit semasa memgandung dan menyusui bayi. Agar tiada kesan negatif terhadap bayi yang dikandung dan anak yg disusui.

chloasma pada  kehamilan

Perubahan warna kulit yang anda alami ialah bersifat sementara. Oleh itu jangan sampai anda merasa malu dengan suami. Perubahan yang berlaku ianya alami dan semua wanita mengalaminya. Cantik luaran memang perlu tapi yang lebih penting ianya adalah cantik dalaman. Begitu besar pengorbanan seorang ibu mengandung dan melahirkan dan sanggup berkorban demi buah hati, walaupun harus mengalami banyak perubahan pada tubuh badan. Kecantikan bukan diukur dari paras rupa, tetapi yang paling penting adalah akhlak yang baik. Suami seharusnya memahami dan menghargai perubahan yang berlaku pada isteri yang tengah mengandung.

 

 

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail
Facebooktwittergoogle_pluslinkedinrssyoutube

6 Comments

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam